Pernah dengar cucur nasi?? Selalu dengar cucur badak, cucur udang, cucur pisang haa lagi cucur apa? Tapi kali ni lain sedikit, cucur nasi kita panggil. Kalau bagi saya, ni pertama kali dengar cucur nasi. Korang pula macam mana? Nampak sangat mudah nak sediakan bahan-bahannya, rasanya juga boleh tahan sedap! Resepi yang dikongsikan Norzaiha Razali di Facebook ni betul-betul menarik perhatian saya untuk cuba resepi ni. Korang yang dekat rumah pun patut cuba! Kalau ada anak yang tak minat makan nasi pun akan minat makan cucur nasi ni. Jom kita cuba?

 

 

 

 

RESEPI CUCUR NASI

Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur

Satu sudu kecil garam

Dua senduk nasi

IKLAN

Satu setengah sudu tepung gandum – BELI DI SINI

Lobak merah cincang – BELI DI SINI

Daun Bawang/Daun kucai

Sedikit minyak – BELI DI SINI

CARA PENYEDIAAN:

  1. Pecahkan telur dan gaul sebati bersama garam
  1. Masukkan nasi dan gaul sebati
  1. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati
  1. Letakkan lobak merah dan daun bawang atau daun kucai gaul sebati.
  1. Tuangkan minyak ke dalam kuali jangan terlalu banyak atau tenggelamkan cucur nasi ini kerana risau cucur nasi pecah ketika menggoreng.
  1. Setelah minyak panas, bentukkan bulat dan leper dan masukkan ke dalam kuali biarkan sehingga masak sepenuhnya.

SELAMAT MENCUBA!

IKLAN

 

 

Kredit foto & resepi: Norzaiha Razali 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/ayam-pandan-air-fryer-aroma-yang-memikat-selera/

IKLAN

https://www.rasa.my/resepi-air-fryer-korean-egg-bread-street-food-di-korea-yang-gebu-dan-enak/

https://www.rasa.my/kek-cawan-coklat-mayonis-sedap-dan-mudah-guna-air-fryer-sahaja/

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20

Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Jeligho Molek – Rugi Aihhh Tak Cuba!!!

Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Bebola Keju Tarik Yang Padat Dengan Kentang Dan Keju

Cucur Nasi Pembuka Selera Yang Sedap Dan Mengenyangkan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI