Sedapnya dapat menikmati air katira, lebih-lagi untuk berbuka puasa. Sebenarnya, bukan mudah untuk menghasilkan air katira resipi asli. Tapi, jika nak juga merasa, boleh cuba resipi air katira versi ekspres ini.
Perkongsian daripada Mas Azuan ini memberikan resipi cara membuat air katira yang dikongsikan menerusi Az Za daripada penjual di Bazar Ramadan. Wah, pasti sedap walaupun tidak sama dengan yang resepi asli dari Johor. Namun, tetap mempunyai rasa yang sedap dan tersendiri. Jom kita cuba.
Cuaca sekarang yang mendung dan kerap hujan memang mudah untuk terkena selesema. Tambah sukar kalau hidung tersumbat, nak tidur pun payah. Kalau ada yang sedang mengalaminya boleh amalkan air lemon cengkih ini.
Selain boleh diminum, air lemon cengkih ini juga boleh disedut wapnya untuk melegakan hidung tersumbat. Memang segar dan mudah bernafas.
Cara buat air lemon cengkih
Bahan-bahan
Lemon
Cengkih (sebaiknya jumlah ganjil)
Madu asli
Air atau air panas
Cara membuat
1. Masak air bersama cengkih hingga mendidih. Perahkan jus lemon dan masukkan madu. Tutup api.
2. Boleh tambah hirisan lemon, kemudian masukkan dalam bekas.
3. Jika hidung tersumbat, tuang dalam cawan dan hidu wap air ini hingga air suam. Selepas itu airnya boleh minum.
4. Air ini boleh dibuat dalam kuantiti banyak dan disimpan dalam peti ais. Panaskan jika mahu minum.
NOTA: Jika guna air panas dari penapis air, campurkan saja cengkih, potongan lemon dan madu dalam cawan. Biarkan sekejap sebelum di minum. Siap!
Nak minum teh masala? Masala teh merupakan sejenis minuman berempah yang diadun daripada herba rempah utama. Senang nak buat, rasanya yang pedas dan hangat.
Melancarkan sistem penghadaman. Sangat berkesan untuk memulih masalah sejuk badan, selesema, sakit kepala, kekembungan dan sakit-sakit dalam badan. Melancarkan aliran darah.
Nikmatnya bila dihirup perlahan-lahan ketika suam. Boleh cuba buat nanti.
TEH MASALA
Bahan-bahan:
3 liter air
7 uncang teh
5 biji bunga cengkih kecil
3 biji buah pelaga
Secubit jintan manis
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia diketuk
5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
1 cawan susu kotak
2 sudu besar susu tepung
Cara memasak:
1.Panaskan air di dalam periuk. Masukkan uncang teh setelah mendidih masukkan semua bahan rempah dan halia.
2.Dalam satu bekas masukkan susu kotak,susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
3.Tuang susu dibancuh tadi ke dalam periuk teh.Kacau sebati siap dan sedia dihidang.Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.
Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling dituggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
RESIPI BANCUHAN SIRAP SEDAP
BAHAN-BAHAN:
1kg gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian. 6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Udang goreng sambal matah adalah antara resipi yang semakin popular kerana rasanya yang unik, gabungan tekstur rangup udang goreng dan kepedasan aromatik sambal matah dari Indonesia.