Untitled design - 2021-11-04T103958.515

Mungkin ada yang masih bercuti panjang lagi. Bila dah berkumpul tentu saja seisi makan-makan lah yang merapatkan silaturrahim. Boleh jamu hidangan yang istimewa nasi briyani, nasi lemak, nasi tomato, nasi Arab dan lain-lain nasi yang popular. Jom kita cuba resepi Chef Sue ni. Jika tak nak basmathi hancur dan untuk kekalkan bentuknya yang cantik panjang, jangan terlalu kuat mengacau nasi semasa memasak. Gunakan garfu besar bukan senduk. Selamat mencuba.

NASI KETAM BEREMPAH
Bahan-bahan nasi:
6 cawan basmathi – rendam sejam & toskan
4 cawan air rebusan ayam/air biasa
2 cawan susu cair (boleh ganti fresh milk/low fat milk)
2 labu bawang besar merah – mayang
2 helai daun pandan – siat & simpul
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
3 sudu makan minyak sapi (boleh ganti mentega @ marjerin)
2 sudu makan tomato purée
1 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
Garam & gula secukup rasa
Daun pudina secukupnya

Bahan-bahan ( ketam):
7-8 ekor ketam (medium size) – cuci & potong dua
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukupnya

Cara memasak:
1.Satukan semua bahan B dan perap ketam setengah jam. Kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga 3/4 masak. Ketepikan.
2. Di dalam kuali panaskan minyak sapi lalu tumis bawang hingga keperang-perangan. Tumis juga bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar & tomato purée (tambah sedikit air jika terlalu kering) lalu tumis hingga rempah masak (pecah minyak). Tutup api.
4. Di dalam rice cooker, satukan air rebusan ayam/air biasa, susu cair, daun pandan, garam & gula secukupnya lalu didihkan. Apabila dah mendidih, masukkan beras yang dah direndam tadi lalu masak hingga air sejat (tak perlu tunggu nasi tanak sepenuhnya, 3/4 masak je).
5. Sediakan periuk lain atau rice cooker lain; sendukkan separuh kuantiti nasi menjadi satu lapisan. Kemudian susunkan ketam diikuti dengan daun pudina. Tuang separuh lagi nasi tadi menutupi ketam. Teruskan memasak nasi untuk 15-20 minit atau hingga nasi masak sempurna.
6. Hidangkan bersama lauk pauk pilihan mengikut citarasa seperti; kari ikan, kurma telur, jelatah dan sebagainya.
Kredit: Sue M Arukin

IKLAN

Hidangan Lengkap Nasi Kuning Bersama Daging Goreng Terengganu & Acar Nenas

Patutlah Ramai Cuba, Rupanya Memang Sedap Nasi Kari Kambing!

IKLAN

Guna Minyak Bijan. Ini Rahsia Masak Nasi Goreng Cina Jadi Lebih Sedap

IKLAN

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI