Ramai yang menyukai masakan cina kerana rasanya yang sedap dan masaknya juga ringkas. Penggunaan kicap soya, sos tiram dan pelbagai jenis sos melazatkan lagi masakan cina. Maka kebanyakan rasanya lebih manis dan masin.
Ikan kerapu kukus dengan pes tom yam
Bahan-bahan:
1 biji tomato
30gm bawang besar
30gm kacang bendi – dipotong pendek
1.3 kg kerapu
100gm pes tom yam
20gm jus Calamansi
50gm sos cili
30gm sos tomato
30gm sos tiram
30gm serbuk perasa ayam
15gm gula
10gm halia – dihiris halus
10gm daun bawang – dipotong 1inci
Cara memasak:
1.Bersihkan ikan dan potong secara “butterfly”
2.Di dalam dulang,letakkan ikan dan letakkan halia dan daun bawang
3.Bila sudah masak,buangkan halia dan daun bawang.
4.Untuk sos,di dalam kuali letakkan sedikit air,pes tom yam dan bahan-bahan yang lain. Biarkan mendidih dan rasa secukupnya iaitu rasa masam ,pedas dan manis yang seimbang.
5.Bila hendak dihidangkan ,letakkan ikan yang telah dikukus di dalam pinggan dan curahkan sos yang telah siap.
Cara memasak:
1.Rebus sebentar kekapis hingga masak ,bila sudah masak,keluarkan dari air rebusan.
2.Panaskan minyak dan tuang ke atas kekapis yang telah direbus.
3.Di dalam kuali,letakkan sedikit minyak goreng bawang putih,halia dan masukkan lobak merah, saderi dan cili merah.
4.Goreng sehingga wangi,masukkan serbuk perasa secukupnya.
5.Masukkan kekapis yang telah digoreng dan gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam pinggan.
6.Bila hendak dihidangkan,taburkan biji gajus yang telah digoreng di atas kekapis.
Udang Harimau Goreng dengan Sos Nyonya
Bahan-bahan:
Ads
600gm udang harimau
20gm bunga kantan-dihiris
20gm serai-dihiris
30gm bawang putih-dihiris
50gm bawang besar -dihiris
10gm cili api-hiris
2 biji perahan jus limau calamansi
50gm sos tomato
50gm sos cili
30gm sos tiram
10gm serbuk kunyit
Cara memasak:
1.Basuh udang dan goreng dengan minyak panas hingga masak dan angkat.
2.Dalam kuali,masukkan minyak dan gorengkan bahan yang telah dihiris.
3.Masukkan serbuk perasa, semua sos serta jus calamansi dan masukkan udang yang telah digoreng dan siap untuk dihidangkan.
Terimakasih: RESTORAN RIVERSIDE, PUTRA WORLD TRADE CENTRE ( PWTC) KUALA LUMPUR
Belum ada idea nak masak apa untuk makan tengahari ni? Apa kata anda cuba resipi Sotong Masak Hitam stail mamak perkongsian Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din ini. Sangat sedap. Malah warna hitam tu tidak menggunakan dakwat sotong pun. Menurut empunya lagi, resipi ni memang mudah masak dan rasanya tak mengecewakan. Ha…Bolehlah cuba ya.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Dah mula fikir tentang lauk berbuka puasa hari ni? Bagi anda yang menggemari juadah berbuka puasa selera kampung, seleksi resipi yang dikongsi ini antara yang perlu dicuba. Sedap! Pasti membuka selera.
1. KERUTUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah empat
3 sudu makan rempah kerutup
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan sos tomato
500ml santan pekat
1 keping gula Melaka
Garam dan gula secukup rasa
5 sudu makan minyak masak
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 ulas buah pelaga
BAHAN HIRIS:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2cm halia
BAHAN KISAR HALUS:
5 tangkai cili kering
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis bahan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar, diikuti bancuhan rempah kerutup. Kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi.
Apabila ayam sudah kecut dan kering airnya, masukkan pula santan.
Biarkan mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan air asam Jawa, kerisik, sos tomato, gula Melaka, garam dan gula secukup rasa
Setelah cukup rasa dan kuah pekat, masukkan cili padi dan tutup api
Kerutub Ayam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Selain ayam biasa, boleh juga gunakan ayam kampung dan itik.
2. SINGGANG DAGING LENGKUAS
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis, bersih dan tos
2 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan budu
1 sudu makan manisan gula Kerek/gula Melaka
1 sudu makan ketumbar biji | kisar kasar
3 keping asam gelugor
4 -5 hirisan lengkuas | titik
1 biji bawang besar | hiris
3 ulas bawang putih | hiris
10 biji cili padi | titik atau hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan daging bersama budu, pes cili kering bersama bahan hirisan dan titik. Gaul rata dan perap seketika (lebih kurang 15 minit).
Masukkan air secukupnya bersama asam gelugor.
Renehkan di atas api sederhana hingga daging empuk dan masak.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
Setiap kali teringin nak makan rojak/passembur mamak, mesti kita akan keluar pergi ke kedai kan? Tapi kadang-kadang rasanya tidak seperti yang kita inginkan. Ada kuah rojak yang cair, malah ada yang terlebih pekat. Jadi, rasanya lebih baik jika kita buat sendiri di rumah.
Selalunya terdapat 2 perkara penting dalam rojak/passembur mamak ni iaitu kuah dan bahan cucurnya. Cucur pula terdapat 3 jenis, cucur udang, cucur kelapa dan cucur beras atau kerepek serta disertai dengan bahan-bahan lain. Semuanya bergantung kepada bajet dan citarasa masing-masing.
Resipi Rojak/Passembor Mamak
BAHAN-BAHAN (ROJAK)
Sengkuang dihiris nipis memanjang
Timun dihiris nipis memanjang
Taugeh dicelur sedikit
Tofu kuning digoreng dan dihiris nipis
Kentang direbus dan dipotong
Telur rebus
Cucur kelapa dipotong
Cucur naik dipotong
Cucur beras dipatah dan ditabur atas
Bawang goreng ditabur atas
CUCUR KELAPA
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepun gandum
1/2 cawan kelapa parut (hampas kelapa pun boleh)
Bawang kecil di mayang halus
Garam secukup rasa
Sedikit sodium bicarbonate
CARA PENYEDIAAN
Gaul dan buatkan dough semua ramuan diatas agak-agak boleh digumpal dengan tangan. Cucurkan ke dalam minyak yang telah panas.
CUCUR NAIK
1 cawan tepung gandum
1/4 st baking powder
1/4 st soda
Taugeh basuh bersih
1/2 st serbuk kunyit / pewarna
1 st gula
1/4 st garam
125 ml air (anggaran) * jangan cair sangat nanti cucur leper
1 biji telur
CARA PENYEDIAAN
Campurkan semua bahan kecuali telur dan taugeh serta garam. Gaulkan sampai sebati dan perap selama 1 jam.
Masukkan telur dan taugeh serta garam dan kacau rata. Panaskan minyak dan goreng keemasan.
CUCUR BERAS ATAU KEREPEK
250gm tepung beras
1 sudu besar (tbsp) tepung ubi kayu (topioca flour)
Minyak untuk goreng
BAHAN-BAHAN PERENCAH (DIKISAR)
5 ulas bawang putih.
5 biji buah keras.
1 sudu kecil (tsp) serbuk ketumbar, biji ketumbar digoreng kering dan ditumbuk/ kisar kasar.
1 biji telur.
50 ml santan cair.
Garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Sebatikan tepung beras dan tepung ubi dengan bahan kisaran.
Cairkan tepung tadi dengan tambahan 250ml santan cair, supaya terbentuk tepung yang cair dan sesuai untuk dituang ditepi kuali.
Panaskan minyak, bila minyak cukup panas, ambil sesenduk tepung cair dan tuangkan dikeliling gerigi minyak ditepi kuali. Bila warnanya tukar keemasan kuning , kupil tepung itu dengan perlahan dan biarkan ia terapung ke tengah kuali. Bila cukup garing, keluarkan dan diletakan ke atas kertas tuala dapur untuk menyerap minyak.
Patahkan saiz yang dikehendaki dan taburkan ke atas rojak anda. Ia memberi kelazatan yang istimewa pada hidangan rojak anda.
BAHAN- BAHAN (KUAH ROJAK )
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi (kalau malas nak lenyek).
125gm udang kertas halus goreng dulu udang itu 1/4 masak.
kacang tanah.(goreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya)
10 – 15 biji cili kering. Untuk kepedasan biasanya kita gunakan cili kering. Cili kering perlu goreng dengan minyak lebihan gorengan kacang sehingga ranggup.
3 ulas bawang putih. digoreng layu, dikisar bersama kacang tadi.
2-3 bawang besar digoreng layu.
Gula dan garam secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
Bila semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periuk dan masukkan 4 cawan air dan masak sehingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar. Masukkan garam secukup rasa.
Jika inginkan kuah yang lebih dan pekat likat seperti mamak buat kuah, rendamkan 5-8 keping biskut merry, lenyekkan dan masukkan dalam kuah yang reneh.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!