Siapa sangka, tanpa sebarang minat dan ilmu membuat roti suatu ketika dulu, kini ibu anak lima ini telah boleh jana pendapatan dengan menjual roti. Semuanya selepas dia bertindak menyertai kelas membuat roti secara jarak jauh dengan yuran hanya RM10.
“Saya join kelas PJJ buat roti tu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bosan kan terkurung di rumah. Anak-anak pula jenis suka makan. Nak beli, susah keluar masuk rumah. Jadi saya join kelas buat roti dan minta suami belikan bahan-bahan. Saya buat sendiri,” kata Mashitah Yusof.
Bukan terus elok kejadian roti-roti yang dibuatnya. Memang banyak yang tidak menjadi namun masih boleh dimakan. Walaupun kurang menjadi ketika awal-awal pembuatan, rotinya tetap habis dimakan oleh lima anak.
Anak sedang membesar dan suka makan roti membuatkan ibu ini lebih bersemangat untuk buat roti sendiri.
“Biasalah budak-budak. Makan berebut-rebut walau roti mak mereka buat tak berapa jadi. Ini semua jadi pendorong untuk saya terus belajar buat roti yang sedap dan saya pelbagaikan jenisnya,” kata Mashitah lagi.
BUN KASTARD ALA KOREA PALING LARIS
Hasilnya, kini Mashitah berani untuk membuat roti yang lebih susah dan mengambil pesanan daripada orang ramai. Menurut Mashitah, Bun Kastard Ala Korea paling laris dan mendapat sambutan. Harga jualan adalah RM10 sekotak yang mengandungi 15 biji bun. Sangat berbaloi.
Ini contoh 15 biji bun dalam satu kotak yang dijual pada harga RM10.
“Saya gembira dengan kemahiran membuat roti yang saya miliki sekarang. Dengan anak yang ramai, memang lebih jimat kalau buat sendiri roti-roti tu. Selain itu, membuat roti ni saya jadikan sebagai terapi selepas penat bekerja,” kata Mashitah yang juga seorang pensyarah di politeknik.
Mashitah berkongsi 3 resipi roti iaitu Cinnamon Rolls, Bun Kastard Ala Korea dan Apam Tokyo yang selalu dibuat untuk seisi keluarga.
CINNAMON ROLLS
Ads
BAHAN DOH
500 gram tepung gandum / tepung roti
11 gram yis (1 peket)
2 sudu besar susu pekat manis / gula kastor
1 cawan susu suam / air biasa
2 sudu besar marjerin
CARA MEMBUAT DOH
1) Masukkan tepung gandum, yis dan gula kastor. Gaul rata.
2) Masukkan susu suam.
3) Masukkan marjerin.
3) Gaul sehingga menjadi doh.
BAHAN INTI CINNAMON
1) Mentega (untuk sapuan)
2) 1 1/2 sudu besar serbuk cinnamon
3) 1 cawan gula perang
CARA MEMASAK CINNAMON ROLLS
1) Gunakan penggiling. Giling doh menjadi bentuk segi empat.
2) Sapukan mentega di atas doh yang telah digiling.
3) Kemudian, campurkan serbuk cinnamon dan gula perang dalam bekas. Kemudian taburkan di atas sapuan mentega.
4) Gulung doh kemas-kemas.
5) Potong membulat doh tadi dan susun di atas dulang pembakar.
6) Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit.
BUN KASTARD ALA KOREA
BAHAN DOH
1 cawan susu suam / air biasa
2 sudu besar susu pekat manis / gula kastor
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur ayam
11 gram yis (1 peket)
500 gram tepung gandum / tepung roti
75 gram marjerin
CARA MEMBUAT
1) Campur semua bahan dalam bekas.
2) Uli sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan.
3) Di dalam mangkuk kertas, letakkan doh yang telag dibulat-bulatkan.
4) Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-25 minit.
BAHAN INTI KASTARD
1½ cawan susu full cream
2 biji telur gred A
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 ½ sudu marjerin
CARA MEMBUAT INTI KASTARD
1) Satukan susu full cream, telur ayam, gula pasir, garam, tepung kastard dan tepung jagung. Kacau sehingga sebati.
2) Tapiskan bahan tadi.
3) Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanila dan marjerin.
5) Kacau seketika dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN BUN KASTARD ALA KOREA
1) Doh yang telah siap dibakar, dibiarkan sejuk seketika.
2) Gunting bahagian atasnya sedikit untuk dipaipkan inti kastard.
3) Ulang sehingga habis semua doh dan inti kastard.
APAM TOKYO
Ads
Ads
BAHAN KULIT APAM
2 cawan tepung gandum
2 ½ cawan air
Sedikit garam
1 sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
1 biji telur
CARA MEMBUAT KULIT APAM
1) Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul sebati dan tapiskan.
2) Ambil sesenduk. Masak atas api perlahan seperti memasak pancake.
3) Ulang sehingga habis.
INTI KASTARD
1 ½ cawan susu full cream
2 biji telur ayam gred A
½ cawan gula pasir
½ sudu teh garam
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
1 ½ sudu marjerin
CARA MEMBUAT INTI KASTARD
1) Satukan susu full cream, telur ayam, gula pasir, garam, tepung jagung, tepung kastard. Kacau sehingga sebati.
2) Tapiskan bahan tadi.
3) Masak dengan api perlahan sehingga pekat.
4) Masukkan esen vanila dan marjerin.
5) Kacau seketika dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN APAM TOKYO
1) Ambil sekeping kulit apam.
2) Letakkan inti kastard dan bentukkan.
3) Sedia dihidang.
Menu bakeri dan pasteri dari Hotel Armada PJ kali ini cukup istimewa. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru.
Ni min kongsikan 2 daripada resipinya, Lemon Meringue Tart dan Pistachio Biscotti. Kalau tart rapuh dan lembut, bicotti sejenis biskut berasal dari Itali ni pulak garing dan ringan.
Cuba tengok 2 resipi, ni ringkas aje bahannya…
1. LEMON MERINGUE TART
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit (sugar dough) :
125gm mentega
125gm gula
50gm telur
250gm tepung gandum
3gm garam
1gm esen vanila
Bahan untuk inti lemon :
220gm gula
200gm telur
1 biji lemon | diambil jusnya
260gm mentega
Bahan ‘topping’ meringue:
50gm telur putih
100gm gula halus
CARA MEMASAK : Cara buat inti lemon : 1. Didihkan gula dan jus lemon, api perlahan dan kacau 2. Tuangkan larutan jus lemon yang mendidih tadi ke dalam telur. Biarkan sehingga menjadi pekat. Cara buat meringue (topping): 3. Masukkan putih telur dengan gula ke dalam mangkuk, pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat dan pastikan pukul telur putih dengan kecepatan sederhana dalam ‘mixing bowl’ Cara masak lemon meringue tart: 4. Campurkan tepung, gula mentega dan garam, gaulkan hingga sebati 5. Kemudian masukkan esen vanila dan telur dan adunkan sehingga menjadi doh. 6 .Masukkan ke dalam acuan tart, tekan dan ratakan doh dan di sekeliling acuan. 7. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 15 minit. 8. Tuangkan inti lemon ke atas pai lalu hiaskan dengan meringue. 9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Pencuci Mulut Keistimewaan : Gabungan rasa masam dan manis yang enak
Info Chef: Bakar kulit tart tidak melebihi 15 minit. Pembuatan pastri tart dan inti yang sedap kunci kelazatan pai
2. PISTACHIO BISCOTTI
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur
200gm tepung gandum
140gm gula
3gm tepung penaik
150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata. 2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan. 3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit 4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis 6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup. 7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar selama dua kali Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali Keistimewaan : Ringan dan rangup
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
TERIMA KASIH : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Selangor Darul Ehsan,Petaling Jaya, Selangor . www.armada.com.my
Kalau anda buntu mencari hidangan sarapan atau minum petang yang mudah tapi sedap, boleh cuba buat Tuna Puff ni. Menggunakan puff pastri dengan inti tuna yang pedas dan berkrim, memang tak rugi cuba resipi ni. Sangat sedap dan tak muak. Jom cuba, anak-anak pasti suka.
TUNA PUFF
Bahan-bahan:
Puff pastri
Kuning telur | disapu di atas doh
Bijan
Bahan-bahan Inti:
1 tin tuna cili
100gm cream cheese
2 sudu besar yogurt
1 biji bawang besar | dipotong dadu
4 ulas bawang putih | dicincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit garam
Daun dill | dihiris
Cara Memasak:
Lekatkan kepingan puff pastri. Sapukan kuning telur diatasnya. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit.
Untuk membuat inti; di dalam mangkuk, masukkan tuna cili, cream cheese, yogurt, bawang besar, bawang putih, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata dan masukkan hirisan daun dill. Gaul lagi.
Kemudian, masukkan inti ke dalam beg piping.
Isikan inti tuna di bahagian tengah puff pastri tadi.
Taburkan sedikit daun dill dan Tuna Puff siap untuk dihidangkan.
Biasa kalau kalau roti cinnamon ni bersaiz besar. Walau apapun saiznya, rasanya memang sedap. Boleh juga bakar dalam paper cup supaya senang nak letakkan topping nanti. Kalau nak roti besar boleh gandakan adunan saja. Jom kita meroti untuk jamu sekeluarga makan. Mesti laku keras nanti.
Untuk roti:
(Saya buat setengah adunan) 150gm tepung high protein/tepung roti 20gm gula 1 sudu kecil yis Sedikit garam 80ml susu fullcream 1 biji kuning telur 25gm marjerin/butter
Cara membuat:
1.Masukkan semua bahan dan uli hingga doh elastik, perap dalam 40 minit baru bentukkan roti.
Untuk filling roti:
25gm gula pasir 25gm gula perang 1 sudu besar cinnamon 15gm marjerin/butter
Cara membuat:
1.Canaikan doh memanjang dan sapukan butter. 2.Campurkan gula dan serbuk cinnamon, taburkan pada doh tadi. 3.Gulung dan potongkan 4.Susunkan dalam loyang atau paper cup 5.Bakar dalam oven suhu 170 selama 20-25 minit atau sehingga roti masak
1.Putarkan gula aising dengan whiping cream. 2.Dah sebati masukkan cream cheese dan esen vanilla. 3.Masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti lebih kurang satu jam sebelum digunakan. 4.Paipkan topping tiramisu atas roti apabila roti dah masak dan sejuk. 5.Taburkan serbuk koko.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...