Sandwic telur adalah sandwic asas dalam pembikinan sandwic sebelum korang mula buat sandwic lain yang lebih memerlukan kepakaran. Pengusaha sandwic ini kongsikan cara membuat sandwic telur sesuai untuk korang yang ingin buat bisnes sandwic. Sebagai bonus, dia turut kongsikan rahsia yang menjadi penyedap pada sandwic telur sehingga boleh membuatkan orang jatuh cinta nak makan sandwic yang korang buat. Nak tahu apa rahsianya?
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur sampai masak. Kemudian rendam dalam air sejuk. Kupas
2. Hancurkan telur tapi jangan hancur sangat.
3. Masukkan bawang dalam mangkuk.
4. Masukkan mayones, susu cair dan telur yang sudah dihancurkan tadi.
5. Sapukan bancuhan telur ke atas roti. Susunkan salad dan tomato.
6. Letakkan kepingan keju.
7. Siap untuk dinikmati.
Ads
RAHSIA SANDWIC SEDAP
1. Yang menyedapkan sandwic telur adalah susu cair. Rasanya jadi lebih lemak.
2. Nak lagi syok, letak sandwic dalam peti sejuk. Pastikan letak sandwic dalam bekas tertutup untuk elakkan roti keras.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Alangkah indahnya memiliki taman herba yang mudahkan anda memasak. Petik saja sayur yang dikehendaki, lebih segar dan puas makan. Contohnya seperti ubi kentang ni. Rupanya cara tanamnya sangat mudah. Tak perlu pun tanah yang luas seperti tanam keledek, dalam pasu pun boleh hasilkan ubi kentang yang segar. Boleh ikut langkah yang dikongsikan oleh Zienie G-nie.
Caranya:
1. Ambil kentang dan belah dua. Cucuk lidi pada empat penjuru seperti dalam gambar. 2. Sediakan cawan kecil yang berisi separuh air. Rendam kentang suku seperti dalam gambar. Fungsi lidi supaya tidak terendam habis dan busuk. Tujuan utama untuk hasilkan akar dulu. Kentang ini direndam selama empat hari dan ditukar air sekali saja.
3. Bila akar sudah terhasil barulah dialihkan ke dalam pasu. Letakkan tanah separuh pasu.
4. Masukkan kentang dalam pasu kemudian ditutup dengan tanah. Bila pucuk dah semakin tinggi, bolehlah tambah tanah lagi. ( saya guna tanah sawit).
5. Semakin meninggi pokok, semakin banyak isi. Siram sekali sehari.
6. Inilah hasilnya bila dijaga dan disiram.
Moga info ini memberi manfaat buat anda yang pertama kali menanam.
Kuih bakar memang sedap dan sesuai dihidangkan ketika minum petang. Kalau jumpa yang cukup lemak manisnya, lembut memang puas hati kan? Tapi agak susah nak jumpa kuih yang betul-betul menepati selera dan citarasa. Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri? Mudah je..Bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak..Selamat mencuba!
KUIH BAKAR PANDAN
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 cawan air pandan (6 helai daun pandan kisar dengan air)
2 cawan santan
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati. Whisk pun boleh.
Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan dalam oven sekejap sebelum dituangkan adunan tadi ke dalamnya.
Taburkan bijan setelah dibakar dalam 10-15 minit.
Bakar 40 minit pada suhu 180C hingga masak atau boleh tambah masa membakar dalam 20 minit lagi untuk mendapatkan permukaan yang berkerak/garing. Resipi ini dibakar hampir 1 jam setengah.
Tempe merupakan sumber protein yang diperbuat dari kacang soya. Pelbagai jenis hidangan berasaskan tempe boleh dihasilkan. Penggemar tempe boleh la cuba resipi-resipi ni..Sememangnya mudah dan sedap!
TEMPE GORENG KICAP
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | hiris menyerong
1 biji bawang besar | belah dua dan hiris bulat
2 ulas bawang putih | titik
8 biji cili padi | hiris
Sedikit cili benggala merah dan hijau | dadu
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu makan kicap pekat manis
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis.
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, goreng tempe hingga sederhana garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan hirisan cili padi. Kacau rata hingga layu.
Masukkan tempe, sos tiram, kicap dan air asam. Kacau rata
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Sebelum angkat masukkan hirisan cili benggala. Kacau lagi seketika.
Tutup api dan hidangkan tempe panas-panas bersama nasi putih:
INFO CHEF: Jika suka boleh ditambahkan dengan hirisan daging atau ayam
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu Memasak: 15 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Enak dinikmati panas-panas.
Anggaran kos: RM5
SAMBAL TEMPE GORENG JAWA
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | hiris
2 biji kentang | hiris nipis
1 keping tauhu | potong dadu
1 keping fucuk | rendam dan potong kecil
Sedikit suhun | rendam
1/2 keping dada ayam | hiris nipis
4 batang kacang panjang | hiris serong
1/2 batang lobak merah | hiris
Sedikit hirisan kubis bulat
1 biji cili merah | hiris
1 biji cili hijau | hiris
1 mangkuk santan pekat
1 sudu the air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
BAHAN HIRISAN
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
10 tangkai cili padi
CARA MEMBUAT
Panaskan minyak, goreng tempe, tauhu dan kentang sederhana garing. Angkat dan tos.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis. Tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar, kacau rata sehingga pecah minyak.
Masukkan hirisan isi dada ayam, diikuti fucuk, kacang, lobak merah, cili merah dan hijau.
Seterusnya masukkan pula suhun dan bahan hirisan yang digoreng tadi. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
Setelah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika ingin lebih pedas boleh tambah lebih cili padi.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Goreng dan tumis
Jenis Masakan: Hidangan sampingan
Keistimewaan: Sedap, pedas dan lemak.
Anggaran kos: RM15
TEMPE GULAI DARAT BERSAMA TULANG
BAHAN-BAHAN
1 paket tempe |potong empat segi
1/2 kg tulang lembu | rebus hingga empuk
1 batang serai | titik
3 helai daun limau purut
1 mangkuk santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
BAHAN KISAR
2 biji cili merah
6 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
Masukkan tulang yang telah direbus tadi, diikuti dengan tempe.
Seterusnya masukkan serai, daun limau purut, asam gelugor.
Masukkan santan, kacau hingga mendidih.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api biarkan kuah mereneh hingga sedikit pekat.
Akhir sekali tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jikasuka boleh goreng dahulu tempe sebelum dimasukkan di dalam gulai.
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Tumis dan reneh
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak menyelerakan.
Anggaran kos: RM5
TEMPE MASAK LEMAK CILI PADI BERSAMA TELUR ITIK
BAHAN-BAHAN
1 paket tempe | hiris lebar
3 biji telur itik
2 mangkuk santan kelapa
1 helai daun kunyit |simpul
1 batang serai |titik
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2cm halia
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK
Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar, serai,daun kunyit dan asam gelugor.
Masak di atas dapur menggunakan api sederhana.
Setelah mendidih, kecilkan api dan pecah telur di dalamnya, satu persatu.
Selepas beberapa minit masukkan pula hirisan tempe dan biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF:Boleh juga menggunakan telur masin, jika suka. Cara memasak tetap sama.
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Reneh
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Enak menyelerakan.
Anggaran kos: RM8
SAMBAL TEMPE BERSAMA KACANG TANAH DAN BILIS
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | potong dadu kecil
1/2 cawan kacang tanah | bersihkan dari kotoran
1/2 cawan ikan bilis mata biru
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam Jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
CARA MEMASAK
Panaskan minyak, goreng tempe, kacang tanah dan ikan bilis secara berasingan hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan air asam Jawa dan kacau lagi.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api dan terus kacau hingga bahan tumisan pekat.
Akhir sekali, masukkan bahan goreng garing tadi, kacau rata dan tutup api.
Hidangkan dengan nasi panas.
INFO CHEF:Simpan sambal dalam bekas kedap udara jika tidak sedia dihidangkan terus
Waktu Memasak: 20 minit
Cara Memasak: Tumis
Jenis Masakan: Masakan sampingan
Keistimewaan: Pedas, manis dan ranggup
Anggaran kos: RM12
TEMPE NUGGET MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
1 keping tempe | potong empas segi 3X3 cm
1biji telur
3 sudu makan tepung gandum
1/2 biji bawang besar | dadu halus
2 ulas bawang putih | cincang halus
2 sudu makan Sos Cili Thai
1biji cili merah | cincang halus
1 tangkai daun ketumbar | hiris halus
1 biji limau nipis | ambil jusnya sahaja
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK
Panaskan minyak dalam kuali.
Sementara itu, celupkan tempe dalam telur yang telah dikacau bersama sedikit garam.
Kemudian gaulkan dalam bekas berisi tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis sos.
Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan Sos Cili Thai, cili air jus limau nipis, hirisan daun ketumbar, garam dan gula secukupnya.
Akhir sekali, tutup api dan masukkan tempe yang telah digoreng. Gaul rata dan angkata.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.