Kuih tepung bungkus, kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai, tak luput dek zaman. Dibungkus dengan daun pisang, rasanya yang lemak-lemak masin dan inti kelapanya yang manis membuatkan gabungan ini berjaya menaikkan selera kepada sesiapa yang memakannya.
Kali ini ini, kita ikuti resipi kuih tepung bungkus hasil perkongsian Puan Eha. Mudah saja membuatnya.
Awalnya, kuih ini diminta oleh ibu mertuanya yang teringin untuk menikmati kuih tepung bungkus ini, Maka, gigihlah mencari daun pisang, tapi rupa-rupanya daun pisang tersebut hanya mencukupi untuk membungkus 6 biji kuih sahaja dek kerana keadaan daun tersebut ada yang kurang elok.
Maka, tercetuslah idea untuk mengukus kuih tersebut di dalam bekas kecil-kecil. Sama sahaja rasanya. Cuma, tiada aroma daun pisang. Jadi, kepada yang sukar mendapatkan daun pisang di tempat anda, mungkin boleh juga mencuba cara ini.
1. Satukan semua bahan dan perap selama 1 jam. 2. Sediakan acuan dan oleskan minyak sedikit. Panaskan air kukusan. 3. Adunan dah kembang, kacau semula. Ambil sesudu dua untuk buat warna sebagai hiasan.
4. Tuangkan sedikit adunan dalam acuan, anggaran sesudu kecil. Masukkan inti dan tuang lagi adunan hampir penuh acuan. 5. Buat sampai siap semua. Hiaskan dengan sedikit yang berwarna, boleh gunakan lidi untuk buat hiasan lorekan. Kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana besar. Siap.
Kuih muih melayu sering jadi pilihan untuk minum petang. Antaranya karipap. Tak kira apa jua inti di dalamnya yang penting doh yang elok bakal menghasilkan karipap yang rangup dan gebu. Buat banyak doh karipap ni dan boleh simpan untuk disejuk beku. Bila ada tetamu, hidangkan dengan karipap pusing pasti semua suka.
Karipap Pusing Rangup
Doh A (Minyak)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar shortening
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu besar minyak masak
Uli sebati dan perap dalam peti ais 15 minit
Doh B (tepung)
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan minyak masak yang dipanaskan
1 cawan air sejuk dari peti ais atau air biasa tambah ais
1 sudu kecil garam
dan sedikit gula
Uli sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit
Cara membuat:
Bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B pada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh)
Bulat bulatkan doh seperti dalam gambar.
1.Ambil doh minyak (A) letak di atas doh Tepung (B) yang telah dileperkan seperti gambar .Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
2.Bulatkan kesemua doh. Dan biarkan selama 10 minit.
3.Leperkan/Gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
4.Setelah digulung, leperkan / gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
5.Potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian.
6.Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.
Lebihan nasi semalam selain enak dibuat nasi goreng, ia juga sedap dibuat Apam @ Apom Nasi yang gebu dan sedap. Cara penyediaannya juga sangat mudah. Andai dimakan bersama kelapa parut, waduh…enaknya. Ada peminat Apom Nasi gebu ni? Jom cuba resipi perkongsian saudari EiJa Aurora. Pasti puas hati.
RESIPI APAM NASI MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 cawan nasi 1 1/2 cawan air 2 cawan tepung beras – beli online disini 1/2 cawan tepung gandum – beli online disini 1/2 cawan gula – boleh tambah jika suka 3 sudu kecil mauripan – beli online disini 1 – 2 sudu kecil minyak masak Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Kisar nasi bersama 1 cawan air terlebih dahulu. Ini kerana jika kisar nasi bersama semua air, nasi akan jadi tidak berapa hancur halus. Bila tekstur nasi sudah agak hancur, tambah lebihan air dan kisar sekali lagi. 2. Tuang bahan kisar ke dalam bekas berisi tepung, gula dan mauripan. Gaul dan sebatikan adunan. Jika nak adun guna blender sekali lagi pun boleh. 3. Perap adunan selama 1/2 jam lebih atau sampai adunan naik. Kacau semula adunan dan boleh diwarnakan mengikut cita rasa masing-masing. 4. Untuk memasak Apam Nasi, tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak hingga memenuhi 3/4 atau hingga penuh acuan.
5. Kukus Apam selama 15 – 20 minit. Siap.
6. Hidangkan Apam Nasi bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam dan dikukus seketika.
Berita gembira buat semua pencinta makanan! Jabatan Warisan Negara secara rasmi telah mewartakan 117 jenis makanan Malaysia sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Deklarasi Objek...