Sedapnya Agar Agar Kelapa Muda. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan manisan ini tidak banyak tapi bila buat, nah dapat satu loyang. Rasa pun sangat enak lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk. Nak cuba? Saudari Jes Thamada kongsikan resipinya. Sangat ringkas. Anda pasti sukakan rasanya. Selamat mencuba!
RESIPI AGAR AGAR KELAPA MUDA MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 pek serbuk agar agar (10g) – beli online disini 1 biji air kelapa muda 2 biji isi kelapa (untuk isi, guna 2 biji kelapa sebab satu biji tak cukup isinya untuk satu loyang) 1 liter air (termasuk air kelapa tadi) 1/2 cawan gula – beli online disini 1-2 helai daun pandan
Ads
CARA MEMASAK: 1.Sediakan periuk dan masukkan air, gula, daun pandan dan serbuk agar agar. Kacau sehingga air menggelegak dan semua bahan larut sepenuhnya. 2. Masukkan air kelapa dan kacau lagi seketika. Tutup api. 3. Tuang adunan agar-agar ke dalam loyang saiz 22 cm. 4. Akhir sekali masukkan isi kelapa. Biarkan agar agar sejuk dulu barulah dimasukkan ke dalam peti untuk dibekukan. 5. Bila agar-agar sudah beku sepenuhnya, potong mengikut saiz kegemaran dan bolehlah dinikmati.
Siapa kata susah nak buat kuih gunting? Boleh cuba resipi mudah ni hanya guna tepung cucur Adabi.Memang ralit nikmati kuih gunting yang rangup. Nak buatnya pun tak susah hanya guna tiga bahan. Anda yang dekat rumah boleh cuba. Buat banyak simpan dalam balang kedap udara.
KUIH GUNTING
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung cucur udang adabi
65 ml santan kotak
Air secukupnya
Cara memasak:
1. Satukan 1 bungkus tepung cucur udang adabi bersama suku kotak santan.
2. Uli kedua-dua bahan sehingga ianya sebati. Kemudian, masukkan pula air sedikit demi sedikit untuk elakkan doh menjadi lembik.
3. Bila dah jadi doh, boleh gunting-gunting doh tersebut dan sedia untuk digoreng sehingga garing.
4. Sejukkan sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda sedang mencari hidangan yang mudah, enak dan cepat untuk dihidangkan kepada para tetamu, cuba buat Roti Pizza Cendawan Berkeju ni. Senang sangat. Hanya ambil sekeping roti, letakkan campuran bayam dan cendawan di atasnya lalu taburkan keju dan bakar. Nak lagi best, gunakan Keju Perfect Italiano Perfect Pizza. Gabungan keju Mozzarella, Cheddar dan Parmesan yang memberi keseimbangan rasa yang sempurna serta regangan yang tidak berminyak. Terasa keenakan dalam setiap gigitan. Jom cuba!
ROTI PIZZA CENDAWAN BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
3-4 keping roti tebal (roti perancis)
250gram Perfect Italiano Perfect Pizza
10-12 biji cendawan butang – hiris
80gram bayam – cincang
80gram Anchor Unsalted Butter
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam & lada sulah secukupnya
Cincangan daun parsli secukupnya
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan hirisan cendawan dan bayam. Tambah cincangan parsli, lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati dan tutup api.
Ambil sekeping roti, sapu lebihan mentega di atas roti secukupnya.
Sendukkan campuran cendawan dan bayam ke atas roti dan ratakan.
Tabur Perfect Italiano Perfect Pizza ke atas cendawan. Tabur lebihan cincangan parsli.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 15-18 minit atau hingga keju keperang-perangan. Hidangkan panas.
Bila dah bosan dengan lauk pauk biasa, ikan masin dan bilis sering menjadi pilihan sebagai juadah pemecah selera. Rasa masin, pedas dan masam sememangnya boleh membuatkan anda makan nasi bertamb. Apa kata jadikan menu ikan masin dan bilis dalam senarai masakan pilihan anda hari ini.
1.IKAN MASIN KURAU MASAK CUKA
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan masin kurau | potong empat segi
2 biji bawang besar | dipotong baji
2 ulas bawang putih | dihiris
6-8 biji cili padi | dibelah hujung
3cm halia muda | dihiris memanjang halus
2 sudu makan
1 sudu sos cili
Gula secukup rasa
Garam jika perlu
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Rendam ikan masin lebih kurang lima minit, kemudian cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak. Goreng ikan masin atas api sederhana, kemudian ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan hirisan sehingga layu. Masukkan sos cili dan cuka, gaul rata.
Masukkan ikan masin yang telah digoreng.
Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
Angkat dan hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Selain cuka anda juga boleh menggunakan perahan jus limau mipis atau kasturi.
2. KARI TULANG IKAN MASIN BERSAMA TERUNG
BAHAN-BAHAN:
300gm tulang ikan masin jenahak | direndam
2 biji terung bulat | dibelah empat
1/2 liter santan
5 ulas bawang merah | dihiris
4 ulas bawang putih | dihiris
3cm halia muda | dihiris memanjang
3 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah penumis (jintan manis, jintan putih dan halba)
3 sudu makan air asam jawa
1 tangkai daun kari | dileraikan dari tangkai
6 biji cili padi | dibuang tangkai
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Rendam ikan masin sekurang-kurangnya l5 minit. Kemudian toskan.
Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan dan daun kari hingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata sehingga pecah minyak, masukkan pula santan, air asam, tulang ikan masin dan terung.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga terung empuk.
Lengkapkan rasa dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Selain terung, anda boleh tukar dengan kacang bendi. Boleh juga campurkan dengan hirisan tomato.
3. SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARAMEMASAK:
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat.
Masukkan pula hirisan bawang besar.
Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api.
Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF:
Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup.
Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
4. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus.
Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi.
Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya.
Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
5. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Cuci ikan bilis dan toskan.
Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar.
Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk.
Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu.
Gaul rata, dan sedia dihidangkan.
Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
6. SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar .
Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing.
Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula.
Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis.
Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
7. IKAN MASIN SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
100 gm isi ikan masin jenahak | dipotong dadu
100gm isi petai
1 biji bawang besar | dihiris
3 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
1 sudu makan sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
Panaskan minyak goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang merah dan putih kisar hingga wangi kemudian masukkan pes cili.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan pecah minyajk.
Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Petai digoreng terlebih dahulu untuk mengurangkan bau dan ia lebih sedap.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.