Orang dulu-dulu mereka lebih suka jika bahan rempah ratusnya digiling untuk mendapatkan pes yang sedap tetapi jika tidak cukup salah satu rempah ini maka tidak akan terhasil rempah kari yang sedap. Ikuti resipi yang Puan Normah kongsikan ini, datangnya dari emaknya lebih dari 50 tahun yang lalu. Cuba sukatan untuk pelbagai rempah yang disediakan ini.

Masa kecik dulu, mak selalu minta saya hantar bahan ni pada sorang Mak Cik untuk di giling, Alhamdulillah lebih 50 tahun berlalu, saya masih ingat bahan-bahan ini.

Rahsia Resipi 50 Tahun, Buat 4 Jenis Rempah Kari Kini Terbongkar!

BAHAN UNTUK BUAT REMPAH KARI IKAN:

IKLAN

Rahsia Resipi 50 Tahun, Buat 4 Jenis Rempah Kari Kini Terbongkar!

  • 10-12 biji cili kering*
  • 3 sb rempah biji ( ketumbar )*
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besar atau 5-7 ulas bwg kecil
  • Kunyit hidup
  • 10-15 biji lada hitam*
  • 2 sb jintan putih*
  • 1 sb jintan manis *

UNTUK KARI DAGING/AYAM/SEBARANG SIPUT:

IKLAN
  • 10-12 biji cili kering*
  • 3 sb rempah biji (ketumbar)*
  • 2sb jintan manis*
  • 10-15 biji lada hitam*
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bwang besar( 5-7 ulas bawang kecil)
  • Sedikit kunyit hidup
  • Sebesar ibu jari halia
  • 1/2 ibu jari lengkuas

JIKA ADA YG SUKA MASUKKAN SERAI

  • Untuk sukatan ni 1 batang serai dah mencukupi.
  • Boleh diketuk saja dan masukkan kemudian.

CARA MEMASAK:

IKLAN

Rahsia Resipi 50 Tahun, Buat 4 Jenis Rempah Kari Kini Terbongkar!

  1. Bahan yang bertanda * dibasuh , tapis dan rendam dgn air panas selama 10 minit , Kemudian blend kesemuanya termasuk bahan lain sehingga betul2 halus.
  2. Sedia untuk dibuat kari .
  3. Masak la cara yg sama seperti kita guna serbuk kari.
    Kalau buat rempah sendiri , kita tk kan rasa was2 lagi .

KONGSI RESIPI: Normah Bahari

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI