Akhir tahun ini pastinya pelbagai jamuan diadakan. Jika tema potluck ditetapkan, kadangkala terasa buntu apa yang mahu dibawa sebagai hidangan. Menu berikut boleh bantu anda, selain ringkas namun menyelerakan.

BERGEDEL IKAN 

BAHAN-BAHAN:

500gm isi ikan tuna

4 biji kentang |rebus dan dilecek

1 biji lemon |ambil parutan kulitnya

1 biji telur |pukul sedikit

Sedikit daun ketumbar |hiris

1 tangkai daun bawang |hiris

1 sudu teh serbuk lada hitam

Sedikit serbuk roti

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan isi ikan bersama kentang, parutan kulit lemon, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  2. Bentukkan bulat dan dileperkan mengikut saiz yang diingini. Ulangi hingga selesai.
  3. Celup ke dalam telur dan kemudian gaulkan bersama serbuk roti dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna perang keemasan.
  4. Siap untuk dihidang.

Info Chef:- Isi ikan boleh digantikan dengan ikan yang lain seperti isi ikan merah, salmon dan lain-lain yang memberikan rasanya yang tersendiri.

Saiz hidangan: 5-6 orang

Waktu memasak : 1 jam 20 minit

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat

Cara memasak: Rebus dan goreng

Anggaran kos : RM20.50

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

 

BEEF WELLINGTON  

BAHAN-BAHAN:

500gm daging |bahagian tulang belakang

2-3 helai daun kubis Cina |distim

2 ½ keping roti canai segera

300gm cendawan Portobello |kisar kering

1 biji telur |pukul

Sedikit English mustard

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukupnya

Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Lumur daging bersama garam dan lada hitam. Ketepikan.
  2. Tuang sedikit minyak zaitun ke dalam kuali leper dan pastikan minyak betul-betul panas barulah digoreng sedikit daging tersebut. Tujuan adalah untuk memerangkap jus daging daripada keluar. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan kuali yang lain, goreng cendawan tanpa minyak sehingga air cendawan agak kering.
  4. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
  5. Setelah itu letakkan daun kubis cina di atas plastik pembungkus kemudian ratakan cendawan tadi di atas daun kubis cina tersebut.  Letakkan daging di tengah serta dibungkus kemas dan bekukan sebentar selama 30 minit.
  6. Setelah itu, keluarkan dan bungkus sekali lagi daging tadi bersama roti canai segera  untuk dijadikan kulit luar sehingga kemas dan disapukan sedikit telur di permukaan roti tersebut.
  7. Bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama 30 minit sehingga kulit berwarna perang keemasan pada suhu 180C.

Info Chef:- Boleh gunakan pastri sebagai kulit luar.

Saiz hidangan: 5-6 orang

Waktu memasak : 1 jam 30 minit

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Terasa tekstur daging ketika mengunyah

Cara memasak: Goreng dan bakar

Anggaran kos : RM50

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

 

BEEF MINCED ON LETTUCE CUP 

BAHAN-BAHAN:

500gm daging cincang

2.55cm halia

1 labu bawang besar

1 biji lemon diambil jus serta parutan kulit lemon

4 ulas bawang putih

2 tangkai daun bawang dihiris halus

2 tangkai cili merah

2-3 sudu teh sos ikan

IKLAN

2 sudu sos cili Thai

Daun salad secukupnya

Sedikit daun ketumbar

Minyak untuk menumis secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Goreng daging kisar bersama sedikit minyak sehingga agak garing dan daging berwarna agak perang dan diangkat. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah di dalam pengisar kering atau dihiris halus kesemua bahan tersebut.
  3. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan di dalam kuali yang sama yang menggoreng daging tadi. Apabila bahan tumis telah layu dan berbau wangi, masukkan kembali daging yang telah digoreng tadi.  Kemudian masukkan sos ikan, sos cili Thai cili, jus lemon, parutan kulit lemon, daun bawang dan daun ketumbar. Gaul sebati sehingga daging agak garing. Tutupkan api. Angkat.
  4. Untuk menghidang, letakkan daging di atas sehelai daun salad.
  5. Sedia dinikmati.

