Ramai yang suka makan Puding Karamel. Lembut, lemak dan manis. Memang sedap! Namun ada ketika bila buat sendiri, puding seakan tak menjadi. Sedihnya! Usah bimbang kerana resipi Puding Karamel mudah perkongsian saudara Saiful di bawah ni ada boleh cuba. Mudah dan pastinya anda berpuas hati dengan hasilnya. Lepas ni bolehlah buat sendiri dan tak perlu beli lagi.
RESIPI PUDING KARAMEL SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 tin susu cair
5 biji telur gred A
3 sudu makan gula
Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
Tuang susu cair ke dalam periuk dan suamkan. Jangan sampai panas. Hanya letak atas api sekejap sahaja.
Pecahkan telur dan pukul. Kemudian tapis.
Dalam bekas lain, campurkan kesemua bahan-bahan tadi ( susu & telur). Tapis sekali lagi. Ada orang suka tambah air. Tujuannya supaya ada ruang-ruang angin bila dikukus nanti.
Ketepikan seketika.
BAHAN GULA HANGUS:
IKLAN
250gm gula
500ml air
CARA MEMASAK:
Masak gula hingga bertukar warna. Jika nak warna gula hangus lebih gelap, masak lebih lama.
Bila dah dapat warna yang diingini, perlahankan api dan tambah air sedikit. Kacau hingga gula larut.
Sejukkan gula hangus terlebih dahulu.
CARA MEMBUAT:
Tuang gula hangus ke dalam bekas yang bersesuaian. Jika bekas sebegini, tuang gula hangus anggaran 1/2 cm.
Seterusnya tuang campuraqn telur dan susu. Jangan sampai penuh acuan.
Susun dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. Api jangan terlalu kuat nanti hasil puding jadi menggelembung dan tidak cantik.
Masak selama 10-15 minit, bergantung pada api masa mengukus.
Roti sandwic yang hampir luput tarikh boleh diolah jadi biskut. Lelaki yang menggunakan akaun facebook Faizol Azrul Hamzah sangat kreatif menunjukkan cara-cara membuat biskut kering bergula yang amat sedap. Caranya pun simple sahaja.
BISKUT KERING BERGULA
BAHAN-BAHAN
Roti gardenia
Marjerin
Gula
CARA MEMBUAT
1. Sekeping roti sandwic dipotong empat.
2. Sapukan marjerin.
3. Tabur gula.
4. Bakar dalam oven pada suhu 170 darjah selama 20 minit.
5. Keluarkan dan biarkan sejuk. Simpan dalam bekas.
Menu mudah dan sedap ini mungkin boleh dijadikan idea untuk anda berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda boleh mengambil pesanan melalui aplikasi media sosial. Malah dengan cara ini, jualan mampu bertambah berlipat ganda. RASA kongsikan menu yang boleh anda masak untuk dijadikan sumber rezeki.
Rendang Tok Istimewa Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:40 minit Keistimewaan: Enak dengan tekstur daging yang lembut Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM 45
Bahan-bahan: 2kg daging (dipotong kiub,pastikan tidak terlalu kecil) 5 biji kelapa (santan) 1 ½ sudu makan jintan halus( jintan putih) (goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus) 3 sudu makan biji ketumbar (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus) 6 sudu makan jintan manis (goreng tanpa minyak dan tumbuk halus) 1-2 senduk cili kisar Kerisik (anggaran dalam 1 biji kelapa) 1 ketul gula Melaka 3 helai daun kunyit (dihiris) 5 kuntum bunga lawang 1 batang kulit kayu manis 5 biji buah pelaga 1 keping asam keping Sedikit belacan (pilihan) Garam Serbuk perasa (pilihan)
Bahan kisar halus: 20 ulas bawang merah 9 ulas bawang putih 2 inci halia 5-7 batang serai (dihiris nipis) 2 inci lengkuas
Cara memasak:
Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, gula melaka,garam, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
Kemudian perap dengan daging sekurang-kurangnya selama empat jam. Untuk lebih sedap, perap semalaman. *kalau nak cepat boleh guna pressure cooker untuk daging lebih empuk.
Masak dan didihkan perlahan-lahan sehingga air kering kemudian baru dimasukkan santan.
Seterusnya, reneh selama 3-4 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam. Kemudian kacau dengan agak kerap sehingga daging mula empuk, berwarna agak hitam dan kering. *Pastikan rendang dikacau selalu supaya tidak hangit di bahagian bawah.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan asam keping dan kacau lagi sehingga rata. Sesuaikan rasa dan boleh diangkat.
Info chef:Rendang ini lebih sedap rasanya selepas sehari dimasak kerana rempah ratusnya semakin meresap ke dalam daging.
Nasi kerabu daging bakar Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:40 minit Keistimewaan: Enak dan pedas Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM20
1 genggam bunga telang 2 1/2 cawan beras 3 cawan air rendaman bunga telang 5 helai daun limau purut ~ dikoyak-koyak 1 batang serai ~ dititik garam secukup rasa
SOLOK LADA 7 tangkai cili hijau 1 ekor ikan kembung 3 sudu makan kelapa parut yang telah disangai 4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1 sudu teh lada hitam 1 cawan santan garam dan gula secukup rasa asam limau
Cara memasak:
Cili hijau dibelah tengah dan buang bijinya
Ikan kembung rebus dan asingkan isinya
Kelapa parut di sangai ~ ambil dari sangai kelapa parut untuk sambal kelapa
Tumbuk lada hitam, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat
Kemudian tumbukkan pula isi ikan kembung
Tumbukkan juga kelapa yang telah disangai tadi
Satukan dalam mangkuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Jika terlalu kering, perahkan asam limau atau boleh juga letakkan air asam
Lada dibelah dua dan buang biji tengahnya
Sumbatkan kelapa dan ikan tadi dalam lada hingga penuh
Susun dalam periuk
Tuangkan santan
Rebus hingga masak
Info chef: Solok lada ini boleh juga dikukus
DAGING BAKAR 500 gm daging batang pinang ~ cuci bersih Bahan Sangai 1 sudu teh jintan manis 2 sudu teh jintan putih ~ bahan ini disangai atau goreng tanpa minyak
Bahan kisar 3 tangkai cili kering ~ potong, rendam lembut dan cuci bersih 5 ulas bawang merah 2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 inci kunyit hidup 3 batang serai Gula dan garam secukup rasa Cara memasak:
Daging cuci bersih dan toskan
Sangai atau goreng tanpa minyak jintan manis dan jintan putih
Satukan semua bahan dalam mesin pengisar, tambah sedikit air dan kisar hingga lumat
Lumurkan pada daging
Tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman
Esoknya, bolehlah bakar.
Nasi Dagang Saiz hidangan: 8 orang Waktu memasak:40 minit Keistimewaan: Enak dan pedas Cara memasak: Reneh Anggaran kos: RM20
Bahan-bahan: 1 sudu teh halba 4 ulas bawang merah 11/2 inci halia Lengkuas. Kunyit hidup. Cili kering. 1 sudu serbuk ketumbar Garam dan gula secukup rasa Asam keping
Cara memasak :
Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.
Kemudian kukus beras nasi dagang.
Mayang bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.
Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.
Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.
Kukus sampai masak. Siap.
Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.
Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah dikisar tadi. Kacau jangan bagi berketul.
Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi .
Info chef: Gulai ini lebih enak jika dibuat lebih awal. Jika nasi nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya.
Laksa Johor Saiz hidangan: 10 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak dan lemak Cara memasak:Tumis dan reneh Anggaran kos: RM25
Bahan-bahan: 1 paket spageti 1kg ikan sardin/selayang ¾ cawan rempah kari ikan Babas ½ cawan cili kering yang dikisar ¾ cawan udang kering (cuci bersih, kering dan kisar)-BELI ONLINE DI SINI 2 cawan santan pekat 3 cawan air ½ cawan minyak masak 1 sudu makan kerisik Garam Serbuk perasa
Bahan kisar: 5 batang serai 2 inci halia 2 inci lengkuas 5 biji bawang besar
Ulam ulam: Timun Taugeh Daun kesum/daun selasih Kacang panjang Limau kasturi
Cara memasak:
Ikan dibersihkan kemudian dikukus. Air kukus simpan. Kisar ikan yg telah dibuang tulang dengan air kukusan ikan tadi. Ketepikan.
Panaskan periuk letak 1/2 cawan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari ikan dan goreng pantas selama satu minit. Masukkan 1/2 cawan air dan goreng lagi kira-kira lima minit.
Kemudian masukkan cili kisar dan goreng lagi sampai terbit minyak. Bila terbit minyak, masukkan ikan yang telah dikisar. Kacau rata. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.
Masak hingga agak pekat sebelum dihidangkan.
Info chef : Ada orang rebus ikan tapi kalau kukus lagi senang nak carikkan isinya. Kuah laksa Johor agak pekat. Jadi kenalah agak agak jumlah air dengan kepekatan yang disukai.
Laksa Penang Saiz hidangan: 5 orang Waktu memasak:30 minit Keistimewaan: Enak dan kaya dengan rasa ikan Cara memasak:Reneh Anggaran kos: RM15 Bahan-bahan:
2kg ikan selayang @ sardin 15 keping asam keping -BELI ONLINE DI SINI 15 ulas bawang merah 1 senduk cili giling Cili padi ( ikut kepedasan yang disukai) 2 ibu jari belacan 1 ikat daun kesum 2 kuntum bunga kantan-belah 4 Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
Rebus telur. jika hendak cepat, gunakanlah noxxa Hp 1.
Ikan pun direbus meggunakan noxxa Hp 3. Air rebusan ikan jangan buang. Rebus tanpa letak garam dan asam. Tapi kalau anda nak letak asam dan garam pun boleh juga.
Kisarkan isi ikan saja. Kemudian kisar tulang ikan. Tulang dan isi kisar asing.
Isi yang dikisar boleh masukkan terus dalam periuk. Tulang ikan yang dikisar, pastikan anda tapis terlebih dahulu. Jangan tuang sekali dengan tulang.
Kemudian bawang merah, cili padi, belacan dikisar bersama.
Didihkan air, masukkan cili giling, asam keping, daun kesum, bunga kantan.
Masukkan sekali air rebusan ikan, isi ikan, dan air tulang yang ditapis tadi.
Lepas mendidih masukkan garam secukup rasa.
Laksa terpulang nak beli yang siap boleh makan atau yang segera tu kena rebus sampai lembut dulu.
Boleh hidangkan bersama ulaman. Potong cili, bawang besar, nenas,salad, dan buah limau kasturi. Jangan lupa untuk hidangkan bersama telur rebus sekali.
Info chef: Kuah laksa semakin dipanaskan semakin sedap rasanya.
CHEF AZMI & CHEF SHAZWN ARSHAD.
FOTO: TUAN AZMAN TUAN MUDA RESIPI : CHEF AZMI & CHEF SHAZWAN ARSHAD DARI LE QUADRI HOTEL KUALA LUMPUR
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Ibu-ibu yang ada anak kecil yang masih menyusu, boleh cuba buat dan amalkan minuman ini untuk menambah susu badan. Resipi perkongsian saudari Nana Sabrina Sarsan ini adalah yang diamalkan oleh beliau sendiri. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MINUMAN PENAMBAH SUSU
BAHAN-BAHAN:
1 cawan barli
Gula batu / madu – ikut citarasa masing-masing.
1 liter air
Daun pandan – jika suka
CARA MEMASAK:
1. Basuh barli dan toskan.
2. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air, daun pandan serta gula batu atau madu. Jumlahnya ikut kemanisan yang digemari.
3. Rebus semua bahan-bahan hingga barli kembang. Pastikan guna api perlahan sahaja.
4. Buang daun pandan dan boleh simpan dalam bekas bersesuaian. Minum 3 kali sehari.