Udang, antara makanan laut menjadi kegemaran ramai, masak apa pun sedap. Selain cepat dimasak, udang juga boleh dipelbagaikan menu ikut cita rasa keluarga. Empat menu yang RASA kongsikan mungkin boleh dicuba atau boleh memberikan idea untuk anda mengolahnya semula mengikut selera anda dan juga ahli keluarga.
UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
1 biji bawang besar |dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia | dikisar
3 sudu makan pes cili kering
2 sudu makan air asam jawa
3cm belacan
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Ads
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
Tutup api dan gaul rata.
Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
8 biji cili padi | dihiris
1/2 cawan susu seger
1 sudu makan mentega
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
2 biji telur kuning
1 sudu makan mentega
1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
Angkat dan toskan.
Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG BEREMPAH
Ads
BAHAN-BAHAN:
500gm udang saiz XXL | dibersihkan
4 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 biji bawang besar |dicincang
1 batang serai | dikisar
2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
6 biji cili padi | dihiris
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
UDANG GORENG TEMPOYAK
Ads
BAHAN-BAHAN:
500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | dihiris
1 helai daun kunyit | dihiris halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
Kacau hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
Tutup api dan gaul rata. Sedia dihidangkan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Ayam goreng boleh dianggap lauk yang tak jemu-jemu dimakan. Kali ni RASA nak kongsikan resipi ayam goreng paling sedap. Memang terbaik rasa dia. Resipi ini dikongsi oleh Zana Mokhtar di facebook group RASA Share Resipi. Jom try buat. Nampak sedap betul ayam goreng ni.
AYAM GORENG GERENTI SEDAP
BAHAN UTAMA
1 ekor ayam (dibelah 4)
Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN PERAPAN
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
2 ulas awang putih
2 tangkai serai
2 inci kunyit hidup (atau 1 sudu kecil serbuk kunyit)
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar semua bahan perapan. Kemudian lumur pada ayam dan perap selama sejam.
Dah siap kisar.
Lumur lepas tu perap sejam.
2. Ayam yang sudah diperap, direbus sehingga nampak siku ayam agak pecah. Angkat dan toskan.
Rebus ayam tadi.
3. Ambil bahan perapan ayam tadi dan lumurkan semula pada ayam.
4. Panaskan minyak masak. Minyak masak kena banyak.
5. Goreng ayam sehingga kekuningan dan angkat untuk dihidangkan.
Pastikan minyak masak kena banyak untuk menggoreng.
Pucuk Paku memang enak dijadikan sebagai kerabu. Penmbahan beberapa rencah lain menjadikan hidangan ini digemari ramai. Menerusi perkongsian saudari Redza Rosida, beliau berkongsi cara-caranya menyediakan sajian Kerabu Pucuk Paku yang simple tetapi sangat sedap. Cubalah. Pasti anda akan suka akan rasanya.
CARA MEMBUAT KERABU PUCUK PAKU
BAHAN-BAHAN:
Pucuk paku – dipotong kecil & dicelur terlebih dahulu Tauge Mangga muda – sagat Bawang besar – hiris nipis – beli online disini Kerang rebus Kelapa parut – ambik bahagian putih sahaja
BAHAN SAMBAL KERABU: 10 biji cili merah Cili padi – ikut kepedasan yang disukai Belacan – beli online disini Air asam jawa – beli online disini 4 biji limau kasturi – ambil jusnya sahaja Garam dan perasa 1 genggam ikan bilis – boleh disangai atau digoreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Sangai tauge tanpa minyak seketika. Jangan lama. Kemudian sangai kelapa parut hingga keperangan. 2. Satukan bahan sambal kecuali bilis. Kisar seketika. 3. Masukkan ikan bilis. Kisar sekali lagi tetapi jangan sampai hancur sangat. 4. Dalam bekas besar, campur semua bahan dan gaulkan.
5. Seimbangkan rasa masam, masin dan pedas mengikut cita rasa. Lagi enak jika lebih rasa masam. 6. Kerabu Pucuk Paku sedia untuk dinikmati.
Hujung minggu nanti mungkin ada yang bakal meraikan hari lahir. Pasti di fikiran sudah ada pelbagai menu untuk dijamu kepada tetamu yang bakal hadir. Adalah lebih enak jika ia datang dari air tangan tuan rumah. Barulah teringat-ingat kesedapan makanan yang ada.
Tak perlu susahkan diri, bertemakan potluck lebih mudah untuk tuan rumah dan semua tetamu yang hadir. RASA kongsi menu potluck yang boleh disediakan nanti. Pilihan menu yang menarik dan menyelerakan bakal memeriahkan majlis anda nanti.
MAC & CHEESE ( Makaroni & keju ) Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan :Hidangan utama Keistimewaan: Lemak berkrim Anggaran kos :RM 10.00
BAHAN-BAHAN: Macaroni 5 ulas bawang putih ( dicincang halus) 3 ulas bawang Holland ( potong dadu kecil ) 3 sudu makan mentega 5 biji tomato ceri Sosej ayam 1 tin sos keju Preggo 3 keping keju cheedar Serbuk Cheese Mesra 1 cawan susu cair 3 sudu makan nestum
Rebus makaroni bersama sedikit minyak, setelah agak kembang tos dan ketepikan dahulu
Dalam kuali, panaskan mentega dan tumis bawang putih diikuti Bawang Holand
Masukkan sosej dan kacau hingga masak
Setelah itu masukkan sos keju Preggo
Kemudian masukkan susu cair. Kacau sehingga sos agak pekat masukkan makaroni dan gaul rata
Masukkan sedikit garam, lada sulah dan sedikit serbuk perisa
Masukkan tiga keping keju cheedar
Masukkan tomato ceri
Masukkan serbuk nestum untuk memekatkan sos
Serbuk cheese Mesra dibancuh dengan ½ cawan air dan curah ke dalam makaroni tadi untuk membuatkan sos lagi berkrim selain memberi warna keju yang menyelerakan.
Setelah masak, angkat masuk ke dalam mangkuk dan taburkan sedikit serbuk nestum sebagai hiasan dan siap dihidangkan panas
INFO CHEF: Guna serbuk nestum untuk memekatkan sos keju
ANGEL HAIR AGLIO UDANG Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan :Hidangan utama Keistimewaan: Herba English Tradisi Anggaran kos :RM 8.00
BAHAN-BAHAN: Spaghetti Angel Hair Minyak zaiton untuk tumis kering 5 ulas bawang putih | di cincang halus) 3 ulas bawang Holland |potong dadu kecil 5 ekor udang | dibuang kulit dan basuh bersih 3 sudu teh empingan cili 5 biji tomato ceri | belah dua Sedikit daun parsli segar| dicincang halus Garam, gula & perasa Serbuk bawang putih
CARA MEMASAK:
Rebus spaghetti Angel Hair sehingga empuk, angkat dan toskan
Dalam kuali masukkan sedikit minyak zaitun untuk tumisan kering
Tumis bawang putih kemudian diikuti dengan bawang Holland
Agak garing dan naik bau, masukkan udang
Kemudian masukkan pula spagheti dan gaul rata
Sesuaikan rasa dengan garam, gula dan serbuk perasa
Masukkan empingan cili, gaul rata
Masukkan serbuk bawang putih
Akhir sekali padamkan api dan masukkan daun parsli, kacau rata
Siap untuk dihidangkan
INFO CHEF:Masukkan sedikit minyak zaitun dan garam semasa merebus spageti bagi mengelakkan spageti melekat dan teksturnya kenyal dan tidak mudah terputus semasa proses merebus
NASI GORENG BUTTER Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis Jenis masakan :Hidangan utama Keistimewaan: Kaya dengan rasa lemak keju bersama variasi pedas dan manis Anggaran kos :RM 8.00
BAHAN-BAHAN: 1 mangkuk nasi sejuk Minyak zaitun untuk tumis kering 2 sudu makan buttercup 5 ulas bawang putih | dicincang halus 1 keping sosej ayam | dipotong memanjang dan nipis ½ batang lobak merah | dipotong panjang dan halus ½ mangkuk kacang pis hijau 5 biji tomato ceri Serbuk perasa, serbuk lada sulah,garam dan gula Serbuk parsli untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak zaitun.Tumis bawang putih sehingga naik bau dan sedikit garing
Masukkan hirisan sosej
Masukkan nasi sejuk dan gaul rata
Sesuaikan rasa dengan garam gula, serbuk lada sulah dan serbuk perasa
Masukkan buttercap dan gaul rata
Masukkan lobak merah , kacang pis dan tomato ceri
Goreng sehingga semua sebati.Tutup api, angkat ke dalam pinggan dan taburkan serbuk daun pasley
Sedia untuk dihidagkan
INFO CHEF: Untuk memasak nasi goreng, elok gunakan nasi sejuk semalaman untuk mendapat hasil nasi yg berderai semasa di goreng dan tidak melekit.
FLOWER SAUSAGE SKEWER Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 25 minit Cara memasak: Panggang dan goreng Jenis masakan :Pembuka selera Keistimewaan: Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: UNTUK GRILL 2 batang lobak merah | dipotong baji 1 biji kentang | dipotong baji Beberapa kepingan helai Bawang Holand Beberapa biji tomato ceri Serbuk BBQ Bawang putih |dicincang Garam dan gula Lada hitam 6 batang lidi satay untuk skewer
UNTUK GORENG Beberapa keping sosej ayam untuk setiap sebatang dipotong 3 kemudian di belah 4 pada bahagian atas dan bawah untuk menjadikanya kembang berbentuk bunga semasa di goreng dengan minyak panas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan goreng potongan sosej tadi, setelah kembang, angkat dan toskan
Untuk bahan panggang, rebus terlebih dahulu lobak merah dan kentang sehingga empuk
Gaul semua bahan-bahan panggang dan perap selama 15 minit dan kemudia panggang lebih kurang dalam 3 minit untuk mendapatkan warna keperangan pada sayuran tadi
Setelah itu mula membuat skewer dengan cara menyucuk satu hirisan ubi kentang diikuti dengan satu ketul sosej, kemudian diikuti dengan hirisan lobak merah, diikuti pula dengan satu ketul sosej, kemudian cucuk pulak kepingan bawang dan terakhir cucuk buah tomato ceri di bahagian atas sekali
Susun di dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan bersama mana-mana sos kegemaran.
INFO CHEF:Hidangan skewer sangat sesuai untuk acara barbeku di mana konsep penyediaan yang memerlukan hidangan di panggang di atas bara api dan di makan dalam keadaan santai
BRUSHETTA TOMATO Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak: Tumis dan bakar Jenis masakan : Pembuka selera Keistimewaan: Makanan diet baik untuk kesihatan Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: 1batang roti Perancis/ Baguette 1 biji tomato besar 1/4 bawang besar kuning 4 ulas bawang putih 1/4 cawan minyak zaitun Sedikit herba campuran untuk taburan Sedikit lada hitam 1 mangkuk sup Mozarella Cheese
CARA MEMASAK:
Roti Perancis dipotong serong dengan tebal 1/2 inci
Bawang besar, tomato, dibasuh dan dipotong kiub kecil-kecil
Bawang putih dibasuh dan dicincang halus
Di dalam satu mangkuk besar, satukan tomato, bawang besar dan bawang putih.
Tuangkan minyak zaitun dan taburkan lada hitam dan herba campuran. Gaul rata kesemua bahan.
Sapukan bahan-bahan ke atas kepingan roti Perancis dan taburkan Mozarella Cheese atasnya.
Panaskan oven selama 10 minit. Susunkan roti-roti tadi ke atas dulang dan bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 10 minit atau Cheese cair.
INFO CHEF – Kalau tak nak bakar dalam oven, boleh makan roti Perancis kosong dicicah bahan campuran tomato itu.
FISH & CHIPS Saiz hidangan: 2 orang Waktu memasak: 20 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan :Sajian utama Keistimewaan: Kelazatan hidangan ini pada kerangupan filet ikan dengan ramuan perasa yang secukup rasa. Anggaran kos :RM 8.00
BAHAN-BAHAN: 1 cawan tepung gandum 1 sudu makan baking powder 1 cawan sparkling water 1 sudu teh madu 1 sudu teh garam 1/2 sudu teh lada hitam 3 keping isi ikan dory Ubi kentang | dipotong bentuk french fries Lemon Daun parsley
CARA MEMASAK: 1. Gaul tepung bersama baking powder, sparkling water, madu, garam dan lada hitam hingga sebati. 2. Salut ikan dory dengan tepung gandum. Kemudian, salut dengan adunan tepung. 3. Goreng hingga keemasan. 4. Rebus kentang selama lima minit. 5. Toskan dan goreng hingga rangup. 6. Tabur garam dan lada hitam. 7. Hidangkan bersama hirisan lemon dan daun parsley INFO CHEF – Untuk menambahkan lagi enak pada ikan, renjiskan sedikit air lemon dari belahan buah lemon yang segar. Rasa ikan tidak hanyir dan menaikkan aroma yang lebih menyelerakan.
KEK BUTTER KLASIK Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak: 35 minit ke 50 minit Cara memasak: Bakar Jenis masakan :Dessert Keistimewaan: Penggunaan bahannya yang sangat ringkas dan mudah untuk disediakan Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: 1 cawan mentega Buttercup 1 cawan cawan gula kastor 4 biji telur ayam gred A 1/1/2 cawan tepung gandum 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang
Masukan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang
Masukkan esen vanilla
Masukkan baking powder
Masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati
Masukkan dalam loyang yang digris dengan mentega terlebih dahulu
Bakar pada suhu 170*c selama 50 minit
INFO CHEF– Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan bahan kek untuk menghasilkan kek yang bakar menjadi cantik dan gebu.
TRIFFLE PUDDING Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Rebus dan dingin beku Jenis masakan :Dessert Keistimewaan: Penggunaan buahan segar lagi sedap berbanding dengan penggunaan buahan koktel di dalam tin selain ianya lebih berkhasia Anggaran kos :RM 6.00
BAHAN-BAHAN: Buah koktel dalam tin Buah anggur hitam Buah anggur hijau Buah apple hijau Kepingan swis roll Agar-agar tanpa pewarna 3 sudu makan chia seeds 3 senduk sederhana gula dan sedikit garam, Sedikit esen vanila
CARA MEMASAK:
Agar-agar dimasak dengan api yang sederhana sehingga larut sepenuhnya
Masukkan gula dan sedikit garam
Masukkan sedikit esen vanilla dan chia seeds
Tutup api dan biarkan sebentar
Kesemua buah-buahan dipotong dadu kecil
Di dalam acuan kaca, aturkan swiss roll dengan rata
Taburkan pula ke semua hirisan buah-buahan tadi
Curahkan agar-agar ke dalam acuan kaca tadi pastikan lapisan agar-agar meliputi semua bahan-bahan tadi
Masukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan
Sedia untuk dihidangkan setelah jelly sudah membeku
INFO CHEF – Chia seed direndam terlebih dahulu dengan air panas supaya ia kembang sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam agar-agar
SAGO GULA MELAKA KLASIK Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Reneh Jenis masakan :Pencuci mulut Keistimewaan: Lemak manis Anggaran kos :RM4 Bahan-bahan diperlukan: Bahan-bahan (sago): – 5 cawan air – 1 1/2 cawan sago
Bahan-bahan (kuah santan): – 2 cawan santan – Daun pandan
Bahan-bahan (sirap gula melaka): – 1/2 cawan air – 200g gula melaka – 1/4 sudu kecil garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk memasak sago, panaskan air dan masukkan sago. Kacau 15 minit hingga masak. 2. Sejukkan 30 minit. 3. Untuk kuah santan, didihkan santan dengan daun pandan. 4. Untuk sirap gula melaka, didihkan air, gula melaka dan garam sehingga pekat. 5. Hidangkan sago bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
INFO CHEF:Biji sagu direndam semalaman terlebih dahulu agar cepat masak apabila di rebus dengan api yang perlahan.
SIRA LABU BERSANTAN Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Reneh Jenis masakan :Pencuci Mulut Keistimewaan: Lemak Manis Anggaran kos :RM4
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.