
Bila dah ada air fryer ni hampir semua jenis masakan boleh menjadi! Kali ni bolehlah cuba resepi kek cawan dari Ros Kartini ni. Resepi ni pasti menjadi kegilaan anak-anak sebab rangup diluar gebu di dalam. Kedengaran agak pelik ada mayonis dalam kek cawan tapi lepas makan kek cawan ni pastinya ketagih! Tak percaya?? Jom cuba resepi kek cawan coklat mayonis ni!

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum cap Ros
1/2 cawan gula icing
3 sudu besar serbuk koko
Secubit garam
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan mayonese
1/2 cawan nescaffe segera bancuh
1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan2 dan pukul hingga sebati..
2. Panaskan Af dahulu pd suhu 175′ C
3. Sudukan bancuhan ke dalam cawan kertas
4. Bakar suhu 130′ C – 20 minit
5. Cucuk tengah untuk rasa masak atau belum
Kredit foto & resepi: Ros Kartini
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Buat Lempeng Guna Baki Nasi Sejuk, Elok Je Jadi Lembut & Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Nak Kudapan Sihat, Makanlah Kekacang. Ketahui Khasiat 8 Jenis Kacang Ini .

Siapa yang tak suka makan kacang, badam, gajus, pistachio, pecan, walnut, waima kacang tanah pun ada manfaatnya kepada tubuh anda. Kudapan yang kaya dengan lemak tak tepu atau lemak sihat ini juga adalah sumber serat dan protein yang baik.
Tapi ingat ! jangan pula makan kacang yang sudah diproses dengan ramuan garam dan gula didalamnya . Yang dimaksudkan ini yang alami, dipanggang , rebus atau digoreng tanpa minyak.
Ni 8 jenis kacang dan manfaat kesihatannya…
*RDI (merujuk kepada pengambilan nutrisi mencukupi keperluan tubuh sihat, Amerika Syarikat)
1.BADAM
Setiap sajian 28 gm badam ( 1 auns) mengandungi lebih kurang :
Kalori : 161
Jumlah lemak : 14 gm
Protein : 6 gm
Karbohidrat : 6 gm
Serat : 3.5 gm
Vitamin E : 37 % daripada RDI
Magnesium : 19 % daripada RDI
Kajian kesihatan mendapati diet pemakanan yang kaya dengan badam boleh mengurangkan paras kolestrol. Badam juga adalah sumber diet rendah kalori yang boleh membantu penurunan berat badan dan mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mengalami masalah obesiti.
Dengan makan sejumlah satu aun atau 28 gn badam ia dipercayai dapat menurunkan peningkatan paras gula darah yang biasa dialami selepas makan oleh pesakit diabetes, sebanyak 30 peratus. Dan mengurangkan keradangan dialami pesakit diabetes tahap 2.
Badam juga membantu pertumbuhan bakteria baik dalam usus termasuk bifidobacteria dan lactobacillus.
2. PISTACHIOS
Kacang pistachios adalah kaya dengan serat. Dalam setiap sajian 28 gm (1 auns) mengandungi :
Kalori : 156
Jumlah Lemak : 12.5 gm
Protein : 6 gm
Karbohidrat : 8 gm
Serat : 3 gm
Vitamin E : 3% daripada RDI
Magnesium : 8 % daripada RDI
Sama seperti badam, pistachios juga boleh memperbaiki tahap kolestrol. Memakan 2-3 auns pistachio sehari boleh meningkatkan HDL kolestrol baik dan juga membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung, berat badan dan ‘oxidative status’ (yang boleh menyumbang kepada penyakit jantung. Mengurangkan peningkatan gula darah selepas makan.
