Pulut Serunding memang sedap dimakan untuk sarapan pagi dan minum petang. Kalau ikut resipi yang dikongsikan Fatin Damiaini dia suka serunding kelapa yang dicampur dengan ketumbar dan sedikit jintan manis.
“Rasanya pula perlu ada rasa manis dari kelapa parutitu sendiri. Sedikit pedas dan warna serunding pula mestilah oren bukan kuning dan bukan coklat. Pulutnya juga rasanya pula mesti lemak dan masak sepenuhnya. Bagi mereka yang ada masalah ‘angin’ jika makan pulut letak sedikit halia semasa menananknya,” kongsi Fatin dalam laman FB nya.
Menurutnya dengan cara ini pulut juga lambat basi. Petua yang didapatinya dari orang tua ialah kelapa yang digunakan mestilah kelapa muda. Haah.. satu lagi bila kelapa parut itu mesti bahagian putihnya sahaja.
2 batang serai | guna bahagian putih sahaja – beli online DI SINI
1/2 cawan udang kering | rendam sampai lembut – beli online DI SINI
*Kisar semua bahan ini hingga halus
CARA MEMASAKNYA : 1. Kukus Pulut bersama santan, garam dan juga halia sampai masak. Angkat dan ketepikan. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak. 3. Masukkan kelapa parut dan beri sedikit air jika perlu. Masukkan gula dan garam sesuai selera. Guna api perlahan masak hingga semuanya kering seperti serunding. 4. Bulat – bulatkan pulut yang telah masak tadi dan golekkan ke dalam serunding kelapa.
Emm… enaknya menjamah kuih muih tradisional dan lama ni. Rasa lemak dan manis. Terasa puas tatkala menikmatinya. Walaupun dekat kedai terlalu banyak manisan dan pencuci mulut moden, kuih muih lama tetap ada peminatnya. Jom, kita cuba resipi yang RASA sediakan ini. Pasti memikat selera semua.
1. CARA BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
Adunan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu teh minyak sapi
1/ 2 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit pewarna kuning
Inti:
200gm isi ayam kisar
2 labu bawang besar | dicincang halus
3 ulas bawang putih | dihiris
1 1/2 sudu makan rempah rendang segera
1 sudu teh serbuk kari
50ml air
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan:
20gm bawang goreng
20gm daun sup | dihiris
2 biji cili merah | dihiris halus
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan untuk adunan tepung dan bancuh hingga sebati serta tidak berketul. Ketepikan.
Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga berbau wangi.
Kemudian masukkan rempah rendang segera dan kari. Masak sehingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan isi ayam kisar, bawang besar dan air secukupnya. Biarkan sehingga masak. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa dengan secukupnya.
Untuk menghasilkan kuih cara, panaskan acuan dan oleskan sedikit minyak.
Tuangkan adunan tepung, sudukan inti diikuti bawang goreng, daun sup dan hirisan cili.
Tutup acuan menggunakan tudung periuk dan tunggu sehingga kuih cara masak.
Ulang langkah sehingga adunan habis. Sedia untuk dinikmati.
Info Chef: Elakkan dari mengisi adunan terlalu banyak ke dalam acuan bagi mengelakkan inti terkeluar.
2. KUIH KASWI
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
375ml air gula melaka
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Bancuh tepung gandum bersama air gula melaka. Kacau sebati hingga adunan tidak berketul.
Masukkan air kapur dan kacau sebati.
Tapis adunan dan tuangkan ke dalam loyang kukus.
Kukus selama 30 minit.
Setelah masak, angkat dan biarkan sejuk.
Potong kuih dan golekkan di dalam kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam.
Info Chef: Penggunaan kapur memberi rasa lemak dan menstabilkan rasa kaswi. Elakkan meletakkannya pada kuantiti yang banyak.
3. KOLE KACANG
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung kacang hijau
480gm gula pasir
500ml santan
750ml air
2 keping manisan
CARA MEMASAK:
Satukan santan bersama air dan gula pasir hingga mendidih dan pekat.
Sementara itu, di dalam bekas berasingan, bancuh tepung kacang hijau bersama air hingga menjadi sebati.
Kemudian masukkan ke dalam kuali berisi santan dan kacau dengan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan sejukkan.
Apabila sejuk, barulah dipotong dan sedia dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan sentiasa dikacau dengan penggunaan api perlahan sehingga betul-betul pekat dan berkilat.
4. LEPAT PISANG
BAHAN-BAHAN
1 sikat pisang nangka | dilecek
300gm tepung gandum
100gm tepung beras
100gm kelapa parut
100ml santan1 ketul gula Melaka | dicincang halus
Garam secukup rasa
Air untuk mengukus secukupnya
BAHAN PEMBUNGKUS:
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam sebuah bekas dan gaulkan sehingga gula Melaka larut dan semua bahan sebati.
Sediakan daun pisang dan sudu bancuhan di atasnya. Padankan dengan saiz daun dan lipat dengan kemas.
Ulang langkah sehingga bancuhan habis. Kukus selama 25 minit.
Biarkan sejuk dan lepat menjadi pejal. Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan boleh gunakan pisang yang lain mengikut kesukaan.
5. KUIH LOMPANG
BAHAN-BAHAN:
360gm tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
240gm gula
240gm gula merah
1 liter air
2 sudu teh air kapur
1 helai daun pandan | disimpul
BAHAN INTI:
Kelapa parut putih secukupnya
Garam secukup rasa
1 helai daun pandan | disimpul
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir dan 500ml air bersama daun pandan. Didihkan sehingga gula larut dengan api kecil. Sejukkan sebentar.
Kemudian satukan tepung beras dan tepung ubi. Tuangkan 500ml air dan air kapur. Gaul rata.
Seterusnya tuangkan air gula tadi. Gaul sehingga sebati. Tapis adunan dan tuangkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak.
Kukus selama 10 minit atau sehingga masak sempurna.
Akhir sekali, taburkan kelapa parut yang telah dikukus tadi.
Sedia untuk dimakan.
Info Chef: Kuih Lompang ini mempunyai rasa yang enak dan lemak manis.
6. BENGKANG UBI
BAHAN-BAHAN:
3 cawan ubi kayu parut | diperah airnya
100gm tepung kastad
50gm kelapa parut
1 biji kelapa |diambil santan
300gm gula pasir
2 biji telur | dipukul sedikit
1 sudu teh esen vanila
125ml minyak kelapa
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan dan masak di atas api sederhana.
Kacau adunan sebati hingga kuih bertukar warna dan menjadi pekat.
Griskan sedikit minyak masak di dalam acuan berbentuk empat segi dan tuangkan adunan ke dalamnya.
Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit atau sehingga kuih kelihatan garing.
Info Chef: Gunakan loyang empat segi berukuran 8×8 yang telah digriskan dengan minyak masak di dalamnya.
Pernah makan Kuih Lepat Liat Kampung? Kuih tradisional dah tak ramai orang yang membuatnya. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini sangat mudah untuk membuatnya. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!
1. Masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur. Kemudian, tapis. 2. Masuk air gula panas-panas ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati (saya guna senduk).
3. Sementara itu, gaulkan kelapa putih dengan sedikit garam.
4. Lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. 5. Letak kelapa putih di atas adunan.
6. Lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.
Menu Tiga Rasa ni memang antara hidangan yang jadi kegemaran ramai. Selain ikan, anda juga boleh menggunakan udang, sotong dan juga isi ayam. Rasanya yang tidak terlalu pedas juga menjadikan sajian ini sesuai dinikmati oleh anak-anak. Selamat mencuba!
AYAM 3 RASA CITARASA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
200gm isi dada ayam | dihiris
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 biji cili padi
1 biji cili merah besar
1 biji tomato | potong dadu
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos ikan
Daun ketumbar untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Kisarkan semua bahan bahan seperti bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah besar, tomoto.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar atas api sederhana hingga pecah minyak.
Masukkan isi ayam yang telah dipotong. Kacau hingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan sos tiram, sos ikan gula dan garam secukup rasa.
Angkat dan sebelum dihidangkan hias dengan hirisan daun ketumbar.