Siapa sini suka perap ayam guna yogurt? Menurut Zurina Zulkefli yang berkongsi resipi ayam goreng pedas ala Korea ini, dia suka menggunakan yogurt perisa original kerana lebih senang berbanding guna susu.
Tepung pun lebih mudah melekat pada ayam. Tepung pula katanya, lebih suka guna tepung beras dicampur tepung jagung, sebab kalau guna dua tepung ni memang dijamin rangup.
AYAM GORENG PEDAS ALA KOREA SALUT CHEESE
BAHAN-BAHAN:
Ayam bahagian kepak | dibersihkan & dipotong dua 1 botol yogurt perasa original 1 cawan tepung beras – beli online di sini 1 sudu besar tepung jagung – beli online di sini Serbuk lada sulah (saya guna Ajishio) Lada hitam (saya guna Ajishio) – beli online di sini 4 sudu besar pes pedas Korea (apa-apa jenama yang ada di pasaran – saya guna, buatan bumiputra Aroma Saji) – beli online di sini Serbuk cheese (saya guna buatan bumiputra juga Saudagar Rasa) Minyak masak – beli online di sini
Ads
Dapatkan Gintell DeSpace Care Massage Chairdengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5sebelum buat pembayaran untuk dapatkanDISKAUN EXTRA RM5!
CARA-CARA:
1. Taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam untuk perasakan daging ayam. Pastikan daging ayam dah defrost ya.
2. Kemudian masukkan sebotol yogurt. Gaul sebati dan perap selama 5 minit.
3. Di dalam mangkuk lain, masukkan 1 cawan tepung beras bersama 1 sudu besar tepung jagung. Tepung digaul sebati. Masukkan ayam yogurt ke dalam tepung. Salut dan simpan tepi.
4. Panaskan minyak masak separuh penuh ke dalam kuali dan masukkan ayam. Goreng sehingga ayam bertukar garing dan keemasan. Sesudah masak, boleh angkat dan letak ke dalam mangkuk.
5. Sos Korea yang saya guna, sangat sedap dan wangi, mengikuti citarasa Melayu. Tapi awas, bagi saya sos ni sangat pedas. Sekiranya anda sudah ada pes gochujang Korea, anda boleh buat sos pedas sendiri.
6. Tuangkan 4 sudu besar sos pedas korea ke atas ayam goreng dan gaul sekata.
Ads
7. Campurkan serbuk cheese dengan air panas dan bancuh sehingga likat. Sesudah bancuh, boleh tuang ke atas ayam pedas korea tadi. Gabungan pedas korea dan cheese ni memang menyelerakan.
Anda peminat masakan Thai? Masakan Thai boleh dikatakan pedas-pedas belaka. Lagi pedas lagi kaw. Sempena cuti sekolah ni mungkin ada tetamu bakal berkunjung ke rumah, jom hidangan masakan istimewa yang pastinya buat tetamu anda menambah nasi dek kerana kesedapan menu ini.
UDANG MASAK THAI
Bahan-bahan: Udang (dibasuh dan diletak garam dan kunyit) 15 biji bawang merah-kisar 4 biji cili padi-kisar 1 biji cili merah-kisar 4 ulas bawang putih-kisar Batang ketumbar-kisar 2 batang serai 2 sudu makan sos cili 2 sudu makan sos tiram 1 sudu makan sos ikan 6 helai daun limau purut 1 sudu makan gula Mushroom seasoning Daun ketumbar
Cara memasak:
1.Bedakkan udang kita dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak Kemudian goreng sekejap sahaja.
2.Kisar bawang merah, cili padi, cili merah, bawang putih dan batang ketumbar.
3.Pakai minyak udang tadi. Kalau banyak sangat boleh buangkan sedikit minyak tu. Serai 2 batang, titikkan dan masukkan.
4.Masukkan bahan dikisar tadi. Tumis sehingga naik bau.
5.Masukkan sos cili.
6.Masukkan sos tiram.
7.Masukkan sos ikan ada gambar sotong ni sedap.
8.Letakkan air sedikit sahaja untuk menumis bahan tadi. Bagi ada kuah.
9.Masukkan daun limau purut.
10. Masukkan gula, tak ada gula perang boleh guna gula putih.
11. Masukkan mushroom seasoning sedikit bagi melazatkan lagi sambal kita.
12.Dah sebati semua masukkan udang. Gaul hingga mesra.
13.Dah mesra akhir sekali masukkan daun ketumbar. Kemudian gaul rata.Ini pilihan ye, kalau taknak letak daun ketumbar ni pun takpe, sebab ada orang suka, ada orang tak suka.
Sedapnya menu Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang ni. Cukup rasa rempah ramuannya. Biasanya kalau tenggiri, dimasak singgang, sambal kicap atau sambal berlada. Kali ni bolehlah cuba masakan Indonesia pula. Waduh….Memang sangat-sangat membuka selera. Resipi ni bukan macam Masak Lemak Cili Apia tau Lemak Kuning tu tau. Tapi enak. Apa kata hari ni cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Ramuannya cukup ringkas namun rasa sangat merecik sedap. Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK IKAN TENGGIRI MASAK LEMAK PADANG, INDONESIA
BAHAN-BAHAN: 5-6 keping ikan tenggiri 1/2 kotak kecil santan – beli online disini 2 hiris lengkuas 1 batang serai 1 helai daun salam 1 biji tomato Minyak masak secukupnya Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya 1½ cawan air
BAHAN KISAR: 2 cm halia 2 cm lengkuas 1 cm kunyit hidup ½ biji bawang besar @ 3 biji bawang merah – beli online disini 3 ulas bawang putih – beli online disini 2 biji buah keras – beli online disini 2 biji cili merah
CARA MEMASAK: 1. Ikan dibasuh bersih dan dilumur kunyit serta garam. Goreng ikan sehingga masak.
2. Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak dan masukkan hirisan lengkuas, serai dan daun salam. Masak seketika. 3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan air dan santan. Masak sehingga sedikit mendidih.
5. Masukkan tomato dan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak seketika dan tutup api.
7. Ikan Tenggiri Masak Lemak Padang sedia untuk dinikmati.
Ketam masak apapun tetap sedap, memang rugi korang yang tak makan ketam. Selain sedap, ketam juga sangat mudah dan cepat masak. Sebab tulah seafood bercengkerang ini sangat disukai ramai dan harga pun boleh tahan. Korang yang nak cuba ini ada lima cara masak ketam yang sedap, senang dan simple.
KETAM GORENG BERCILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | dicuci bersih.
4 tangkai cili merah | dikisar
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 batang serai |dikisar
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ketam, kemudian ketepikan.
Keluarkan minyak dari kuali, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan pes cili, cili merah kisar dan sos cili, kacau hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api, masukkan ketam. Gaul rata dan tutup api
Sedia dihidangkan.
KETAM TIGA RASA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam | dibersihkan
1 biji tomato | didadu kecil
1 biji bawang besar |didadu kecil
1 pokok daun ketumbar |dihiris halus
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan jus limau nipis
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN KISAR KASAR:
3 tangki cili merah
5 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
2cm halia
CARA MEMASAK:
Ketam yang telah dibersihkan gauL bersama garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga cengkerang bertukar warna kemerahan. Ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan secukupnya untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga naik bau dan masukkan bahan dadu, sos cili, jus limau nipis, gaul rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, kemudian masukkan ketam. Gaul rata dan taburkan hirisan daun ketumbar di atasnya.
Sedia dihidangkan.
KETAM KICAP BERSOS CILI
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam saiz XL | dipotong dan bersihkan
5 ulas bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2.5cm halia muda | dikisar
1 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili kering. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa, kacau lagi.
Masukkan ketam, perasakan dengan kicap, garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga ketam bertukar warna kemerahan dan kuah agak pekat,
KARI KETAM TUMIS DARAT
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersihkan dan toskan
4 ulas bawang merah | kisar kasar
3 ulas bawang putih | kisarkasar
2.5cm halia | kisar kasar
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
Sedikit rempah penumis | kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang
2 sudu makan air asam jawa
150ml susu rendah lemak
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Cuci bersih ketam kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar bersama rempah penumis sehingga naik bau.
Masukkan daun kari, biarkan seketika.
Kemudian masukkan rempah kari bersama serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa, susu rendah lemak dan diikuti ketam. Terbalik-terbalikkan ketam sehingga masak.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
KETAM KUKUS HALIA
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam saiz XL
4cm halia muda | dihiris memanjang
1 biji bawang besar | dihiris
4 ulas bawang putih | dititik
2 batang serai | dititik
1 batang seleri | dihiris menyerong
5 biji cili padi | dititik
1 sudu teh lada hitam | dikisar kasar
1 biji limau nipis | diambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
Bersihkan ketam, kemudian letakkannya di dalam bekas untuk dikukus. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hirisan dan titik.
Tuangkan di atas ketam, kemudian tuangkan juga jus limau kasturi, taburkan garam dan gula secukupnya.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang dan sup.
Kuih cucur balak ini antara kuih yang asalnya dari negeri sebelah Utara. Cucur rangup yang dihidangkan bersama kuah kacang yang pekat dan manis memang sedap