Sarapan yang ringkas dan sihat, scrambled egg antara menu jadi pilihan ramai yang dipadankan dengan roti. Jika korang kreatif, boleh pelbagaikan varisi scrambled egg yang korang sediakan untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama setiap pagi. Inilah tip &tricknya:-

Tips & Trick Buat Scrambled Egg  Yang Sedap & Mudah.
.

  • Antara bahan-bahan asas yang diperlukan selain telur adalah serbuk lada sulah dan lada hitam, garam halus dan mentega. Susu dan mentega adalah dua bahan wajib ada untuk menghasilkan scrambled egg yang moist dan sedap seperti korang makan di hotel.
  • Kenapa scramblend egg yang disediakan di hotel itu nampak sedap dan menggoda, tapi bila buat sendiri tak semengah hasil kejadiannya, kadang menjadi, kadang -kadang tak seperti diharapkan. Nak tak nak kenalah makan juga.
  • Sebenarnya untuk mendapatkan hasil secrambled egg nampak cantik ikut cara ini:-
  • Sentiasa gunakan kuali non stick agar telur tidak lekat atau mudah hangus.

Tips & Trick Buat Scrambled Egg  Yang Sedap & Mudah.
.
  • Jika ingin warna kuning cerah pada scrambled egg, masak sekejap je dan masa kacau telur tu jangan sampai berbuih ye. Bila mengeras dan masak terus angkat, jangan biar lama di atas kuali. Bimbag terlur akan keras dan kering kerana kuali masih panas.

Variasikan scrambled egg

Ads

Tips & Trick Buat Scrambled Egg  Yang Sedap & Mudah.
.

  • Untuk mengelakkan rasa bosan dengan rasa yang sama, korang boleh campurkan di dalam telur bawang Holland, cili benggala, cendawan cincang, keju, daging atau sosej.

Tips & Trick Buat Scrambled Egg  Yang Sedap & Mudah.
.
  • Tumis dengan sedikit mentega bahan campuran ini, setelah layu masukkan telur.
  • Masaklah scrambled egg ikut cara korang sendiri janji sedap dan setanding dengan hotel.
  • Yang penting korang praktikkan Teknik memasak yang betul, menggunakan bahan berkualiti dan menggunakan kuali tidak melekat.


Tips & Trick Buat Scrambled Egg  Yang Sedap & Mudah.
.

Berikut resipi ringkas scrambled egg yang mudah.

Ads

Bahan-bahan:
4 biji telur
1/4 cangkir susu
Garam dan lada sulah secukupnya sesuai selera
1 sudu mentega

Ads

CARA MEMASAK:

Tips & Trick Buat Scrambled Egg  Yang Sedap & Mudah.
.

  1. Campurkan telur bersama bahan lain, kacau rata.
  2. Panaskan mentega dalam kuali menggunakan api sederhana.
  3. Tuangkan adunan telur dalam kuali kemudian kecilkan api.
  4. Apabila telur mula keras, terus kacau supaya telur tidak berketul dan masak sekata.
  5. Tutup api dan scrambled egg sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI