Sebut tentang lauk kari ikan, memang terasa-rasa kesedapannya. Apatah lagi, saat menjamu selera dengan Kari Ikan Kembung Stail Mamak yang pekat dan sedap kuahnya.
Nak tahu apa rahsia kari ikan stail Mamak ini sedap? Boleh tengok pada cara memasaknya di bawah ini yang dikongsikan oleh Siti Nor Azizah Rahim.
Menurutnya, kari ikan kembung ini pasti sedap jika mengikut sukatan yang sama seperti di dalam resipi ini. Jika nak lebihkan ikan, maka lebihkan juga sukatannya. Jom kita buat.
Tumiskan bahan A sampai naik bau. Gunakan minyak yang banyak untuk menjadikan kuah kari cantik warnanya. Ini tips paling penting. Bahagian ini, ada sesetengah orang gagal buat.
Setelah bahan tumisan naik bau, masukkan bahan B. Apabila semua telah sebati, masukkan pula bahan C.
Tumis lagi sampai pecah minyak. Tumiskan sekali tomato yang telah dipotong dadu tadi sehingga semuanya sebati.
Ads
Kemudian, baru masukkan air asam jawa. Agak-agak sama ada mahukan kuah banyak atau sedikit. Sesuaikan dengan kuantiti ikan. Cuma, jangan cair sangat. Nanti kurang sedap. Lebih baik buat kuahnya agak pekat, barulah stail mamak!
Selepas itu, bolehlah dimasukkan ikan kembung. Masukkan juga santan. Ini pilihan. Jika tak mahu letak santan pun tak mengapa.
Biarkan masak sampai pecah minyak, sehingga kuahnya jadi cantik begini.
Perasakan dengan garam. Masukkan pula sayur bendi, terung atau tomato dibelah empat mengikut cita rasa masing-masing.
Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba.
NOTA: Lauk kari ini akan sedap dan sebati setelah satu jam selepas masak.
Kuah kari akan rasa masam masa kita merasa ketika sedang memasak. Ini kerana air asam jawa masih belum sebati lagi dengan kuah. Selepas 1 jam, ketika kita makan, ketika itulah baru rasa sempurna lauk kari kita.
Enaknya menu Ikan Merah Masak Cuka ni. Salah satu resipi lauk yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun ringkas begini, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Rasa masam-masam cuka, menaikkan lagi selera makan. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekahini. Anda pasti puas hati.
CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA YANG SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1kg potongan ikan merah 3-4 sudu besar cuka masakan – beli online disini 10 biji cili padi merah (jangan diketuk) ½ biji timun – dipotong 1 biji tomato – belah 6 1 sudu besar biji sawi – beli online disini 1 biji bawang besar – dipotong bulat 3 ulas bawang putih – dihiris 2cm halia – dihiris 1 batang serai – diketuk 1/2 sudu teh garam 400-500ml air 1 sudu serbuk perasa 1/4 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Bilas dan lumur bersama garam serta serbuk kunyit sebelum digoreng. 2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi. Biarkan biji sawi meletup letup sebentar.
3. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.
4. Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah.
5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan.
6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api.
7. Ikan Merah Masak Cuka siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi.
Gaya hidup kita yang sibuk dengan rutin harian sekarang ni, ada kala membuatkan masa untuk menyediakan hidangan atas meja agak terhad. Jadi, kalau nak cepat, gunakan sesuatu yang mudah tapi jangan lupa soal cita rasa. Lauk kena sedap barulah berselera nak makan. Sos kapprau amat membantu korang sediakan lauk yang sedap. Abu Dhiya melalui facebooknya berkongsi cara mudah nak menyediakan lauk ringkas tapi sedap.
IKAN GORENG SIRAM SOS KAPPRAU
Korang cuma perlukan 5 saja bahan asas.
Bahan-bahan
1 ekor ikan (boleh juga tukar kepada ayam, ketam, telur ayam)
1 biji telur ayam
3 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk menggoreng
Sos kapprau
Cara membuat
1. Bersihkan ikan. Kelar ikan supaya cepat masak dan sos mudah meresap ke dalam daging ikan.
2. Pecah telur ayam. Kacau.
3. Lumurkan ikan tadi dengan telur ayam.
4. Golekkan ikan pada tepung jagung.
5. Goreng dalam minyak masak panas dengan api sederhana. Kemudian angkat. Letak dalam piring.
6. Siram dengan sos kapprau. Siap!
Selain ikan, boleh juga guna ketam.
Resipi dan olahan resipi sos kapprau oleh Abu Dhiya
Hari ini nak masak apa? Jika teringin nak makan hidangan lauk yang ada rasa masam, masin, manis dan pedas, bolehlah cuba masak Siakap Kengsom. Siap ada ikan, sayur dan buah. Lengkap! Bau limau dan nanas itu buat kecur air liur. Kalau makan dengan nasi panas, memang bertambah. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.
RESIPI SIAKAP KENGSOM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor siakap ½ biji nanas 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 tangkai cili merah –BELI ONLINE 2 inci kunyit 1 inci belacan –BELI ONLINE 2 inci lengkuas 1 batang serai 3 tangkai cili api/padi –BELI ONLINE 1 biji limau nipis. ½ cekak kangkung 3 sudu sos ikan
CARA-CARA MEMBUAT:
1.Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili belacan dan ¼ nanas dengan 2 cawan air. Kisar nanas sekali supaya kuahnya lebih pekat. Jika suka kuah yang cair, tak perlu kisar nanas.
2. Masukkan dalam periuk, reneh sehingga bahan-bahan masak terutamanya cili. Kalau kering sangat, tambah air dan sambung reneh. Reneh selama 10 minit. Sambil reneh, sediakan bahan lain.
3. Masukkan serai dan lengkuas. Kalau tak ada lengkuas pun tak apa, cuma masakan jenis reneh macam ini memang bertambah lazat kalau ada lengkuas. Tambah 2 cawan air.
4. Masukkan nanas yang sudah dihiris setebal 1 inci. Masakan ini sedap guna nanas yang masam sikit, jangan yang terlalu ranum dan manis. Biasanya, masakan berasaskan ikan, serasi rasa masam.
5. Masukkan ikan siakap yang dibelah 3 bahagian. Boleh tak guna ikan lain? Boleh sahaja. Kengsom ini memang aslinya guna ikan siakap, tapi kalau nak cuba ikan lain, maka silakan.
6. Sekarang boleh perasakan dengan sos ikan. Hati-hati, jangan banyak sangat, tadi sudah letak belacan, takut termasin. Jika tak ada sos ikan, ganti sahaja dengan garam.
7. Akhir sekali, perah limau nipis. Ada juga orang letak asam keping. Limau nipis ada rasa sitrus yang buat hidangan ini rasa lebih segar.
8. Masukkan kangkung. Tutup dan matikan api. Biar kangkung layu. Siap untuk dihidangkan.
Kadang-kadang bila badan penat, mood nak masak tu ada, tapi malas sangat nak keluar beli barang. Jangan risau, dapur kita sebenarnya penuh dengan bahan ‘tersembunyi’ yang boleh jadi menu sedap.