Restoran White N Black Lakeside, yang terkenal dengan sajian fusion masakan Melayu dan Barat, mencipta kejayaan tersendiri apabila dianugerahkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pensijilan ini bukan sahaja mengukuhkan kepercayaan pelanggan terhadap jenama mereka, malah menjadi bukti komitmen syarikat dalam menyediakan makanan yang mematuhi syarak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFJ Group Holding Sdn. Bhd, Mohd Firdaus Jamaluddin, pencapaian ini adalah hasil usaha keras dan dedikasi dalam memastikan setiap aspek operasi mematuhi piawaian Halal – dari pemilihan bahan mentah hinggalah ke proses audit dalaman.
Ads
Beliau juga menegaskan bahawa semua pekerja restoran terdiri daripada Bumiputera Muslim yang menitikberatkan kebersihan, integriti dan layanan mesra.
White N Black Lakeside menampilkan menu unik seperti Tomahawk, Sirloin Steak dan Beef Wellington – semua disediakan tanpa alkohol, menggunakan resepi tersendiri yang telah disahkan Halal. Langkah ini membezakan mereka daripada restoran barat lain yang gagal memenuhi syarat pensijilan Halal.
Ads
Dalam usaha mengembangkan jenama, MFJ Group turut melantik firma guaman Tetuan Akmal Shamsul Kahar & Co sebagai penasihat korporat bagi memperkukuh struktur tadbir urus menjelang penyenaraian awam (IPO).
Mereka menyasarkan pembukaan 20 cawangan dalam tiga tahun akan datang, termasuk di negeri-negeri utama serta Indonesia.
Dengan visi menjadi peneraju konsep makanan pelbagai budaya di Malaysia, White N Black Lakeside juga berhasrat menawarkan peluang francais kepada pihak yang berminat.
Pensijilan Halal ini menjadi pemacu utama dalam menjadikan restoran ini sebagai pilihan utama pelanggan Muslim yang menginginkan makanan premium, halal dan moden.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi peminat rancangan masakan Masterchef Australia, Jock Zonfrillo pastinya bukan asing lagi. Selama beberapa musim beliau memeriahkan rancangan bersama gandingan 2 lagi chef, berita pemergian beliau ini tentunya sangat mengejutkan dan diratapi ramai.
Meninggal di usia 46 tahun, berita menyedihkan itu diumumkan keluarga chef terkemukan Australia itu dalam satu kenyataan di media sosial pada Isnin.
Lebih menyedihkan, pemergian mendiang dikatakan sebelum bermulanya episod satu musim terbaru Masterchef Australia.
Memetik dari sumber portal Sinar Harian, Zonfrillo yang berdarah kacukan Scotland-Australia dan bapa empat anak dilaporkan ditemui mati oleh polis di Melbourne.
Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976 dan mendapat latihan sebagai cef di United Kingdom (UK) sebelum berpindah ke Australia pada awal 2000.
Ketika Menetap di Adelaide, Zonfrillo membuka Restoran Orana yang terkenal pada 2020 dan memenangi pelbagai anugerah.
Mendiang kemudian beralih karier ke televisyen dengan menjadi juri tetap MasterChef Australia untuk musim ke-12.
Sebelum itu, mendiang menjadi juri jemputan untuk musim ke-10 dan ke-11. – Sinar Harian/ Agensi
Kecoh di media sosial mengenai laporan penemuan cacing mati yang ditemui dalam produk ikan sardin tin yang diimport dari negara China. Kes yang berlaku di Indonesia itu telah menyebabkan pihak Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM), Indonesia mengarahkan tiga pengimport produk ikan sardin dalam tin untuk menarik balik produk dari pasaran setelah pemeriksaan menunjukkan cacing mati ditemui dalam produk mereka yang diimport dari negara China.
Sehubungan dengan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan medianya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sentiasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan import termasuk produk ikan sardin dan ikan mackerel dalam tin.
Dalam isu ini, hasil analisis mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. dari negara China tidak mematuhi Akta Makanan 1983 kerana mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.
Sehubungan itu menurut beliau lagi, tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh KKM di mana syarikat pengimport terlibat telah diarah memanggil balik produk-produk tersebut dari pasaran.
KKM juga akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk ikan sardin dan mackerel dalam tin yang diimport di semua pintu masuk negara dan di pasaran dan sekiranya didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983, tindakan penguatkuasaan akan diambil.
Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau hubungi KKM melalui laman webhttp://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makananwww.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.
Menjadi platform buat remaja-remaja untuk memperlihatkan bakat dalam bidang seni, Hero Remaja & Dewi Remaja jenama yang sudah pun mencecah usia 38 tahun sejak penganjurannya kali ini tiba dengan edisi baharu apabila kedua-dua pertandingan ini digabungkan dalam satu program yang digelar Hero Dewi Remaja 2023
Dalam satu majlis yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil 16 orang finalis terkini telah pun diperkenalkan kepada umum. kesemua finalis dipersembahkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja.
Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021. Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepat kerana beliau merupakan seorang selebriti serba boleh dan terkenal serta merupakan antara alumni Dewi Remaja paling berjaya.
Pemilihan 16 orang finalis (8 lelaki & 8 perempuan) pada edisi kali ini dilakukan dengan sangat teliti mengambil kira potensi dan bakat yang mereka tonjolkan ketika proses uji bakat dijalankan. Apa yang pasti, setiap seorang memiliki keperibadian menarik untuk ditonjol dan potensi tinggi untuk dijulang sebagai wajah baharu yang mewakili remaja Malaysia dalam industri hiburan tanah air mahupun lapangan lain yang mereka ingin ceburi.
Kesemua finalis telah dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang dilangsungkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Petaling Jaya. Penganjuran uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 telah menerima penyertaan lebih daripada 850 peserta. Menariknya, sepanjang empat minggu uji bakat berlangsung, siaran video di media sosial telah berjaya mencapai lebih 30 juta tontonan.
Menurut Fiezreen Ahmad selaku Ketua bahagian New Gen dan Men & Hobbies, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kelainan yang dipersembahkan buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran jenama ini.
“Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah legasi ulung yang dicetuskan oleh Majalah Remaja. Berevolusi dari dunia cetak ke dunia digital, dua pencarian ini terus berkembang seiring zaman. Sepanjang penganjurannya selama lebih 38 tahun, ramai permata industri seni dilahirkan. Antara generasi baharu pertandingan ini yang kini menjadi bualan hangat seperti Nadhir Nasar, Meerqeen, Anna Jobling, Shaza Bae, Mierul Aiman, Amir Ahnaf dan Tracie Sinidol.
“Meneruskan legasi ini, sepanjang uji bakat diadakan, para peserta telah diuji dari pelbagai aspek antaranya personaliti diri, bakat, pengetahuan am dan gaya komunikasi. Bagi kami ini sangat penting untuk melahirkan bintang yang siap untuk industri dan boleh menjadi contoh yang baik kepada remaja di luar sana. Mereka bukan sekadar anak seni namun harus memiliki pandangan dan jati diri yang utuh apabila berada di khalayak ramai.
“Apa yang menarik, edisi kali ini menyaksikan kelainan menerusi gabungan Hero dan Dewi dalam satu edisi. Semestinya bakal memberikan perspektif baharu dengan tampilan kandungan yang lebih segar selari dengan misi untuk melahirkan anak seni berpotensi tinggi dan membentuk personaliti terbaik. Diharapkan finalis tahun ini memberikan usaha mereka sepenuhnya dalam perjalanan bergelar juara.
“Selain penampilan mereka selama lapan episod di kaca televisyen menerusi Astro Ria, para finalis juga akan ditampilkan di setiap platform media sosial Majalah Remaja menerusi pelbagai kandungan dan aktiviti yang bakal diadakan. Menariknya kami akan turut memberi peluang kepada para peminat mereka kelak untuk menyertai aktiviti yang telah kami susun,” kongsi Fiezreen.
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari pula berkata, “Berdiri teguh sebagai platform yang mampu melahirkan bakat baharu generasi muda, Astro Ria teruja untuk mempersembahkan ‘Hero Dewi Remaja 2023’, gabungan dua jenama pencarian Hero dan Dewi terkemuka yang diterjemah ke dalam edisi terbaharu menerusi kerjasama Astro dan Nu Ideaktiv ini.
Selaku penyiar rasmi program realiti ‘Hero Dewi Remaja 2023’, kami ingin menampilkan pembaharuan yang bertepatan dengan golongan remaja masa kini, khususnya dengan memperkenalkan 16 Hero dan Dewi yang dipilih sebagai model peranan untuk menonjolkan bakat dan kebijaksanaan mereka kepada para penonton. Terdapat pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat telahpun disusun untuk menghiasi tugasan dan cabaran agar kami dapat mempersiapkan Hero dan Dewi ini dengan ilmu yang relevan dan boleh diterapkan di dalam kehidupan mereka. Pastinya, Hero dan Dewi ini bakal memikat hati penonton dan mengumpul kelompok peminat dengan bakat dan kebolehan mereka yang terpendam. Sebagai tambahan, Hero dan Dewi ini juga bakal menyerikan barisan selebriti-selebriti di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.
Akhir kata, kami berharap semoga penganjuran Hero Dewi Remaja pada tahun ini menjadikan Astro sebagai platform pencarian bakat komersial yang utuh sekaligus meletakkan Astro sebagai destinasi utama dalam menghasilkan bakat baharu industri hiburan tempatan,” tambah Idlan.
Berikut merupakan 16 orang peserta telah terpilih sebagai finalis Hero Dewi Remaja 2023.
Hero Dewi Remaja 2023 Temui Peminat di Astro Ria bermula 10 November Ini
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo. Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/
Pertandingan Hero Dewi Remaja 2023 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!