Siapa je yang tak suka makan dadih kan? Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Jafahana Sulaiman ini.
1. Masak agar-agar bersama air hingga larut dan mendidih.
2. Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair diikuti krimer, gula dan garam. Kacau hingga sebati dan mendidih.
3. Setelah bancuhan betul-betul mendidih, padamkan api, tapis dan tuang ke dalam acuan.
4. Sejukkan dan bolehlah dinikmati.
Info chef: Jika inginkan dadih yang berwarna-warni, tapis adunan ke dalam bekas dan masukkan pewarna kegemaran anda. Kacau hingga sebati dan barulah dimasukkan ke dalam acuan serta disejukkan.
Kuih legend seperti kaswi ni kalau buat seloyang pun gerenti habis. Rasa lemak manis pada kuih memang puas makan. Lebih enak bila digaul dengan kelapa putih. Hidang bersama kopi panas, cukup lengkap.
Cara memasak: 1.Bancuh semua bahan atau blender halus. Tapiskan 2.Loyang size 8 inci, sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit. 3.Tuang adunan dalam loyang. Kukus 30 minit. 4.Kalau ada wap air jatuh. terus lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih. 5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa. 6.Sedia dihidang.
Anda penggemar masakan Negeri Sembilan, pastinya menyukai masakan yang menggunakan cili padi seperti Gulai Lemak dan Rendang yang sebut saja pasti kecur air liur terbayang rasanya yang pedas sedap. Kalau anda ingin mencuba, ini bawakan dua menu istimewa masakan negeri Sembilan iaitu Masak Lemak Cili Padi Cendawan Sisir dan Rendang Itik Salai. Dua menu ini dikongsikan oleh Aunty Aini, pemilik Aini’s Garden Café serta pengacara Rasa Insta Famous dan Ketuhar Kuali.
MASAK LEMAK CILI CENDAWAN SISIR
BAHAN-BAHAN:
200gm cendawan sisir | cuci bersih & tos
Sedikit pucuk ubi kayu
250ml santan pekat
50 ml air
50gm ikan bilis
Garam secukup rasa
2 batang serai | titik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Campurkan bahan kisar dengan santan dan air dalam periuk.
Renehkan atas api sederhana, masukkan serai titik dan ikan bilis yang telah dikupas dan dicuci bersih.
Setelah mereneh masukkan cendawan sisir, pucuk ubi, kacau rata.
Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tutup api, dan sedia dihidangkan.
RENDANG ITIK SALAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor itik salai | potong kecil
2 biji kelapa | ambil santan pekat sahaja
3 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
5 sudu makan minyak masak | untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm lengkuas
4 batang serai
3cm kunyit
3cm halia
20 biji cili padi
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
BAHAN REMAH RATUS:
3 biji buah keras
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh Jintan putih
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Bahan rempah ratus digoreng sangai, kemudian kisar kering.
Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian tambahkan dengan rempah ratus yang dikisar, kacau rata hingga pecah minyak.
Masukkan itu, gaul rata dan hingga itik kecut.
Masukkan santan, asam gelugor dan campur sedikit air. Tutup kuali.
Biarkan mereneh atas api sederhana hingga itik empuk.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Apabila kuah pekat masukkan kerisik, terus kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak.
Sos serbaguna ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila=bila perlu. Bahan-bahan juga senang didapati. Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cilinya. Pastikan cilinya benar-benar masak agar tahan lama dan tidak sakit perut pula memakannya.
BAHAN-BAHAN:
1/4kg @ 250gm cili kering | buang biji, rebus & kisar
Cili padi secukupnya | tambah jika mahu lebih pedas. Kisar bersama cili kering
2kg gula
Garam secukup rasa
Cuka makan secukupnya
Air secukupnya
Tepung jagung | bancuh dengan sedikit air
CARA MEMBUAT:
Masukkan semua bahan ( kecuali tepung jagung) ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
Kemudian rasa. Pastikan rasa manis, pedas, masam dan masin cukup.
Seterusnya masukkan bancuhan tepung jagung. Masak lagi hingga mendapat kepekatan sosn yang dikehendaki.
Enak dinikmati dengan pelbagai jenis makanan bergoreng.
Tips: Simpan dalam botol kedap udara dan letakkan dalam peti sejuk untuk tahan lama.