Baru-baru ini viral mengenai resipi Kek Hari Jadidari buku teks Bahasa Melayu darjah 2. Ramai yang telah mencubanya dan ternyata menjadi dengan sempurna. Wow…Anda dah cuba? Resipi ini adalah resipi asas kek sahaja dan bebas untuk menambah bahan-bahan lain supaya hasilnya lebih enak dan gebu. Jika nak rasa, boleh ‘try’ resipi yang dicuba oleh saudari Shuai Shaik ni. Beliau telah mencuba resipi ini namun tepung gandum ditukar kepada tepung naik sendiri. Beliau juga menambah perisa coklat dan red velvet supaya kek kelihatan lebih menarik. Jom lihat cara-caranya.
BAHAN TAMBAHAN (JIKA SUKA): Perasa coklat & red velvet – beli online disini
IKLAN
CARA MEMASAK: 1. Ayak tepung gandum ke dalam bekas yang bersesuaian. 2. Dalam bekas berlainan, pukul mentega dan gula hingga kembang. 3. Masukkan telur satu persatu diikuti tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau adunan hingga semua bahan sebati. 4. Kemudian masukkan esen vanilla. Sebatikan. Jika ingin buat kek yang bercorak, boleh bahagikan adunan dan letak perasa atau pewarna ikut kreativiti masing-masing. 5. Panaskan ketuhar pada suhu 170C. 6. Sapukan minyak pada loyang dan tuang adunan kek tadi. Boleh guna loyang saiz 7. 7. Bakar adunan kek selama 45 minit atau sehingga masak. 8. Bila kek telah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.
Pajeri nanas bercampur dengan terung adalah salah satu lauk yang sangat sedap. Bukan makan dengan nasi minyak je sedap. Makan dengan nasi putih pun sedap. Jom try buat pajeri nanas. Aroma wangi dan rasanya yang pedas-pedas manis memang membangkitkan selera.
PAJERI NANAS TERUNG
BAHAN KISAR
• Bawang besar
• Bawang putih
• Halia
BAHAN REMPAH
• Rempah daging
• Kerisik
• Santan
• Rempah 4 beradik
• Daun kari
• Gula
• Garam
BAHAN ASAS
• Terung
• Nanas
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan tumis Bahan Kisar. Kemudian masukkan Bahan Rempah.
2. Tumis sampai rempah agak-agak masak. Masukkan terung.
3. Apabila terung hampir masak bolehlah masukkan nanas.
4. Pajeri dimasak ikut cita rasa masing-masing. Ada yang suka manis ada yg nak kurang manis. Jadi pandai-pandai la ya agak gula.
Resipi Oleh Masni Bahari dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tak tau nak masak apa hari ni, Apa kata korang cuba empat menu atentik yang telah diolah semula sesuai dengan cita rasa sekarang, sungguh sedap dan sesuai dengan tekak seisi keluarga. Yang penting resipi mudah dan bahan senang cari. Sesekali ubah selera tak salahkan? Memang terbaik menu ni,
TEMPE GORENG BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
200gm tempe | hiris kecil
50gm daging kisar
1/2 sudu teg serbuk lada hitam
1 tangkai daun bawang | hiris halus
50gm keju Cheddar | parut
100gm bawang besar | cincang
4 biji telur
2 sudu makan serbuk roti
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng tempe hingga keperangan. Angkat dan toskannya.
Setelah sejuk, hancurkan tempe tersebut dan ketepikan.
Campurkan tempe yang telah dihancurkan bersama daging kisar dan keju. Gaul rata.
Masukkan pula bawang besar, daun bawang garam, gula dan serbuk lada hitam secukupnya.
Akhir sekali masukkan serbuk roti dan telur kedalamnya dan adun rata.
Sediakan loyang dialas dengan plastik dan disapu minyak supaya bahan adunan tidak melekat.
Kukus sajian ini lebih kurang 30 minit atau hingga ia masak.
Setelah masak, potong dengan saiz dan bentuk ikut cita rasa anda.
Panaskan minyak, goreng hirisan tempe yang telah dikukus tadi hingga kuning keperangan.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama sos cili
MASAK KICAP BEBOLA DAGING INTI TELUR PUYUH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging kisar
1 biji telur ayam
2 biji tomato | potong dadu
6 ulas bawang merah |hiris nipis
3 ulas bawang putih | hiris nipis
2 sudu makan sos tomato
10 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
6 sudu makan minyak masak untuk menumis
2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
3 sudu makan kicap manis
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh parutan buah pala
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Campurkan daging kisar, garam, gula, lada hitam, parutan buah pala, sedikit kicap dan telur. Gaul rasa.
Ambil sedikit adunan daging, masukkan di dalamnya telur puyuh dan bulat-bulat. Lakukan hingga habis dan ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga coklat keperangan. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama tumis, hirisan bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan sedikit air, biarkan hingga mendidih, masukkan pula bebola daging yang telah digoreng tadi dan perasakan dengan bahan lain seperti kicap dan parutan buah pala, serbuk lada htan, sos tomato, hirisan kentang .
Masak hingga kentang empuk, sebelum angkat perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
SERUNDING DAGING KELAPA:
BAHAN-BAHAN:
600gm daging batang pinang | hiris nipis
4 sudu makan minyak masak
8 helai daun limau purut
250gm kelapa parut
250gm air
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
7 biji cili merah
3cm lengkuas
1 sudu makan ketumbar biji
2 sudu makan gula perang
CARA MEMASAK:
Hirisan daging diketuk dan ketepikan.
Panaskan minyak, kemudian masukkan daging,bahan kisar dan daun limau purut. Kacau rata.
Masukkan air, kecilkan api menjadi sederhana dan biarkan air kering.
Masukkan pula kelapa parut, terus kacau hingga kering, Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila dendeng sudah kering dan cukup rasa, Angkat dan hidangkana panas-panas.
PEPES UDANG & TAUHU:
BAHAN-BAHAN:
200gm udang | saiz sederhana
1 biji tomato | cincang
200gm tauhu putih | hancurkan
3 tangkai daun kemangi | hiris
1 biji telur
8 biji cili padi | hiris
3 helai daun salam | hiris
1/2 cawan santan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai | hiris
Aluminium foil secukupnya
BAHAN KISAR:
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1cm haia
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan air limau nipis, kemudian cuci bersih dan toskan.
Kemudian campurkan udang bersama tauhu yang telah dihancurkan bersama hirisan cili, tomato, daun kemangi, telur, serai, santan dan bahan kisar.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Ambil aluminium foil, letakkan atasnya daun salam, kemudian lapiskan dengan adunan pepes.
Bungkus bentuk empat segi.
Panaskan pengukus, dan kukus pepes lebih kurang 15 minit.
Lauk pauk tradisi memang tiada tandingan sedapnya. Buat kita terkenang-kenang. Memang susah nak cari orang menjual lauk pauk sebegini kecuali kalau dimasak sendiri. Contohnya seperti menu pisang muda masak lemak cili api campur bilis & tempoyak. Memang mengembalikan nostalgia lampau. Resipi yang dikongsi oleh
SuiSan Aliezsha menjadi kegemaran kerana ibunya sering memasak menu ini untuk mereka sekeluarga.
Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Campur Bilis & Tempoyak
Bahan-bahan:
Pisang muda- cuci bersih-bersih. Rendam dengan air garam dan asam keping (saya guna pisang emas,ada pisang kapas lagi sedap)
Cili api(ditumbuk)
Kunyit hidup (dtumbuk)
Tempoyak (ikut suka korang letak banyak mana)
Asam keping & ikan bilis
1 1/2 biji kelapa parut (perah amik pati)
*Pisang tu ikut korang banyak mana. Kalau lebih sesisir jangan lupa lebihkan kelapa.Biar betul-betul pekat kuah gulai korang.
Cara memasak: 1.Sediakan kuali,masukkan santan,asam keping,cili api,ikan bilis dan pisang. Masak, kacau sehingga mendidih. 2.Agak-agak pisang hampir lembut, masukkan tempoyak. 3.Pastikan garam secukup rasa.. 4.Siap untuk dihidang.