Untitled design - 2021-08-25T134544.444

Dah habis sediakan menu tengah hari, kepala ligat fikir apa pula menu petang untuk sekeluarga nikmati. Bagi yang kreatif macam Norfazida Gda boleh buat Pastry Stick Ketam ni. Tak payah pakai oven, guna kuali pun boleh.Syaratnya perlu ditutup untuk masak sempurna. Tak susahkan, semua pun boleh membuatnya.

Pastry Stick Ketam Menu Petang Simple, Masak Guna Kuali

PASTRY STICK KETAM
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
3 sudu besar butter sejuk
3 sudu besar air sejuk
Sedikit garam
4 batang stick crab-BELI ONLINE DI SINI
3 helai daun bawang
Sos cili #zida2004
Serbuk lada (optional)
Cheddar/Mozzarella cheese

Cara membuat:
1.Campurkan tepung gandum, butter dan garam. Gaul sebati menjadi seperti serbuk roti. Masukkan air. Gaul dan uli hingga sebati dan menjadi doh yang lembut. Bulatkan doh. Rehatkan selama 20-30 minit.
2.Canai doh menipis. Potong kepada bentuk segiempat kecil sesuai saiz gigitan.
3.Sapukan sedikit minyak pada kuali. Masak doh pastri hingga separuh masak dibawahnya, alihkan pastri ke satu bahagian yang satu lagi. Pada bahagian bawah yang dialihkan ke atas, sapukan sos cili, letakkan potongan stick crab, taburkan daun bawang yang di dadu dan sagatkan cheese.

Pastry Stick Ketam Menu Petang Simple, Masak Guna Kuali

IKLAN

Pastry Stick Ketam Menu Petang Simple, Masak Guna Kuali

Pastry Stick Ketam Menu Petang Simple, Masak Guna Kuali
4.Tutup permukaan kuali dengan penutup. Masak pastri dengan api yang perlahan selama 4-6 minit atau hingga cheese mencair sepenuhnya.
5.Siap untuk dihidang.
Kredit: #norfazidagda

IKLAN

Shepherd’s Pie Cheese, Resipi Pai Yang Paling Mudah Disediakan

Guna 4 Bahan, Mudahnya Nak Buat Roti Garlic Rangup

IKLAN

Sedapnya, Pekena Saffron Buns Dengan Teh Panas

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI