Kek Milo Kukus 3 Bahan ni antara kek viral yang menjadi kegilaan ramai. Namun ada kisah disebalik popularitinya. Bila dicuba, ada yang menjadi, ada yang tidak. Ada yang kata hasilnya gebu dan lembut, namun ada yang kata, kek yang dimasak menjadi bantat! Kenapa ya?
Menerusi perkongsian saudari Noriza Awang Hamat, beliau telah berkongsi resipi Kek Milo 3 Bahan yang dicuba dan juga petua untuk mendapatkan hasil kek yang lembut dan gebu tanpa menggunakan tepung kek. Jom tengok cara-cara penghasilannya.
Sarapan pagi nanti teringin nak makan kuih tradisi. Biasa makan lepat pisang, jadi kita tukar angin buat lepat jagung pula. Tak perlu susah-susah nak cari daun pisang untuk membungkus, boleh guna kulit jagung untuk rasa lebih sedap dan wangi.
Lepat jagung
2 tongkol jagung sagat 1 tongkol jagung dihiris 3 cawan santan 1 cawan tepung beras 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan gula pasir sedikit garam. kulit jagung untuk membungkus lepat.
Cara memasak: 1. Semua bahan di atas dimasak sehingga pekat. Jangan sampai masak pulak. 2. Apabila sudah likat angkat dan bolehlah dibungkus. 3.Ambil 1 sudu makan, masukkan ke dalam kulit jagung lipat bagi kemas. Buat sehingga habis. 4.Panaskan pengukus. Kukus lepat dalam 20 minit.
“Saya suka masak kari, tapi rasanya tak sesedap yang saya makan di kedai. Terutamanya di restoran mamak. Apa rahsia mereka ya?”.
Kali ini, RASA ingin berkongsi rahsia untuk memasak kari yang sedap. Ada sesetengah daripada tip ini yang mungkin akan mengejutkan anda. Ayuh, teruskan membaca!
KARI AYAM atau DAGING
Rempah kena garing, tetapi jangan sampai hangus, selalu orang bancuh serbuk kari dengan air. Tapi sebenarnya kena tumis bawang dan bahan lain, kemudian masukkan rempah kari. Goreng pantas selama 1-2 minit dan masukkan air. Tak perlu banyak, cukup sekadar mencairkan rempah. Perlahankan api sehingga terbit minyak.
Kemudian barulah masukkan daun kari dan kentang. Masukkan pula daging atau ayam. Biarkan sehingga ayam atau daging mengecut, barulah ditambah air.
Apabila sudah dimasukkan air, masukkan pula santan atau susu segar. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
Apabila kentang sudah empuk, masukkan asam gelugur atau sedikit jus asam jawa sebelum diperasakan dengan garam.
Antara rempah yang boleh menyedapkan kari adalah bunga lawang, pelaga dan kayu manis.
Cara memasak kari daging adalah lebih kurang seperti kari ayam cuma kebanyakan orang utara lebih suka memerap daging dengan rempah kari sebelum dimasak. daging akan menjadi lebih lembut. aroma kari juga akan meresap ke dalam daging dan menjadikan kuahnya lebih sedap.
KARI IKAN
Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan ditumbuk halus selepas selesai menumis. Kacau rata.
Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan. Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik.
Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh ‘patahkan’ 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke dalam kari selepas masukkan ikan.
Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama). Ketika mahu menghidang kari, baharulah dimasukkan bendi (ini adalah optional).
Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah menggelegak. Jika tidak, isi ikan mudah hancur dan membuatkan kuah menjadi hanyir.
Apabila ikan sudah masak, kecilkan api untuk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya lebih sedap.
Macam-macam menu boleh buat dengan terung, tapi yang autentik dan digemari ramai hingga sekarang adalah pajeri dan lawa terung. Dua menu ini memang sedap. Ada pulak ikan masin, memang sedap sangat dan tak perlu lauk lain lagi dah.
LAWA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang
1 cawan santan pekat
1 biji limau nipis
3 ulas bawang merah-hiris
5 tangkai cili padi
Sedikit garam
CARA MASAK:
Terung belah dia dan bakar
Campurkan garam dalam santan sehingga cecukup rasa.
Letakkan terung dalam pinggan hidang, tuangkan santan di atasnya.
Kemudian taburkan hirisan bawang dan cili.
Sedia dihidangkan.
PAJRI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
3 biji terung panjang- belah dua
200 ml santan pekat
3 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar kerisik
2sm kulit kayu manis
4.kuntum bunga lawang
4biji buah pelaga
3 ulas bawang putih-kisar
3 ulas bawang merah-kisar
1cm halia-kisar
1 sudu besar undang kering-kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MASAK:1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar bersama rempah sehingga naik bau.
Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan terung, kacau seketika dan masukkan santan.
Masak sehingga kuah menjadi pekat atas api sederhana .
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.