Ada masanya, bila kita memasak menggunakan daun limau purut akan terasa sedikit pahit. Sebenarnya, pemilihan daun juga penting supaya masakan tidak terasa pahit. Anda perlu perhatikan bentuk daun sebelum memasak. Petua ini dikongsi oleh Nasrah Zamzam. Jom kita baca perkongsiannya.
TIP MEMILIH DAUN LIMAU PURUT
Ada yang kata masak tomyam ke paprik ke apa ke rasa pahit kan? Daun limau purut memainkan peranan penting. Cari yang berbentuk 8. Barulah tak rasa pahit. Yang lebar macam sebelah dia tu, memang agak pahit kalau dibuat masak.
Ads
Sudah beberapa kali saya masak menggunakan daun jenis lebar dan masakan pasti akan jadi pahit walaupun dah buang urat tengah. Ada kot silap saya kat mana-mana. Tapi petua pilih daun bentuk 8 memang saya lakukan sendiri, memang campak je tak perlu buang urat.
Jika anda mencari BARANGAN SEGAR, boleh cari DISINI.
Mudah dan murah, inilah yang menyebabkan mi segera digemari ramai orang, sementelah lagi jika ada yang tak suka makan nasi. Di kalangan orang bujang, mi segera adalah menu paling digemari, terutamanya di hujung bulan. Tapi betul ke, sebungkus mi segera lebih rendah kalori berbandung hidangan nasi putih. Betul atau tidak, ini fakta yang boleh menjawab persoalan ini:-
Nasi lebih mengenyangkan berbanding mi segera?
Ramai orang beranggapan mi segera sebagai makanan ringan, kerana ia memberikan rasa kenyang bersifat sementara berbanding nasi. Maka mereka beranggapan kalori nasi lebih tinggi dari mi. Tapi fakta sebenar, satu hidangan mi segera700gm mengandungi370 kalori, Sedangkan, nasi putih dengan berat yang sama hanya mengandungi 91 kalori. Kenyataannya mi segera mempunyai empat kali lebih tinggi dari nasi.
Bagaimana kadar protein dan seratnya?
Kandungan protein dan serat dalam mi segera juga rendah, sedangkan kedua jenis zat ini sangat penting untuk diet. Dibandingkan dengan karbohidrat dan lemak, protein lebih diperlukan dalam pembentukan darah, kulit, otot dan tulang. Selain itu, protein juga membantu memberikan rasa kenyang sama halnya dengan fungsi serat dan melancarkan proses pencernaan.
Berisiko gangguan metabolisme jika makan secara rutin.
Agak mengejutkan, satu kajian tahun 2014, menunjukkan risiko wanita yang mengamalkan diet dengan mengambil sekurang-kurangnya dua hidangan mi segera sebulan, mereka berisiko mengalami peningkatan gangguan metabolism kerana lemak dan simpanan tenaga dalam tubuh tidak terurai dengan betul. Timbunan lemak ini bukan hanya menganggu penurunan berat badan tetapi juga berisiko mendapat gangguan aliran darah, jantung, diabetes dan stroke.
Kandungan sodium yang tinggi boleh sebabkan obesiti.
Secara tidak langsung, kandungan sodium dalam mi segera boleh menyebabkan seseorang mudah ‘gemuk’. Malah, jika diambil terlalu banyak, ia boleh juga sebabkan seseorang itu cepat rasa haus. Oleh itu, minumlah air masak putih ikut keperluan yang disarankan.
Ketagih ? Ini cara atasinya.
Jika korang termasuk dalam kumpulan penggemar mi segera, cubalah seimbangkan pengambilannya dengan menambah bahan tambahan sebagai pelengkap hidangan, supaya keperluan prortein dan serat diperlukan oleh tubuh mencukupi. Misalnya tambahkan telur, sayuran hijau atau ayam, mahupun daging.
Ingat, jangan makan mi segera lebih dari satu kali seminggu. Salah satu cara mengelakkannya adalah sediakan kudapan sihat seperti oat atau jus buah, ia tetap masih boleh memberikan anda rasa kenyang.
Cili kering merupakan antara bahan masakan yang paling penting terutamanya dalam penghasilan masakan Melayu. Cuma, bila nak masak, agak leceh untuk membuang biji cili ni. Jumlah biji cili juga menentukan tahap kepedasan cili. Jadi, jika tidak suka pedas boleh kurangkan jumlah biji cili dalam kisaran rencah masakan anda.
Untuk teknik yang akan dikongsikan ini, mereka berjaya buang hampir 2kg biji cili daripada 6kg cili kering yang digunakan. Nak tau tekniknya jom scroll gambar dibawah:
CARA MUDAH BUANG BIJI CILI KERING TANPA GUNTING
1. Pertama sekali, rebus cili didalam periuk/kuali sehingga cili lembut.
2. Apabila cili sudah lembut, gunakan gunting besar (kami guna gunting pokok tu) untuk potong cili. Potongan menggunakan gunting adalah sangat mudah ketika ini kerana cili sudah lembut, seperti gunting air saja. Ringan.
3. Apabila sudah puas hati semua cili telah siap dipotong. Tutupkan api dan rehatkan seketika. Nampakkan berapa banyak biji cili dah keluar tu?
4. Kemudian, sediakan satu besen air. Ambil satu tapis yang berlubang besar untuk menapis cili. Pastikan lubang tapis adalah besar supaya biji cili mudah jatuh.
5. Di dalam besen, goyangkan penapis dalam bentuk bulatan & atas bawah. Anda akan dapat lihat semua biji cili jatuh ke bawah dan cili masih berada di atas penapis. Ulang step ini sehingga selesai.
6. Kalau tiada penapis, guna bakul pun boleh, janji lubangnya besar. Selain membuang biji cili, habuk cili juga dapat dibersihkan.
7. Hasilnya! Jangan risau memang akan ada biji cili sikit sikit lagi, memang kena ada kalau tidak sambal anda tidak pedas langsung nanti. Selamat mencuba!
Info: Untuk menghancurkan biji cili ketika dikisar boleh tambahkan sedikit minyak masak.
Jika anda sedang mencari BLENDER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Sotong Celup Tepung memang sedap dimakan. Tetapi salah satu masalah bila nak masak hidangan ini secara homemade ialah ada kalanya tepung dan sotong ‘terpisah’ apabila digoreng. Nampak tak cantik dan berminyak. Tu belum lagi masalah sotong meletop dalam kuali. Haih…sakitnya hati kan? Bagi anda yang alami masalah ini, cara yang dikongsi ini mungkin boleh membantu menyelesaikan masalah anda.
CARA MUDAH GORENG SOTONG TANPA LERAI TEPUNGNYA
foto: thespruce.com
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong | dibersihkan dan buang kulit hitam bahagian luar sotong
2 sudu besar cuka epal
*Selepas sotong dipotong bulat, perapkan seketika bersama cuka epal. Ini untuk mengelakkan sotong daripada ‘meletup’ sewaktu digoreng.
BAHAN TEPUNG SADUR:
10 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil serbuk cili (jika suka)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
*Gaul sebati semua bahan di atas.
*Kemudian pukul 2 biji telur dalam mangkuk lain.
CARA MEMBUAT:
Ambil sotong dan dicampurkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit, lada hitam dan lada sulah.
Panaskan minyak. Sambil itu, celupkan sotong dalam mangkuk telur dan sadurkan dengan campuran tepung tadi.
Masak sotong atas api sederhana sehingga masak dan toskan. Letakkan atas tisu dapur.
Kautkan semua lebihan tepung dalam kuali sebelum masukkan sotong lain untuk mengelakkan daripada kerak menjadi hangit dan melekat pada sotong.
foto: eumundimarkets.com.au
SOS PENCICAH:
3 sudu besar sos Thai
1 sudu besar mayones
CARA MEMBUAT:
Gaul sebati dua bahan ini dan taburkan sedikit bijan jika suka.