Mencari menu untuk minum petang? Apa kata buat agar-agar yang mudah dan ringkas ini. Walaupun ringkas tetapi rasanya sangat sedap. Sesuai sungguh untuk dimakan seisi keluarga. Kami kongsikan beberapa resipi agar-agar yang boleh anda cuba buat di rumah.

1. AGAR-AGAR PANDAN LUMUT

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

 

BAHAN-BAHAN A:

  • 50 gram agar-agar tali – beli online DISINI
  • 2 cawan gula pasir – beli online DISINI
  • 6 cawan air

 

BAHAN-BAHAN B:

  • 2 cawan air suam
  • 12 helai daun pandan | dipotong kecil
  • Esen perisa pandan

*Disatukan dan dikisar untuk dijadikan air daun pandan

 

BAHAN-BAHAN C:

  • Air daun pandan (Bahan B)
  • 2 cawan santan – beli online DISINI
  • 400 ml susu sejat
  • 1 biji telur gred A
  • 2 sudu tepung kastard – beli online DISINI
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau pandan secukupnya | jika mahu warna hijau lebih pekat

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh agar-agar tali dan toskan.
  2. Masak agar-agar bersama 6 cawan air sehingga agar-agar larut di dalam periuk.
  3. Selepas itu, masukkan gula pasir dan masak sehingga gula hancur.
  4. Masukkan bahan-bahan C dan kacau sehingga adunan mendidih dan pekat.
  5. Gunakan api perlahan dan kacau selalu. Pastikan adunan tidak berkerak di dasar periuk. Tutup api.
  6. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan.
  7. Sejukkan seketika di luar, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Potong bila agar-agar sudah keras. Siap!

2. AGAR-AGAR JAGUNG

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

IKLAN
  • 6 gram serbuk agar-agar
  • 1 tin krim jagung
  • 110gram gula
  • 250 ml susu segar
  • 350 ml air
  • Secubit garam

LAPISAN ATAS:

  • 6 gram serbuk agar-agar
  • 100 gram gula
  • 200 ml santan
  • 150 ml air
  • Secubit garam

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Untuk lapisan bawah, didihkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  3. Masukkan susu dan krim jagung. Kacau sebati.
  4. Tuangkan ke dalam bekas. Biarkan separuh beku. Cakar dengan garfu sebelum dituangkan lapisan atas.
  5. Untuk lapisan atas, didihkan serbuk agar-agar dan air sehingga larut.
  6. Masukkan gula dan kacau sehingga larut.
  7. Masukkan pula santan dan garan.
  8. Bila dah siap, tuangkan ke atas lapisan tadi.
  9. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: Home Creation Kitchen Corner

3. AGAR-AGAR KELAPA MUDA

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

  • 1 bungkus serbuk agar-agar
  • 900 ml air
  • 230 gram gula
  • 200 ml santan
  • 200 ml susu cair – beli online DISINI

LAPISAN ATAS:

  • 1 bungkus serbuk agar-agar
  • 550 ml air
  • 230 gram gula
  • 800 ml air kelapa muda
  • 1 helai daun pandan
  • Isi kelapa muda

 

IKLAN

CARA PENYEDIAAN:

  1. Untuk lapisan bawah, masak serbuk agar-agar, air dan gula di dalam periuk sehingga larut.
  2. Masukkan santan dan susu. Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan.
  3. Biarkan beku sedikit sebelum dituangkan lapisan atas.
  4. Untuk lapisan atas, masuk serbuk agar-agar, air dan gula ke dalam periuk sehingga larut.
  5. Masukkan air kelapa, daun pandan dan didihkan.
  6. Buang daun panda dan masukkan isi kelapa muda.
  7. Cakar-cakarkan permukaan lapisan bawah sebelum dituangkan lapisan atas.
  8. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Kredit resipi & foto: Home Creation Kitchen Corner

4. AGAR-AGAR BUAH MANGGA

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

  • 10 gram serbuk agar-agar
  • 5 biji buah mangga | dihiris nipis
  • 1 cawan susu cair
  • 500 ml air
  • 200 gram gula

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar mangga sehingga hancur. Masukkan gula, serbuk agar-agar dan air ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga gula hancur. MAsukkan mangga dan susu cair. Kacau sebati di atas api perlahan.
  3. Apabila sudah masak dan pekat, segera masukkan ke dalam bekas acuan.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

5. AGAR-AGAR MILO SUSU

Koleksi Resipi Agar-Agar Yang Mudah Tapi Sedap

 

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1.5 liter air
  • 1 paket agar-agar
  • 1/2 tin susu pekat
  • 7 sudu besar serbuk milo
  • 1 cawan air panas
  • Gula secukup rasa

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campurkan milo dan susu bersama air panas. Kacau sebati dan ketepikan dahulu.
  2. Rebus agar-agar bersama 1.5 liter air sehingga mendidih dan masak.
  3. Kemudian, masukkan bancuhan milo dan susu tadi ke dalam agar-agar dan kacau sebati.
  4. Tambahkan gula ke dalam agar-agar mengikut sukatan manis yang anda mahukan.
  5. Kacau rata sehingga mendidih.
  6. Bila agar-agar sudah betul-betul masak, tutup api dan masukkan ke dalam bekas atau acuan agar-agar. Biarkan selama 30 minit.
  7. Kemudian, barulah dibekukan ke dalam peti sejuk. Bila dah beku, bolehlah dihidangkan.

 

Kredit resipi & foto: The Madelline

 

Anda mencari ACUAN KUIH? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Cara Buat Kastard Labu Yang Lembut & Terasa Lemak Pada Setiap Gigitan

Cara Buat Puding Keledek Ungu Yang Sedap

Cara Buat Puding Oreo Milo Paling Mudah. Hanya Guna 6 Bahan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI