Untitled design - 1

Sesekali dapat menikmati nasi Bukhari kambing memang puas rasanya. Aroma nasi dengan rempah ratusnya membuatkan rasanya enak. Jika anda ingin membuatnya sendiri, boleh ikut resepi mudah ini. Memang berbaloi cuba.

NASI BUKHARI KAMBING

Nasi Bukhari Kambing Mantap Rasa & Mudah Buat

Bahan-bahan:
Minyak masak
Daging kambing (dipotong dadu)
Bawang besar/Holland (fdihiris nipis)
Lobak merah-dipotong runcing
Garam
Jintan manis
Mentega
Daun bay
2 biji tomato

Cara memasak:

1. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Jangan banyak sangat minyak dan tak terlalu sedikit.

Nasi Bukhari Kambing Mantap Rasa & Mudah Buat

2. Masukkan daging kambing yang dipotong kiub. Alih-alihkan daging tu dalam kuali selama lebih kurang 15 minit. Kemudian keluarkan. Daging kambing tu jangan letak apa-apa. Garam pun jangan letak. Biar kosong.
3. Masukkan bawang besar atau bawang Holland yang dihiris nipis. Goreng sampai garing dan masukkan lobak merah yang dipotong runcing. Terus goreng.
3. Masukkan garam jintan manis,mentega,daun bay dan masukkan tomata yang sudah dikisar. Saya guna dua biji sahaja sebab nasi dalam dua cawan. Masukkan sedikit air. Bila dah mendidih,masukkan semula daging yang digoreng tadi. Biar di atas api lebih kurang 15 minit.

IKLAN

Nasi Bukhari Kambing Mantap Rasa & Mudah Buat

Nasi Bukhari Kambing Mantap Rasa & Mudah Buat

4. Kemudian tuangkan semua yang ada dalam kuali tadi ke periuk beras yang sudah direndam lebih kurang setengah jam tadi. Tambah sedikit lagi garam jika perlu. Tutup permukaan periuk dengan aluminium foil bagi kemas dan masukkan dalam ketuhar dengan suhu (250c) selama setengah jam dan 200 selama setengah jam lagi. Semua sejam.

Nasi Bukhari Kambing Mantap Rasa & Mudah Buat

IKLAN

5. Siap dah boleh makan. Air jangan terlalu banyak. Masak nasi dalam ketuhar tak sama dengan yang biasa.
6. Rempah yang digunakan hanya satu sahaja, iaitu jintan manis. Memang sedap. Letak juga cili jika nak rasa pedas.
Kredit: Ashafizrol Ab Hamid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/

https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/

IKLAN

https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/

https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

https://www.dailymotion.com/video/x8c2yy9

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI