Pokok pudina merupakan antara pokok yang sering ditanam di rumah. Nikmat kan kalau dapat minum teh pudina petang-petang bersama keluarga. Agak sukar sebenarnya nak tanam pokok pudina ini kerana mudah beralih dek kerana batangnya yang lembut dan kecil. Ada satu petua yang dikongsi oleh Rina Kefele tentang teknik menanam pokok pudina menggunakan teknik lingkaran yang boleh anda cuba di rumah. Jom baca perkongsiannya itu.
TEKNIK MENANAM DAUN PUDINA
1. Kerat batang pokok pudina, ambil yang hujung-hujung yang sudah berjurai.
2. Sediakan bekas dan tanah hitam.
Ads
3. Buang daun dan simpulkan secara melingkar seperti ini.
4. Buat dalam beberapa batang.
5. Masukkan bahagian yang telah dilingkar ke dalam tanah dan timbuskan ia.
6. Simpan di tempat yang redup. Ini merupakan teknik untuk buat pokok jadi lebih kukuh.
Ini pokok yang ditanam seminggu yang lalu. Langsung tidak layu. Di bawah itu ada tempat takungan air. Simpan di tempat yang redup.
Ads
Ini pula pokok yang sudah ditanam selama dua bulan.
Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.
Kebiasaannya, kita pasti akan merebus daging jika mahu mendapatkan daging yang lembut. Tetapi kali ini, kami akan berkongsi satu petua untuk melembutkan daging dengan hanya menggunakan minyak. Petua yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini ternyata cukup mudah. Jom kita cuba buat di rumah.
CARA MELEMBUTKAN DAGING:
1. Letakkan dua sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tersebut.
4. Gunakan api yang kuat.
5. Kacau daging tersebut sekali-sekala sahaja. Masak sehingga air kering.
6. Bila air hampir kering, barulah kacau daging tersebut dengan kerap.
7. Air sudah kering bermakna daging sudah lembut.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan ringkas sahaja caranya. Selamat mencuba!
Selalu bila anda ingin buat mi rebus, kari dan sup mi akan dicelur dahulu sebelum sedia digunakan. Tapi masalahnya, mi yang dicelur itu melekat selepas ditoskan. Ini menyebabkan tekstur mi tidak sempurna seperti diinginkan. Jangan risau, untuk menangani masalah ini anda boleh cuba tip berikut:-
Gaulkan Dengan Minyak
Selepas mi ditoskan, masukkan satu atau dua sudu minyak sayur dan sebaiknya minyak zaitum. Kemudian gaul rata, cara ini menghindari mi dari melakat .
Gaulkan Dengan Perencah
Atau anda boleh cuba kaedah ini, panaskan satu sudu minyak masak, tumis dua ulas bawang putih yang dititik . Kemudian tambahkan satu sudu makan sos tiram dan sedikit air. Seterusnya masukkan mi, gaul rata sambil pisahkan mi yang melekat.
Tambah Mingak Dalam Air Rebusan
Ini cara paling mudah, anda hanya perlu masukkan satu atau dua sudu makan minyak sayur atau zaitun dalam air rebusan. Apabila air mendidih, masukkan mi. Kacau rata dan mi tidak akan melekat selepas ia ditoskan.
Anda penggemar telur, bayangkan poached egg dengan lelehan kuning telur separuh masak, kena pula dengan campuran kicap dan lada sulah. Dicicah pulak dengan roti bakar memang terangkat sedapnya. Tapi ramai mengeluh untuk menyediakan poached egg kerana kerap kali gagal hasil kejadiannya.
Jangan putus asa, berikut tip supaya percubaan anda menyediakan poached egg kali ini berjaya.
Paling selamat, gunakan telur segar atau yang baru.
Pecahkan telur dalam mangkuk kecil. Jangan terus pecah telur terus ke dalam periuk.
Panaskan air secukupnya dalam periuk. Tambahkan sedikit garam dan cuka makan.
Setelah mereneh kecil, kacau air sehingga membentuk pusaran kecil.
Masukkan telur perlahan dan sentuhkan tepi mangkuk hingga mencecah air rebusan.
Biarkan seketika sehingga putih telur menyeliputi kuning telur.
Masak telur ikut cita rasa anda, tekstur lembut (empat minit) setengah masak (lima minit) dank eras (lapan minit).
Angkat telur menggunakan penapis atau senduk berlubang.
Masukkan ke dalam mangkuk berisi air ais.
Akhir sekali toskan sebelum sedia dihidangkan.
Dah baca ni, senang je kan membat poached egg? Apa yang penting anda tahu teknik yang betul untuk memasaknya dan hanya menggunakan telur yang segara. Pasti usaha anda menyediakan poached egg tidak akan kecewa lagi.