Muffin blueberi yang sedap dan gebu, pastinya lebih enak bila dimakan ramai-ramai bersama keluarga. Tau-tau dah licin pinggan.
Rahsia keenakkannya pasti terletak pada ramuannya yang menggunakan susu dan minyak canila yang menjadi ia lembab dan lembut dimakan. Ni dia resipi dari Hotel Crystal Crown yang disediakan oleh Chef Mohd Shafeeq.
MUFFIN BLUEBERI
Ads
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan tepung serbaguna 3/4 cawan gula halus | tambah 1 sudu makan untuk tabur atas muffin 1/4 sudu teh garam 2 sudu teh serbuk penaik 1/3 cawan minyak canola atau sayur 1 biji telur saiz A 1/3 cawan susu segar @ uht 1 1/2 sudu teh ekstrak vanila 227gm blueberi segar atau blueberi di dalam tin
CARA MEMASAK : 1. Panaskan ketuhar dengan suhu 400 darjah Fahrenheit. Letakkan cawan kertas di dalam acuan muffin 2. Satukan tepung, gula, serbuk penaik dan garam di dalam mangkuk yang besar. 3. Ambil jag masukkan minyak kanola, kemudian masukkan telur diikuti dengan susu. 4. Masukkan vanila dan kacau sebati. 5. Kemudian tuangkan campuran susu ini ke dalam mangkuk campuran tepung (bahan kering) tadi. Kacau sebati. 6. Adunan batter ini agak pekat.Tuangkan ke dalam acuan muffin berisi cawan kertas. 7. Taburkan sedikit gula halus di atasnya, letakkan blueberi di atasnya dan bakar hingga masak (10-15 minit).
Saiz Hidangan : 10 biji muffin (saiz standard) Waktu memasak : 35 minit Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Kek cawan Keistimewaan : Muffin gebu dan lembab, enak dengan rasa blueberi Anggaran kos : RM 22
Ads
INFO CHEF : Agar muffin masak sekata, isikan dua bekas daripada acuan dulang pembakar muffin dengan satu hingga dua sudu makan air.
RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor
Setiap kali teringin nak makan rojak/passembur mamak, mesti kita akan keluar pergi ke kedai kan? Tapi kadang-kadang rasanya tidak seperti yang kita inginkan. Ada kuah rojak yang cair, malah ada yang terlebih pekat. Jadi, rasanya lebih baik jika kita buat sendiri di rumah.
Selalunya terdapat 2 perkara penting dalam rojak/passembur mamak ni iaitu kuah dan bahan cucurnya. Cucur pula terdapat 3 jenis, cucur udang, cucur kelapa dan cucur beras atau kerepek serta disertai dengan bahan-bahan lain. Semuanya bergantung kepada bajet dan citarasa masing-masing.
Resipi Rojak/Pasembor Mamak
BAHAN-BAHAN (ROJAK)
Sengkuang dihiris nipis memanjang
Timun dihiris nipis memanjang
Taugeh dicelur sedikit
Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
Kentang direbus dan dipotong
Telur rebus
Cucur kelapa dipotong
Cucur naik dipotong
Cucur beras dipatah dan ditabur atas
Bawang goreng ditabur atas
CUCUR KELAPA
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepun gandum
1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
Bawang kecil di mayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit sodium bicarbonate
CARA PENYEDIAAN
Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas.
CUCUR NAIK
1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
Taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
CUCUR BERAS ATAU KEREPEK
250gm tepung beras
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topioca flour)
Minyak untuk goreng
BAHAN-BAHAN PERENCAH (DIKISAR)
5 ulas bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
1 biji telur.
50 ml santan cair.
Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.
BAHAN- BAHAN (KUAH ROJAK )
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.
kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup.
3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
2-3 bawang besar digoreng layu.
Gula dan garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Masukkan garam secukup rasa.
Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh.
Dah lama tak buat biskut, apa kata hari ni kita buat biskut lejen resipi Iesya Sofea. Masih ada lagi ke yang kenal dengan biskut sampan ni. Dahulu biskut sampan ni wajib ada di hari raya. Sekarang memang jarang kali nak jumpa atau mungkin ada yang tidak mengenali biskut ni. Walaupun buatnya akan renyah tapi berbaloi, sedap.
Biskut Sampan Bahan-bahan: Base(bawah): 250g butter sejuk 2oz susu tepung fernleaf fullcream 16oz biscuit mix Adun semua bahan ni sampai jadi doh
Inti: 3oz conflakes nestle 3oz almond nib 3oz mix fruit 3oz ceri hijau dan merah 1.1oz kelapa kering 5 sudu besar susu pekat f&n 1.Adun semua bahan sampai sekata. Rasa ikut kemanisan yang dikehendaki. 2.Ambil doh letak dalam acuan. Picit di tengah bagi jadi lekuk bentuk sampan. Ratakan dengan pisau. Kemudian letak inti banyak mana yang dihendaki. 3.Bakar di dalam oven dengan kepanasan 170′ api atas bawah, off kipas.
Sedapnya Lala Masak Masam Manis ni. Ia juga dikenali dengan nama siput Retak Seribu. Selain masak seperti ni, ia juga sedap kalau dijadikan masak lemak. Memang bertambah nasi dalam pinggan. Bagi anda yang bercadang nak masak ‘seafood’ lambak, resipi Lala Masak Masam Manis perkongsian saudari Rosni Musa ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah. Selamat mencuba!
RESIPI LALA MASAK MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
1 paket lala @ retak seribu
1 biji bawang besar – dihiris – beli online DISINI
2 ulas bawang putih – dihiris – beli online DISINI
Lauk sotong stim limau ini memang membuka selera, nampak saja pun dah boleh kecur air liur dibuatnya. Tambah pula kalau menggunakan sotong segar, bersatu dengan rasa pedas masam dan manis memang sedap.