Dah lama tak menerap biskut. Boleh juga buat kudapan untuk makan bersama keluarga atau hadiah untuk ibu mertua. Boleh ikut resipi ini dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah. Dah pandai nanti bolehlah buat jualan.
NESTUM CRUNCHY COOKIES Bahan-bahan: 250g buttercup 1 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI 2 1/2 cawan tepung gandum }-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan tepung jagung } ayak-BELI ONLINE DI SINI 1 sudu kecil baking powder } 1 biji telur 1 sudu kecil esen vanilla 1 cawan nestum Ceri merah / hijau untuk hiasan } optional
Cara membuat: 1.Adun butter dan gula hingga kembang. 2.Masukkan telur dan esen vanilla, adun sebati. 3.Off mixer, masukkan bahan-bahan ayak dan nestum, kacau sebati sehingga jadi doh, tak melekat di tangan. * kalau doh lembik, letak sedikit tepung gandum.
Ads
4.Tekap dengan acuan yang digemari dan gentel dan susun atas baking tray. 5.Hias dengan hirisan ceri merah. Bakar pada suhu 160°c 20 -25 minit atau sehingga masak , bergantung oven masing-masing.
Tak lama lagi bulan Ramadan bakal menjengah tiba. Pasti kaum-kaum ibu sudah mula berfikir tentang aneka kuih raya yang boleh dihasilkan untuk hari raya nanti. Malah kalau nak buat niaga, inilah masanya. Salah satu resipi biskut yang popular adalah Biskut Semperit Susu perkongsian saudari Leeina Qaliena ni. Mudah, guna bahan yang ringkas tapi rasanya sedap! Anda boleh cuba.
BISKUT SEMPERIT SUSU
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega @ buttercup
1 cawan susu pekat manis
400gm tepung jagung
3 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
1. Satukan susu pekat manis dan mentega. Pukul atau gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung. Gaul sebati dan uli.
3. Uli campuran mentega dan tepung hingga menjadi doh. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit hingga dapat tekstur doh yang sempurna.
4. Dengan menggunakan acuan pecah 15, tekan doh diatas dulang pembakar dan hias menggunakan cip coklat atau hirisan ceri.
5. Biarkan doh biskut selama 10 minit sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar. Pastikan ketuhar telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit.
6. Bakar biskut pada suhu yang sama selama 15-20 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Jika doh lembik, tambahkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh tidak melekat pada bekas. Elakkan letak tepung dalam jumlah banyak sekaligus bagi mengelakkan doh menjadi keras.
Bukan saja kanak-kanak, orang dewasa pun suka makan aiskrim, kan? Aiskrim lazimnya jadi pemanis mulut pada waktu petang. Lagi-lagi kalau cuaca panas terik. Makan aiskrim sedap je rasa lalu di tekak. Sejuk sikit. Nak buat aiskrim sendiri, takut tak jadi. Takut tak sedap. Ini resipi yang RASA kongsikan. Aiskrimnya lembut dan sedap. Lemak manis rasanya.
AISKRIM HOMEMADE
Sedapnya nampak aiskrim ni.
BAHAN-BAHAN
• 1 tin susu pekat
• 2 tin susu cair
• Sedikit garam
• Esen vanila
• 2 sudu besar ovelet
BAHAN LAIN
Pewarna
CARA MEMBUAT
1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer. Gunakan speed paling maksimum. Putar selama 20 minit.
2. Lepas 20 minit, adunan akan menjadi lebih pekat. Bahagi-bahagikan adunan dalam mangkuk.
3. Letakkan pewarna ikut suka anda.
4. Lapiskan adunan aiskrim dalam bekas.
5. Simpankan dalam freezer semalaman.
Buat Datin Umi Kalsom Abd Latib makan bersama keluarga adalah saat yang dinantikan dan tidak mahu dilepaskan. Di ketika inilah pelbagai cerita dikongsi bersama dan secara tidak langsung merapatkan hubungan sekeluarga.
Empat resipi dikongsi beliau ini sering menjadi hidangan sekeluarga. Cerita beliau Daging Goreng Masak Hitam antara menu yang digemarinya kerana resipi itu yang keluarga gemari. Istimewanya lagi resipi ini diperoleh dari ibu mertua yang mengajar beliau cara memasaknya. “ Walaupun cara memasaknya agak rumit tapi bila makan sangat sedap rasa. Daging tersebut perlu dipotong nipis dan ditumbuk halia dan kemudian diperap seketika. Goreng pula tidak boleh terlalu lembut dan terlalu garing. Masa menggorengnya juga agak lama,” akuinya.
Sementara resipi gulai udang ini adalah resipi orang Nogori dan memang resipi tradisi ibunda beliau sendiri. Tambah menyelerakan bila dipadu dengan kerabu pucuk pegaga. Menurut beliau ,membuat kerabu lain orang lain caranya. Cara beliau, kelapa digoreng terlebih dahulu tanpa minyak dan ia tidak terlalu halus. Itulah kelainan kerabu air tangan beliau.
DAGING GORENG MASAK HITAM Bahan-bahan
1 kilo daging
7cm halia
7 biji bawang putih
2 sudu kecil serbuk cili
4 sudu besar kicap pekat
2 tangkai daun kari
Cara memasak:
Daging dihiris nipis dan kecil.
Perap daging bersama halia dan bawang putih yang telah ditumbuk halus sebentar selama 10 minit.
Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan goreng daging sedikit- sedikit hingga garing dan toskan. Ulang sehingga daging habis digoreng.
Tambah minyak bila perlu sedikit demi sedikit hanya untunk mencukupi gorengan daging tadi sehingga habis.
Tumis daun kari menggunakan sedikit minyak daging yang sedikit tadi , masukkan daging , serbuk cili dan kicap , gaul rata hingga secukup rasa angkat dan hidangkan.
GULAI UDANG BERSAMA CENDAWAN BUTANG
Bahan-bahan
10 ekor udang kertas.
10 ulas bawang merah. }
3 ulas bawang putih. } ditumbuk halus
10 biji cili padi. }
5cm kunyit hidup. }
3 kotak santan.
1½ cawan air.
2 paket cendawan butang (belah dua).
1 batang serai (diketuk).
1 keping asam gelugur.
Cara memasak:
Dalam periuk (lebih enak jika menggunakan periuk tradisional yang perbuat dari tanah liat) masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama 1½ cawan air.
Masukkan santan , garam , bila gulai sudah mendidih baru masukkan udang yang sudah dibersihkan tadi dan cendawan yang dibelah dua.
Juga masukkan keping asam gelugur dan serai yang sudah diketuk ke dalam periuk gulai.
Masukkan garam,gula secukup rasa jangan biarkan gulai mendidih terlalu lama sebab udang akan mengecil dan keras.
Sedia dihidangkan.
PUDING ICE-CREAM
Bahan-bahan
1 packet agar-agar
5 tin air sejuk
1 tin susu cair
¼ tin santan
1 tin gula (kurangkan jika tidak suka manis)
4 biji telur ayam (asingkan putih telur dan kuning telur)
1 sudu kecil asen vanilla
Pewarna merah (sedikit sahaja)
Cara memasak:
Masakkan agar-agar bersama gula sampai mendidih.
Asingkan putih telur dengan kuning telur.
Pukul putih telur sehingga kembang.
Masukkan putih telur tersebut ke dalam agar-agar dan bahagikan dua bekas.
Campurkan asen vanila serta perwarna merah kepada satu bahagian.
Satukan bahagian lagi dicampurkan dengan kuning telur , susu cair dan santan.
Masakkan bahagian kuning telur tersebut didapur (api perlahan) sebentar.
Tuangkan ke dalam adunan merah tadi.
Akhir sekali masukkan ke dalam acuan sejukkan dalam peti sejuk.
KERABU PUCUK PEGAGA
Bahan-bahan
2 ikat pegaga
¼ kelapa parut (digoreng hingga kuning tanpa minyak) dan (ditumbuk kasar).
1 biji bawang merah besar (dipotong halus).
3 biji cili merah (dihiris halus)
3 sudu kecil udang kering (ditumbuk halus)
½ limau nipis (ambil airnya)
Garam,gula secukup rasa.
Cara memasak:
Rendam dalam air sebentar pucuk pegaga, bersihkan dan tos. Potong kecil-kecil.
Masukkan dalam bekas pucuk pegaga,kelapa goreng yang sudah ditumbuk tadi , udang kering, bawang merah , cili merah, garam, sedikit gula dan air limau nipis. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini