Siapa suka makan apam milo ni? Mungkin ada juga yang mengimbau memori zaman kecil semasa membuat kuih ini seperti #zida2004. Kenangan mengusik jiwa time kecik dulu bila tau mak nak buat bahulu mesti tempah kat mak buatkan kuih raya fav ni, dapat sikit pun jadi la… Nanti hujung-hujung ada la mak kukuskan atas tudung periuk… Kalau baki banyak dapat la sepelengat @ loyang.
Kami panggil roti kukus (bunyi banjar), dulu buat dua warna saja kuning dan pink (letak pencelup merah @ kesumba). Esen-esen pun tak ada time tu, suka bau dan rasa telur. Sekarang orang panggil apam, apam 3 bahan. Warna dan perisa pun dah bermacam-macam. Bahan mudah dan ringkas yang membuat rasa bahagia pada zaman kanak-kanak. Tambahan air tangan mak kita
ROTI KUKUS MILO atau APAM MILO Bahan-bahan: 3 biji telur gred B 3/4 cawan gula (ikut cita rasa) ¼ sudu kecil esen vanilla (optional)-BELI ONLINE DI SINI 1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan milo #zida2004 *Jika nak guna acuan besar gandakan bahan. Saya guna papercup saiz kecil dapat 23 biji.
Ads
Cara memasak: 1.Putar telur bersama gula hingga kembang putih dan gebu. 2.Masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati. 3.Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letakkan milo. Kacau sebati.
4.Panaskan pengukus. Susun papercup ke dalam acuan lompang/muffin/bekas plastik. Sudukan atau paipkan adunan putih dan milo berselang seli. Lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Jika guna acuan, sapukan sedikit minyak pada acuan sebelum masukkan adunan. 5.Kukus selama 20 minit dengan api sederhana kuat. Jika guna acuan besar kukus selama 30-45 minit. Siap untuk dihidang. Kredit: #norfazidagda
Siapa yang tidak mengenal tempe, selain rasa yang lazat, manfaat tempe bagi kesihatan juga membuat tempe menjadi makanan yang sangat digemari. Tempe juga boleh diolah menjadi pelbagai jenis menu yang menggugat selera.
Tempe mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan tubuh. Bahkan boleh dikatakan kandungan nutrisi dalam tempe mengalahkan kandungan nutrisi dalam daging lembu.Kandungan protein dalam tempe lebih tinggi daripada daging. Kandungan lemaknya jauh lebih rendah. Tempe juga mengandungi kalsium dan fosforus yang jumlahnya jauh lebih tinggi daripada daging. Selain itu, tempe juga mengandungi zat antoksidan bernama isoflavon yang sangat baik untuk tubuh.
TEMPE NUGGET MASAM MANIS Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng dan tumis Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dan rasa masam manis dan pedas Anggaran kos: RM6
BAHAN-BAHAN: 1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm 1 biji telur 3 sudu makan tepung gandum 1/2 biji bawang besar | dadu halus 2 ulas bawang putih | cincang halus 2 sudu makan Sos Cili Thai 1 biji cili merah | cincang halus 1 tangkai daun ketumbar | hiris halus 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali. 2. Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam. 3. Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan. 4. Angkat dan ketepikan. 5. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos. 6. Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya. 7. Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata. 8. Sedia dihidangkan.
TEMPE TUMIS BERSAMA UDANG Saiz hidangan : 4 orang Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng dan tumis Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas. Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN: 1 paket tempe | hiris 200gm udang | buang kulit 1 biji bawang besar | hiris 2 ulas bawang putih | titik 10 biji cili padi | hiris 1 sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak secukupnya untuk menumis dan menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana masak, angkat dan ketepikan. 2. Keluarkan minyak tinggal sedikit, kemudian tumis bawang besar, bawang putih, cili hingga wangi. 3. Kemudian masukkan udang, kacau seketika, masukkan tempe. 4. Perasa dengan sos tiram, garam dan gula secukupnya. 5. Setelah cukup rasa angkat dan hidangkan panas-panas. INFO CHEF: Jika ingin dicampurkan dengan batang leek atau batang seleri juga boleh dan enak.
JEJARI TEMPE BERSAMA SOS KICAP Waktu Memasak: 15 minit Cara Memasak: Goreng Jenis Masakan: Masakan sampingan Keistimewaan: Enak dan ranggup. Anggaran kos: RM8 INFO CHEF: Anda boleh cicah dengan pelbagai sos ikut cita rasa jika tidak suka sos kicap.
BAHAN SOS KICAP: 2 sudu makan kicap pekat manis 6 ulas cili padi 1 biji cili merah 1 ulas bawang putih 1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan tempe tender, pecahkan telur dalam mangkuk dan campurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata. 2. Celupkan tempe dalam telur kemudian gaulkan dalam serbuk nestum. 3. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali. 4. Goreng tempe hingga kekuningan, angkat dan toskan minyaknya atas tisu dapur. 5. Untuk menyediakan sos kicap. Campurkan semua bahan dan kisar hingga halus. 6. Tempe sedia dihidangkan dengan sos kicap.
Jeruk buah-buahan terutamanya mangga, memang sedap. Jika dibeli kebanyakannya menggunakan bahan pengawet supaya jeruk yang dihasilkan tahan lama. Namun ia tidak bagus untuk kesihatan. Bagi anda yang terasa nak makan, boleh hasilkan sendiri dan cuba resipi perkongsian saudari Nor Shakinah Md Zainal ni. Mudah dan memang tak guna sebarang pengawet berbahaya. Selamat mencuba!
JERUK MANGGA EPAL
BAHAN-BAHAN:
CARA PENYEDIAAN:
1. Basuh buah mempelam dan potong ikut kreativiti. Lebih sedap jika dikupas kulit. Basuh sekali lagi dan toskan airnya.
2. Isi hirisan mempelam dalam balang dan masukkan garam kasar anggaran 1 genggam untuk satu balang besar seperti dalam gambar. Peram semalaman dalam peti sejuk. Esoknya, sejatkan air.
3. Isikan kembali mempelam dalam balang. Buat air kapur. Ambil 1 sudu makan kapur dan bancuh dengan air. Jumlah air anggaran tenggelam buah. Tuang dalam balang. Peram selama 6- 12 jam.
4. Untuk kuantiti mempelam sebanyak 1 plastik tadi, guna 1 kg gula dan masak dengan 3 cawan air. Jika nak lebih air pun boleh. Setelah gula larut, sejukkan.
5. Ambil mempelam yang direndam air kapur, basuh bersih dan toskan airnya. Isikan ke dalam balang dan masukkan air gula. Tidak mengapa jika mempelam tidak tenggelam kerana nanti buah tadi akan berair sendiri.
6. Hasil mempelam yang direndam dengan air gula. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum boleh dinikmati pada keesokan harinya.
Kalau anak-anak korang suka sarapan dengan roti, korang mesti cuba resipi yang ringkas dan senang ni, kalau ada mesin pembuat roti lagi senang. Pejam je mata, gerenti jadi ye. Apapun tiga menu roti yang dikongsikan ini sangat sedap dan shat. Ia bukan hanya sedap untuk sarapan tetapi juga sesuai untuk dijadikan bekal.
BUTTER ROLLS BAHAN-BAHAN
BAHAN SAMPINGAN:
CARA MEMASAK: 1. Campurkan tepung gandum, susu tepung, gula, garam dan campuran susu dengan telur. 2. Adun hingga sebati, masukkan bijan, yis segera dan mentega. 3. Uli lagi hingga sebati, kemudian biarkan doh mengembang lebih kurang 45 minit- 1 jam. 4. Timbang adaunan ikut kesesuaian, bulat-bulatkan dan rehatkan 10 minit lai. 5. Canai memanjang dan gulung, kemudian susun dalam loyang pembakar. 6. Biarkankan roti mengembang sekali ganda saiz asal. 7. Panaskan ketuhar180-190 C atau ikut kesesuaian ketuhar masing-masing. 8. Oleskan atas roti dengan dengan telur kuning yang dibancuh dengan susu dengan nisbah campuran 1:1. 9. Bakar lebih kurang 15 minit. Selepas masak sapurkan pula dengan mentega semasa panas-panas. 10. Roti sedia dihidangkan. Recipe: @icenguik
Nasi Goreng Tomyam yang sedap, pedas, masam dan menyelerakan. Ikuti resipi lengkap bersama petua memasak untuk menghasilkan hidangan yang padu dan memikat selera seisi keluarga.