Info chef: Boleh dihidangkan bersama sos cili Thai.

Saiz hidangan: 6-8 orang

Waktu memasak : 1 jam

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat

Cara memasak: Goreng

Anggaran kos : RM20.50

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

 

EGG STUFFED 

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur |rebus

3 helai daun bawang |hiris kecil

2 ulas bawang putih |cincang halus

2 sudu makan mayones

1 sudu teh Dijon mustard

2 sudu teh cuka epal

2 sudu teh ‘chilli flakes’

Garam secukup rasa

Sedikit hirisan daun parsli

CARA MEMASAK:

  1. Telur rebus dikupas dan dibelah dua. Keluarkan bahagian kuning telur dan masukkan di dalam satu mangkuk berasingan. Ketepikan telur putih.
  2. Di dalam mangkuk, lecek kuning telur hingga hancur. Kemudian masukkan mayones, Dijon mustard, cuka epal, ‘chilli flakes’, bawang putih dan garam secukup rasa. Gaulkan sebati.
  3. Kemudian masukkan ke dalam beg paip dan paipkan isi telur tadi ke dalam putih telur rebus sehingga penuh.
  4. Tabur sedikit hirisan daun parsli dan sedia untuk dihidang.

Info Chef: Boleh gunakan cuka biasa menggantikan cuka epal.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Waktu memasak : 40 minit

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Hidang enak dan lebih sihat

Cara memasak: Kukus dan tumis

Anggaran kos : RM20.00

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

 

AYAM LEMON 

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

6 ketul paha ayam

2 biji lemon

3 sudu makan madu

2 sudu teh Rosemary kering

½ sudu teh serbuk lada hitam

2 ulas bawang putih |cincang halus/ditumbuk

3 sudu makan minyak zaitun

Garam secukup rasa

Sedikit mentega

CARA MEMASAK:

  1. Paha ayam dibasuh bersih serta dikeringkan menggunakan tisu dapur. Ketepikan.
  2. Bancuh minyak zaitun  bersama madu, garam, serbuk lada hitam, bawang putih, Rosemary dan perahan lemon serta parutan kulit lemon dari sebiji lemon. Asingkan sedikit, anggaran satu sudu makan bancuhan tersebut untuk dibuat sapuan pada ayam.  Selebihnya diperapkan bersama ayam semalaman atau sekurang-kurangnya 2 jam.
  3. Masukkan ayam di dalam mangkuk kaserol yang telah diletakkan sedikit mentega cair.  Bakar pada suhu 150 celcius menggunakan api atas bawah dan pada setiap 15 minit sapu ayam bersama baki bancuhan minyak zaitun tadi dan terus membakar sehingga ayam berwarna keperangan dan masak sepenuhnya.
  4. Tempoh masak dianggarkan 30 minit atau bergantung pada oven masing-masing. Hiaslah dengan kepingan lemon dan siap untuk dihidang.

 

Info Chef: Boleh guna mana-mana bahagian ayam.

Saiz hidangan: 3-4 orang

Waktu memasak : 3 jam

Jenis Hidangan:  Lauk pauk

Keistimewaan: Enak dan ada rasa masam

Cara memasak: Bakar

Anggaran kos : RM40.00

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

 

PASTA SPIRAL SALAD  

BAHAN-BAHAN:

500gm pasta spiral |rebus

1 keping dada ayam

300 kubis ungu |hiris halus

1 labu bawang besar |hiris halus

1 batang lobak merah |hiris ‘julian’

1 batang timun jepun yang |hiris nipis

1 biji cili Benggala merah

5 biji tomato ceri

3 sudu besar minyak zaitun

1 biji lemon

4 sudu makan madu

½ sudu teh rempah Oregano kering

IKLAN

Sedikit serbuk mix spice

Garam secukup rasa

Serbuk lada hitam secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap ayam bersama serbuk mix spice, dua sudu makan madu, garam dan serbuk lada hitam selama 1 jam. Kemudian  bakar menggunakan pan pemanggang. Sejukkan sebentar dan dihiris kecil-kecil. Ketepikan.
  2. Kulit cili Benggala hendaklah dibuang dengan membakarnya dengan menggunakan api dapur sehingga hangus. Setelah itu hendaklah direndam di dalam air sejuk dan dibasuh sehingga bersih. Biji cili hendaklah dibuang. Hiris agak nipis. Ketepikan.
  3. Untuk membuat dressingsalad; bancuh minyak zaitun, lebihan madu, rempah Oregano, jus lemon, parutan kulit limau dari sebiji lemon, garam dan serbuk lada hitam hingga sebati.
  4. Untuk menghidang, di dalam mangkuk salad campurkan pasta, isi ayam, kubis ungu yang telah dihiris kecil-kecil, lobak merah, timun, tomato ceri, cili Benggala, hirisan bawang, dan sos salad tadi. Gaul sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan.

Info Chef: Boleh tambah sayuran lain jika suka.

Saiz hidangan: 4-5 orang

Waktu memasak : 40 minit

Jenis Hidangan:  Pasta

Keistimewaan: Hidang enak dan sihat

Cara memasak: Bakar

Anggaran kos : RM40.00

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

 

BEBOLA DAGING DENGAN SOS TOMATO  

BAHAN-BAHAN:

500gm daging cincang

1 tin tomato puri

3 keping roti sandwic yang dihancurkan

3 biji tomato |potong dadu

4 biji bawang besar |potong dadu dan dibahagi dua

8 ulas bawang putih |cincang dan dibahagi dua

5 tangkai daun parsli |cincang halus dan dibahagikan dua

1 sudu teh serbuk paprika

2 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu teh gula

1 sudu teh serbuk pati ayam

1 biji telur dipukul sedikit

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk roti

Sedikit air

Minyak  zaitun/sayuran untuk menggoreng

CARA-CARA MEMASAK:

1.Gaulkan separuh daripada bawang besar, bawang putih dan daun parsli bersama daging cincang, roti, serbuk paprika, lada hitam dan garam secukup rasa.

2.Bentukkan bulat, celup ke dalam telur dan gaul bersama serbuk roti.

3.Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng sehingga agak garing baru dibalikkan daging tersebut. Angkat. Ketepikan.

4.Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis.  Tumiskan lebihan bawang besar, bawang putih, parsli hingga wangi.

5.Kemudian masukkan buah tomato dan tomato puri, masak sebentar hingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk lada hitam, gula dan serbuk pati ayam serta sedikit air. Masaklah sehingga kuah agak pekat dan pecah minyak.

6.Untuk menghidang, curahkan sos tomato tadi di atas bebola daging tadi. Boleh cucukkan lidi untuk memudahkan dimakan dan kelihatan lebih menarik.

Info chef: boleh gunakan serbuk cili menggantikan serbuk paprika.

Saiz hidangan: 6-8 orang

Waktu memasak: 40 minit

Jenis hidangan : Barat

Keistimewaan : Rasa masam manis dan pedas sos

Jenis masakan : Lauk pauk

Cara memasak : Goreng

Anggaran kos: RM30.00

Menu Potluck Ringkas Dan Disukai Ramai

Resipi: Nur Adlina Badarudin, Putrajaya, Selangor

Resipi Campak Campak Ayam Goreng Kari,Puas Makan Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam

Cara Masak Ketam Goreng Telur Masin Yang Mudah & Sedap

Menu Olahan Bebola Mi, Kentang & Roti Ni Sesuai Untuk Bekal & Potluck.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI