Jom masak Nasi Briyani udang sedap ni untuk keluarga. Sesekali masak hidangan istimewa macam ni, memang puas hati. Sangat enak lebih-lebih lagi kalau suami dan anak-anak makan dengan penuh berselera.

Terasa nak cuba masak Nasi Briyani Udang di hari ni? Resipi perkongsian di FB oleh Eaim Lyna ni antara yang paling mudah dan ringkas yang boleh puan-puan cuba. Nampak sedap dan macam yang jual dekat restoran kan?

Oh ya, Deepavali pun bakal menjelang tiba. Sesuai sangat masak menu ni sempena perayaan Pesta Cahaya nanti. Jom cuba! Sanak saudara dan tetamu yang berkunjung pasti teruja nak rasa.

 

CARA MASAK NASI BRIYANI UDANG RINGKAS

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

BAHAN-BAHAN:

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk. Kemudian tumis rempah 4 sekawan bersama bahan-bahan hiris hingga kekuningan.
2. Masukkan rempah briyani yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga pecah minyak.

IKLAN

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
3. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Bila udang hampir masak, masukkan garam secukup rasa.

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya. Biar seketika dan jangan gaul terlebih dahulu.

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali
5. Siap untuk dinikmati. Boleh dimakan bersama sambal tumis, telur rebus ataupun kari.

Resipi Nasi Briyani Udang Mudah & Sedap Boleh Masak Sempena Deepavali

Kredit resipi & foto: Eaim Lyna

IKLAN

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI