Resipi Udang Butter Nestum perkongsian saudari Rosni Musa ni memang nampak sedap dan membuka selera. Masak pula menggunaan udang bersaiz besar, memang lagi puas hati. Bagi anda yang ada stok udang dalam peti sejuk, boleh cuba resipi ni. Memang terbaik.
Menu malam ni, kita masak bakso. Bakso dengan resipi ni senang dan simple. Bahan pun tak renyah. Tak payah susah beli bakso dah kalau teringin. Selamat mencuba.
BAKSO
Bahan-bahan:
Meatball Asam jawa-beli online di sini 4 biji buah keras* 3 ulas bawang merah* 3 ulas bawang putih* Halia besar ibu jari* 1 sudu lada hitam*-beli online di sini Bihun Garam
Secukup rasa Cili padi Kubis Daun sup/daun bawang Kicap abc/cili sos-beli online di sini Bawang goreng
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda *bawang merah/putih,buah keras,lada hitam,halia.
2.Kisar sampai lumat.
3.Panaskan minyak,masuk bahan kisar.
4.Tumis hingga garing.
5.Masukkan air dan meatball,masukkan garam dan secukup rasa
6.Tunggu hingga mendidih dan meatball jadi lembut.
7.Dah mendidih,bahan kisar tadi pun dah sebati.
8.Siap dah bakso,hiris daun bawang,kubis.
9.Bakso siap, letak cili sos,kicap manis,sambal cili yang sambal cili tu.
Siapa suka makan apam milo ni? Mungkin ada juga yang mengimbau memori zaman kecil semasa membuat kuih ini seperti #zida2004. Kenangan mengusik jiwa time kecik dulu bila tau mak nak buat bahulu mesti tempah kat mak buatkan kuih raya fav ni, dapat sikit pun jadi la… Nanti hujung-hujung ada la mak kukuskan atas tudung periuk… Kalau baki banyak dapat la sepelengat @ loyang.
Kami panggil roti kukus (bunyi banjar), dulu buat dua warna saja kuning dan pink (letak pencelup merah @ kesumba). Esen-esen pun tak ada time tu, suka bau dan rasa telur. Sekarang orang panggil apam, apam 3 bahan. Warna dan perisa pun dah bermacam-macam. Bahan mudah dan ringkas yang membuat rasa bahagia pada zaman kanak-kanak. Tambahan air tangan mak kita
ROTI KUKUS MILO atau APAM MILO Bahan-bahan: 3 biji telur gred B 3/4 cawan gula (ikut cita rasa) ¼ sudu kecil esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan milo #zida2004 *Jika nak guna acuan besar gandakan bahan. Saya guna papercup saiz kecil dapat 23 biji.
Cara memasak: 1.Putar telur bersama gula hingga kembang putih dan gebu. 2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati. 3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan milo. Kacau sebati.
4.Panaskan pengukus. Susun papercup ke dalam acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan atau paipkan adunan putih dan milo berselang seli. Lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Jika guna acuan, sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum masukkan adunan. 5.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana kuat. Jika guna acuan besar kukus selama 30-45 minit. Siap untuk dihidang. Kredit: #norfazidagda
Bulan puasa dah hampir tiba, mulalah menyenarai makanan yang enak-enak di kepala. Sambal wajib ada sebagai penambah rasa dalam hidangan. Dapat pula sambal yang kaw sedap seperti sambal getuk berapi. Makan dengan nasi panas-panas,telur mata dan kicap memang nikmat.