Puas makan yang manis-manis apa kata korang rasa pulak muffin  savoury (tak manis) yang sangat sedap dan  lebih sihat sesuai untuk hidangan minum petang atau bekal anak ke sekolah atau korang sendiri ke pejabat. Menu ini mudah disediakan dan sangat sesuai  untuk anda yang mengutamakan makanan sihat.  Jadi jom kita  cuba buat berpandukan resipi yang disediakan ini.

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes.

CHEDDAR CHEESE MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 300gm parutan keju
  • 100gm keju Cheddar
  • 30gm baking powder
  • 10gm baking soda
  • 100ml krim sour cream
  • 100ml minyak
  • 2 biji telur
  • 5gm garam

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kering. Gaul sebati.
  2. , kemudian pukul telur seketika.
  3. Masukkan bahan kering, sour cream dan minyak, kemudian gaul lagi.
  4. Tambahkan parutan keju, kemudian masukkan dalam acuan.
  5. Taburkan keju Cheddar di atasnya.
  6. Bakar adunan dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sedia dipanaskan.
  7. Sedia dihidangkan dengan sos.

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes.

BEEF STRIPS MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 30gm gula
  • 30gm baking powder
  • 5gm garam
  • 20gm  bawang putih | dadu halus
  • 25gm kaju parmesan  | parut
  • 1 biji telur
  • 125ml susu segar
  • 125ml minyak masak

CARA MEMASAK:
1.  Campurkan tepung , gula baking powder, garam, bawang putih dan keju dalama mangkuk. Gaul rata dan sekata.

2. Campurkan telur, susu dan minyak.

3. Kemudian masukkan dalam mangkuk berisi bahan kering tadi.

4. Gaulkan bersama hingga sebati.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan dan letakkan beef strips di atasnya.

6. Bakar adaunan pada suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan sebelumnya.

7. Muffin sedia dihidangkan.

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes.

IKLAN

CHICKEN PEPPRONI MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm tepung gandum
  • 30gm gula
  • 30gm baking powder
  • 5gm garam
  • 20gm bawang  | potong dadu kecil
  • 1 biji telur
  • 125ml minyak masak
  • 125ml susu segar
  • 100gm pepperoni

CARA MEMASAK:
1. Campurkan tepung, gula, baking powder, garam dan bawang dalam mangkuk adunan.

2. Gaul rata kesemua bahan kering ini.

3. Seterusnya campurkan telur, susu dan minyak. Kacau sekata.

4. Kemudian tuangkan ke dalam mangkuk berisi bahan kering tadi.

5. Gaulkan hingga sebati menjadi doh lembut.

6. Masukkan dalam acuan, kemudian letakkan chicken pepperoni di atasnya.

7. Bakar adunan dengan suhun150C selama 30 minit dalam ketuhar yang sudah sedia dipanaskan.

8. Setelah masak, muffin sedia dihidangkan.

IKLAN

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes.

ANCHOVIES, CHIVE AND ONION MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 30gm baking soda
  • 10gm garam
  • 20gm kucai | hiris halus
  • 20gm bawang | cincang
  • 50gm ikan bilis yang siap dikopek
  • 100gm gula
  • 100gm mentega

CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kering dalam mangkuk.

2. kemudian masukkan pula mentega, bilis,kucai dan bawang di dalam mangkuk tepung.

3. Seterusnya tuangkan telur yang telah dikacau ke dalamnya.

4. Gaulkan semua bahan ini menjadi sebati.

3. Tuangkan dalam acuan kertas.

4. Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan.

5. Setelah masak muffin sedia dihidangkan.

IKLAN

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes. 

VEGETABLE MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 30gm baking soda
  • 10gm garam
  • 50gm daun bayam | hiris
  • 100gm gula
  • 100gm mentega

CARA MEMASAK:

1.Masukkan semua bahan kering ,tepung, baking sida, garam dan gula. Gaul rata.

2. Kemudian masukkan mentega dan daun bayam, gaul lagi.

3. Seterusnya, masukkan telur yang telah dikacau. Gaulkan sebati.

4. Masukkan dalam acuan kertas.

5. Bakar dengan suhu 150C selama 30 minit.

6. Mufin sedia dihidangkan.

Variasi Muffin Sedap Untuk Yang Diet & Diabetes.

RENDANG DAGING MUFFIN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 30gm baking powder
  • 10gm baking soda
  • 5gm garam
  • 2 biji telur
  • 100ml minyak masak
  • 500gm rendang daging
  • 2 sudu makan mayones

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan tepung baking powder, baking soda, dan garam dalam mangkuk. Gaulkan bersama.
  2. Seterusnya masukkan telur yang telah dikacau. Gaul sebati
  3. Campurkan pula minyak dalam bahan kering, adun hingga menjadi doh lembut.
  4. Masukkan dalam acuan kertas.
  5. Bakar muffin dengan suhu 150C selama 30 minit dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
  6. Setelah masak keluarkan muffin dari ketuhar .
  7. Sapukan sedikit mayones di atasnya dan letakkan rendang ayam.
  8. Muffin sedia dihidangkan.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI