Kek KejuJepun@ Japanese Cotton Cheesecake ni memang sedap. Teksturnya sangat gebu dan lembut. Bagi anda yang tercari-cari resipi Kek Keju yang mudah dan tidak menggunakan kos yang mahal, resipi perkongsian saudari Hidayatul Hafiza ni antara yang boleh dicuba. Memang sangat memuaskan.

 

RESIPI KEK KEJU JEPUN @ JAPANESE COTTON CHEESECAKE

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur gred A| asingkan kuning dan putih
  • 6 keping keju cheddar cheesedale
  • 100gm mentega
  • 100gm tepung gandum ( sebaiknya diayak) (beli ONLINE)
  • 125gm gula pasir
  • 300ml susu segar 

CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan keju menjadi kepingan kecil. Ambil periuk, masukkan susu dan keju yang dah dicarik tadi.
2. Panaskan susu menggunakan api perlahan sambil dikacau sehingga keju cair.
3. Setelah keju cair, masukkan mentega. Sebaiknya, mentega dipotong kecil bagi memudahkan ia cair.
4. Setelah semua bahan cair, padamkan api dan biarkan seketika.

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan5. Satukan gula bersama putih telur. Pukul hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan seketika.

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan6. Dalam bekas berlainan, satukan kuning telur dan esen vanilla. Pukul hingga sekata. Kemudian masukkan campuran susu dan keju yang telah dicairkan tadi.
7. Kacau campuran kuning telur dan susu hingga sebati. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau lagi hingga sebati dan adunan tidak berketul. ( waktu ini, bolehlah mula panaskan ketuhar)

IKLAN

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan8. Tuang putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan. Kaup balikkan adunan sehingga sebati.
9. Sediakan loyang untuk adunan tadi. Sapu mentega disekelilinya. Guna loyang saiz 9 inci. Jika guna loyang ‘springform’, balut bahagian luar menggunakan aluminium foil bagi mengelakkan adunan kek keluar.

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan10. Ambil loyang yang lebih besar, masukkan sedikit air dan letakkan loyang kek tadi. Bakar menggunakan teknik ‘waterbath’.
11. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 minit menggunakan api atas bawah.

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan
12. Kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit.

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan

13. Setelah kek masak, keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.

IKLAN

Resipi Kek Keju Jepun Lembut, Gebu & Hanya Guna 6 Bahan

Kredit resipi & foto: Hidayatul Hafiza

 

Tercari-cari KETUHAR baru yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

IKLAN

 

Nak lebih banyak resipi kek? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Koleksi Resipi Kek Lama Paling Popular & Digemari Ramai.

Resipi Kek Ribut Viral Penuh Limpahan Coklat. Memang Sedap!

Cara Buat Blueberry Cheese Cake Dengan Kos Serendah RM30


Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI