karipap rempah giling

Bagi peminat karipap di Jitra, Kedah, pasti ada ternampak kiosk atau gerai di tepi jalan menjual Karipap Rempah Giling, Cufizah. Menariknya, kiosk ini operasinya dijalankan sendiri oleh pengasas atau bos syarikat tersebut, Fadhly Hadir selama 10 hari pertama pembukaan kiosk.

Apabila difikir-fikirkan, takkanlah seorang bos sanggup berpanas menggoreng dan menjual karipap sedangkan ramai lagi staff yang boleh melakukannya. Nyata jejaka ini ada jawapannya yang tersendiri.

“Apabila saya buat keputusan untuk masuk ke bahagian jualan kiosk karipap itu sendiri, saya ingin buktikan bahawa berniaga di tepi jalan ini bukanlah perniagaan level bawahan. Sebenarnya, perniagaan walau di mana-mana saja, mesti ada peluang. Misalnya, berniaga di tepai jalan ini marketnya sangat besar. Sesiapa sahaja boleh melakukannya. Itu yang saya ingin buktikan,” ujarnya.

Bos Sendiri Turun Padang, Pemilik Karipap Rempah Giling Buktikan Jual RM2.50 Sebiji Tetap Diserbu Pembeli

HARGA RM2.50 SEBIJI TAPI TETAP LARIS

Menurut Fadhly, percaturannya untuk menjual sebiji karipap pada harga RM2.50 tidak pernah silap. Dia memahami market dengan sangat jelas. Disebabkan itu, dia tidak sesekali gentar dengan harga yang diletakkan.

IKLAN

“Saya dah kaji hal ini. Peminat karipap ada masalah besar iaitu apabila mereka beli karipap, mereka tak dapat karipap yang menjamin kepuasan lidah dan selera mereka. Peminat karipap mahukan karipap yang sedap, bukan karipap yang murah. Kalau harga murah tapi karipap tak kena dengan cita rasa, mesti mereka kecewa. Misalnya karipap angin. Kami menang dari segi resipi rempah giling turun temurun daripada tok kami, inti padat dan setiap karipap mesti ada ayam atau daging yang berketul-ketul,” ujarnya lagi.

Bos Sendiri Turun Padang, Pemilik Karipap Rempah Giling Buktikan Jual RM2.50 Sebiji Tetap Diserbu Pembeli
Saiz karipap besar dan puas makan!

Bos Sendiri Turun Padang, Pemilik Karipap Rempah Giling Buktikan Jual RM2.50 Sebiji Tetap Diserbu Pembeli

Fadhly menyasarkan 5,000 biji karipap dijual setiap hari dengan pembukaan lebih banyak kiosk dan strategi pemasaran yang betul.

IKLAN

“Saya target kepada pelanggan baru namun tetap fokus kepada pelanggan yang repeat order. Bagi saya, kedua-duanya penting. Saya turut tekankan kepada mereka yang berada di hadapan iaitu orang yang meniaga di kiosk supaya amalkan hubungan baik dengan pelanggan. Servis pelanggan betul-betul supaya mereka rasa seronok membeli dengan kita, ramah mesra dan senyum,” katanya lagi yang telah membuktikan karipada berharga RM2.50 sebiji tetap ada pembelinya.

KARIPAP PERCUMA KEPADA IBU HAMIL

Bos Sendiri Turun Padang, Pemilik Karipap Rempah Giling Buktikan Jual RM2.50 Sebiji Tetap Diserbu Pembeli
Fadhly Hadir, 27 (kiri) sebagai pengasas dan abangnya, Shaiful Hafiq, 30 sebagai pengasas bersama.

Bagi wanita hamil, anda boleh menerima Karipap Rempah Giling secara percuma. Menurut Fadhly, ini adalah niat ibunya yang mahu menggembirakan hati wanita hamil.

“Pelbagai kisah menarik kami terima daripada golongan wanita hamil dan suami wanita hamil tersebut. Ada yang mengidam karipap tapi tak nak karipap lain selain karipap kami. Ada suami yang meronda merata-rata cari karipap yang sedap. Ada yang sampai bermasam muka kerana tak jumpa karipap yang diinginkan,” ceritanya yang menjemput wanita hamil untuk datang ke kiosk bagi mendapatkan karipap secara percuma.

IKLAN

Menurut Fadhly lagi, Karipap Rempah Giling Cufizah turut ada yang berbentuk sejuk beku (frozen). Boleh dapatkan daripada ejen Karipap Rempah Giling seluruh tanah air untuk dibeli dan disimpan di rumah. Boleh goreng apabila teringin nak makan!

Bos Sendiri Turun Padang, Pemilik Karipap Rempah Giling Buktikan Jual RM2.50 Sebiji Tetap Diserbu Pembeli

INFO KIOSK KARIPAP REMPAH GILING CUFIZAH
1) Taman Suria, Jitra, Kedah.
2) Bandar Darulaman, Jitra, Kedah.
3) Kepala Batas, Jitra, Kedah.

Facebook: Karipap Rempah Giling

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI