Hari Deepavali dah lama berakhir tetapi maruku memang sentiasa ada sepanjang masa. Kudapan kesukaan rakyat Malaysia ni . Buat Dr Pushpa Rao resipi Maruku warisan ibu dan olahannya sendiri sentiasa menjadi piihan.
Meh cuba resipi yang dikongsikan Pushpa ni memang berbaloi dicuba, memang rangup.
1/2 sudu kecil bijian omam ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Secubit serbuk hing (asafoetida) – beli online DI SINI
Santan dari 1/2 kelapa
CARA MEMASAK : 1.Kacau semua bahan2 diatas sampai jadi macam dough chappati 2. Guna acuan muruku untuk hasilkan muruku yang bulat-bulat begini dan goreng sehingga kuning keemasan
Ada orang suka kuah asam pedas pekat memang terbaik bila gaul dengan nasi putih. Resipi kali ini menggunakan asam keping untuk rasa masam dan halba memberi lebih rasa.
Sajian tradisional seperti Kuih Lepat Liat memang punya rasa serta keenakannya yang tersendiri. Kalau beli, jarang jumpa kuih yang rasanya memuaskan hati. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri. Salah satu yang boleh dicuba ialah resipi perkongsian saudari Mas Cotek ni. Sangat mudah rupanya nak buat kuih ni. Bahan-bahannya pun tidak susah dan tak banyak. Lebih istimewa lagi sukatan bahannya pun menggunakan cawansahaja. Senanglah nak sukat. Jom cuba. Pasti rasanya sedap.
KUIH LEPAT LIAT
BAHAN A:
BAHAN B:
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan masak atas api. Tak perlu hingga mendidih. Cukup masak hingga gula larut dan tidak berketul.
2. Angkat dan tapis bahan-bahan yang dimasak tadi. Sejukkan.
3. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas berisi tepung pulut sedikit demi sedikit.
4. Uli dan adun hingga menjadi sebati. Pastikan doh jadi lembut dan tidak keras.
5. Sediakan daun pisang dan sapu sedikit minyak di permukaannya.
6. Ambil 2 sudu makan adunan, letak atas daun pisang yang telah disapu minyak tadi. Leperkan.
7. Kemudian letakkan inti kelapa dengan secukupnya. Jika tidak mahu inti, boleh abaikan penggunaannya.
8. Bungkus kuih dengan kemas dan susun dalam periuk kukusan. Kukus hingga masak. ( empunya resipi kukus selama 40 minit menggunakan api perlahan.)
9. Bila dah masak, angkat kuih dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.
Siapa peminat masakan rendang dan sambal, pasti suka dengan resipi ini. Menggabungkan dua sekaligus, menu ayam rendang sambal ini mudah sangat untuk dimasak.
Resipi yang dikongsi oleh saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, memang menggunakan bahan yang mudah didapati dan sekejap saja dimasak.
1. Ayam potong kecil. Tak payah goreng dulu. Ni cara saya masak zaman belajar universiti dulu. Cara masak lebih kurang antara masak sambal dan masak rendang. 2. Kisar bahan-bahan sampai halus. Masuk semua sekali, kecuali asam jawa. Dah kisar halus, tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Resipi tak guna santan dan kerisik. 3. Masukkan bancuhan air asam jawa. Agak-agak sahajalah jumlah dia. Guna asam keping pun boleh! Lepas tu masukkan air 2-3 cawan. Letak garam dan gula siap-siap masa ni.
3. Masukkan ayam. Gaul sampai rata. Oleh kerana ayam ni kita akan reneh sampai kering macam kita masak rendang, maka tak perlu goreng dulu. Leceh kalau nak goreng dan kena guna banyak minyak.
4. Kecilkan api dan tutup. Boleh biarkan selama 5-10 minit. Buka, dan gaul. Tutup dan biar lagi 5-10 minit. Sampailah kuah dia kering ala-ala rendang. Sambil tu boleh masak sayur. 5. Dah siap! Ringkas dan senang sahaja, kan? Tak ada bahan yang susah, tak ada cara leceh. Ikut apa yang ada. Cuma kena sabar tunggu kering sahaja.
6. Oh ya, jangan lupa masukkan daun pandan. Tambah air dan biarkan kering semula. Nak letak serai, daun limau, daun kunyit pun boleh. Ikut apa yang ada. 7. Dah boleh hidang. Rasa dia macam sambal, tapi ada aroma macam rendang sedikit sebab kita masak tu sampai kuah dia kering dan garing. Makan dengan nasi, nasi impit, atau roti.
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.