3. WALNUT
Walnut adalah kacang yang popular dengan sumber terbaik asid lemak Omega 3 dan alpha-linolec acid (ALA )
Setiap sajian 28 gm (1 auns) mengandungi :
Kalori : 182
Jumlah Lemak :18 gm
Protein : 4 gm
Karbohidrat : 4 gm
Serat : 2 gm
Vitamin E : 1 % daripada RDI
Magnesium : 11 % daripada RDI
Walnut dipercayai memperbaiki beberapa faktor risiko penyakit jantung. Ini mungkin kerana kandungan ALA yang tinggi dan nutrisi yang lain. Walnut mampu mengurangkan jumlah kolestrol dan LDL Kolestero dalam masa yang sama meningkatkan tahan HDL kolestrol ‘baik’.
Ia juga membantu kesihatan jantung termasuk tekanan darah dan system peredaran darah. Masalah keradangan juga mampu dikurangkan yang mana ini boleh mengelakkan daripada beberapa penyakit kronik.
Ia juga terbukti meningkatkan keupayaan kognitif otak dalam pengujahan dan perbezaan pendapat, bermakna ia juga makanan sihat untuk otak.
4. GAJUS
Sajian 28 gm (1 auns ) gajus mengandungi:
Kalori : 155
Jumlah lemak : 12 gm
Karbohidrat : 9 gm
Serat : 9 gm
Vitamin E : 1% daripada RDI
Magnesium : 20 % daripada RDI
Kajian mendapati diet pemakanan yang mengandungi 20 peratus daripada gajus memperbaiki tekanan darah mereka yang mengalami sindrom metabolic (masih dalam kajian). Dan ia juga meningkatkan potensi anti oksidan di dalam dietnya.
5. PECAN
Kacang pecan kerap digunakan dalam sajian ‘dessert’ barat. Setiap sajian 28 gm (1 auns) mengandungi :
Kalori : 193
Jumlah lemak : 20 gm
Protein : 3 gm
Karbohidrat : 4 gm
Serat : 2.5 gm
Vitamin E : 2 % daripada RDI
Magnesium : 8 % daripada RDI
Kacang pecan dipercayai dapat menurunkan paras kolestrol LDL ,tubuh yang paras kolestrolnya adalah normal. Seperti kekacang lain ia juga mengandungi polyphenols yang bertindak sebagai anti oksidan. Kajian mendapati mereka yang makan pecan untuk 4 minggu daalam pengambilan kalori menunjukkan peningkatan anti oksidan di dalam darah.
6. Kacang Macademia
Kacang ini mengandungi pelbagai pelbagai nutrisi dan sumber hebat lemak tak tepu (monounsaturated fat). Setiap sajian 28 gm/ 1 auns mengandungi :
Kalori : 200
Jumlah lemak :21 gm
Protein : 2 gm
Karbohidrat : 4 grm
Serat : 2.5 gm
Vitamin E : 1% daripada RDI
Magnesium : 9 % daripada RDI
Kebanyakan daripada manfaat kesihatan daripada kacang macadamia adalah berkait dengan kesihatan jantung. Ini kerana kandungan lemak tak tepunya yang tinggi. Kajian mendapati diet yang kaya dengan macademia boleh menurunkan jumlah kedua kolestrol dan LDL kolestrol bagi mereka yang tinggi kolestrol.
Malah diet kaya macademia juga menghasilkan efek yang sama dengan diet jantung sihat yang disarankan oleh Persatuan Jantung Amerika. Ia mengurangkan faktor risiko penyakit jantung termasuk keradangan dan ‘oxidative stress’.
7. HAZELNUT
Kacang hazelnut memang tinggi khasiatnya. Setiap sajin 28 gm(1 auns) mengandungi :
Kalori : 176
Jumlah lemak : 9 gm
Protein : 6 gm
Karbohidrat :6 gm
Serat : 3.5 gm
Vitamin E : 37 % daripada RDI
Magnesium : 20 % daripada RDI
Seperti kekacang lain, hazelnut juga mempunyai efek bermanfaat terhadap faktor risiko sakit jantung. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan jumlah kolestrol, LDL kolestrol dan triglycerides. Boleh mengurangkan keradangan dan meningkatkan fungsi saluran darah. Macademia juga meningkatkan jumlah kandungan Vitamin E dalam darah.
8. KACANG TANAH
Teknikalnya kacang tanah bukan lah jenis kekacang tetapi dalam keluarga ‘legumes’. Bagaimanpun ia tetap dianggap kekacang kerana mempunyai nutrisi dan manfaat keseihatan yang sama.
Setiap sajian 28 gm (1 auns) kancang tanah yang dipanggang :
Kalori : 176
Jumlah lemak : 17 gm
Protein : 4 gm
Karbohidrat : 5 gm
Serat : 3 gm
Vitamin E : 21 % daripada RDI
Magnesium : 11% daripada RDI
Kacang tanah juga boleh memperbaiki faktor risiko untuk sakit jantung. Jika anda memilih untuk makan mentega kacang, pilih yang mempunyai kandungan kacang yang tinggi dan elakkan yang tinggi kandungan minyak dan bahan proses yang lain
Elakkan dari memakan kacang tanah yang bergaram atau berbahan perisa.
Jika anda nak resipi berasaskan kacang yang menyihatkan ini. Nantikan majalah RASA isu oktober ini. Ada 10 resipi berasaskan kekacang menanti untuk dicuba. Tunggu tau
Puding Diraja, Air Tangan Sissy Imann Buat Ayahnda Tercinta Dalam Rasa Anak Emak, Anak Bapak.

Dalam pada sibuk, Sissy Iman, penyanyi kecil molek yang popular dengan lagu Pesanan Ayahanda ini masih ada waktu melayan selera Ayahanda tercinta berjalan-jalan bersama di Pantai Telur Cempedak sambil makan Puding Diraja kegemaran Ayahandanya.
.
Tak cukup dengan membeli Puding Diraja, Mohammad Kamil minta anak kesayangannya itu memuat sendiri Puding Diraja, bila dua beranak ini berehat santai di Janda Baik Pahang. Semua ini dalam program Rasa Anak Emak, Anak Bapak, Episod 12.
Sissy mengakui tidak pernah buat puding raja sepanjang hayatnya, namun demi Ayahanda tercinta dan berbekal resipi yang disediakan oleh Ayahanda tercinta, Sissy tak kekok mencuba.
.
Dengan nawaitu memasak dengan kasih sayang, Sissy akhirnya berjaya menghasilkan Puding Diraja, menu autentik Melayu yang digemari oleh kerabat Diraja Pahang. Biarpun pertama kali menyediakan Puding Diraja, hasilnya tak mengecewakan dengan bantuan Ayahanda.Ternyata dua beranak ini puasjati sambil bercuti kedua-dua mereka boleh menikmati Puding Diraja.
.
Kepada korang yang teringin mencuba, berikut Sissy kongsikan resipinya di sini. Nampak macam susuh tapi senang sesangat nak buatnya ye…..
.
PUDING DIRAJA
BAHAN-BAHAN:
BAHAN JALA EMAS:
- 5 biji kuning telur
- 250gm gula
- 250ml air
- 1 helai daun pandan
BAHAN TABUR:
- 10 biji pisang lemak manis | goreng dalam minyak masak yang dicampur minyak sapi
- 100gm kacang gajus yang digoreng dalam minyak sapi
- 100 g buah prune
- Ceri merah dan hijau secukupnya
BAHAN KUAH PUDING:
- 1 tin susu cair
- 1 sudu makan tepung kastard
- 3 biji kuning telur
- 125gm gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
1 Untuk membuat Jala Emas, didihkan air, gula dan daun pandan sehingga larut. Keluarkan daun pandan.
2. Masukkan kuning telur ke dalam corong roti jala dan kirai ke dalam adunan air gula tadi.
3. Angkat jala emas dan toskan air gula. Ketepikan.
4. Seterusnya, sediakan kuah puding, Gaulkan semua bahan dalam satu mangkuk. Tapiskan dan masak secara double boil sehingga pekat.
5. Untuk menghidang puding Diraja, atur pisang yang telah digoreng di dalam mangkuk.
6. Taburkan jala emas, kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus dengan secukupnya.
7. Tuangkan kuah ke atas puding apabila hendak dimakan.
8. Puding lebih sedap apabila dimakan sejuk-sejuk.
Jangan lupa saksikan episod seterusnya Rasa Anak Emak, Anak Bapak di episod seterusnya bersama Datin Diana Danielle bersama ibunya. Nak tau apa yang dimasak untuk ibu tercinta, jangan lupa saksikan Rasa Anak Emak, Anak Bapak di Episod 13, Jam 1..00 PM, di Astro Prima HD.
Koleksi Tart Gebu Jadi Kesukaan Ramai

Bila ada jamuan potluck dan sebagainya, pening juga kepala nak memikir menu apa yang sesuai. Antara yang boleh anda bawa ialah pemanis mulut dan juga tart. Tart pula ada pelbagai perisa, selain gebu rasanya juga enak. Pasti tak cukup sebiji bila sekali makan. Boleh ikut resipi ni kalau nak mencuba.
PORTUGUESE EGG TART / MACAU TART
BAHAN-BAHAN:
- Kulit pastry puff readymade – Boleh beli online di sini
- 4 biji telur gred A
- 250ml susu full cream / susu cair – Boleh beli online di sini
- 150ml air
- 120g gula kastor
- 1 sudu besar tepung – Boleh beli online di sini
- Esen vanila
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan bertanda (*) di atas dan tapiskan.
2.Kemudian, canai kulit pastri tetapi jangan terlalu tipis.
3.Gunakan sebarang alat yang sesuai untuk mendapat bentuk bulat begini.
4.Tekan kulit pastri ke dalam acuan.
5.Kemudian, tuangkan bancuhan telur ke atas pastri yang telah dibentuk. Boleh tambah pewarna kuning untuk lebih cantik.
6.Ini keadaan egg tart yang sedang bersauna di dalam oven. Bakar guna api atas dan bawah. Suhu 180 – 200 selama 40-50 minit atau sehingga masak.
7.Makan ketika masih panas lebih sedap.
8.Dah siap. Sedia untuk dinikmati.
Kredit: Bam Azimad
Cheesetart Gebu
Bahan-bahan:
- 500 gram cream cheese – boleh beli online di sini
- 100 gram gula icing – boleh beli online di sini
- 2 sudu makan mentega – boleh beli online di sini
- 4 sudu makan telur
- 2 sudu makan whipping cream non diary
- Setitik esen vanila – boleh beli online di sini
- Sedikit susu pekat (kalau suka)
Cara memasak :
1.Pukul cream cheese dengan gula icing sampai sebati.
2.Kemudian, masukkan mentega, whipping cream dan pukul lagi sampai gebu. Jangan lupa masukkan telur dan esen vanilla.
3.Masukkan inti dalam poping bag (boleh beli online di sini). Paipkan inti ke dalam shell tart dan pipe skali cream cheese tu sampai penuh.
4.Bakar dalam oven selama 5-6 minit sahaja.
5.Dah siap!
Pot Cheese Tart
Bahan-bahan cream:
- 300g cream cheese
- 20g gula aising
- 20g telur
Cara membuat:
1.Pukul cream cheese yang baru keluar dari peti guna padle sauh.Dah hancur dan agak pecah-pecah, ganti mata mixer sanggul masukkan gula.Pukul sebati.
2.Masukkan telur (kaup balik sahaja) * kalau nak tambah perahan lemon sikit ke dalam pun boleh.
3.Masuk piping beg yang dah letak nozel,paipkan dalam pot tadi.Susun dalam tray
4.Bakar pada suhu 150 dalam masa 8-10minit.
Kredit: Azlina Ina Fans
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang
Resipi Kuih Gunting Mudah & Dijamin Menjadi. Sedap Buat Macam Ni!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official