Sirap; banyak kenangan dan nostalgia disebalik minuman ini. Waktu kecil dulu, inilah minuman paling sedap yang kita boleh minum sama ada di rumah atau di majlis kenduri. Jika di bulan puasa, memang inilah air berbuka yang paling dituggu-tunggu. Teringin nak rasa air sirap macam yang selalu minum zaman kanak-kanak dulu? Resipi perkongsian saudari Azizah Zainudin mungkin boleh imbau kembali nostalgia lalu. Jom cuba!
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su. Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu. Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini. Air sirap je pun! Tapi ni sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi. Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
RESIPI BANCUHAN SIRAP SEDAP
Ads
BAHAN-BAHAN:
1kg gula pasir
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula dan daun pandan ke dalam periuk.Kemudian masukkan jintan manis.
2. Seterusnya masukkan buah pelaga.
3. Tambahkan sirap. Masak hingga pekat. Kepekatan bergantung pada citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak,lebih bagus.
Ads
4. Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap. Ditambah pula dengan wangian daun pandan. 5. Selepas bancuhan sirap siap dimasak, biarkan sejuk sebelum ditapis dan disimpan dalam bekas bersesuaian. 6. Untuk menikmatinya, hanya ambil jumlah tertentu dan bancuh dengan air. Selamat mencuba!
Di samping ramai peminat kopi, ada juga peminat teh. Lagi-lagi teh 3 layer. Teh 3 layer ni memang ramai peminatnya. Rasanya sedap dan lemak-lemak manis dengan susu serta gula melaka. Nah, kami kongsikan resipinya supaya korang boleh buat sendiri di rumah.
TEH 3 LAYER (resipi untuk 2 gelas)
BAHAN-BAHAN
• 3 ucang teh
• Sedikit air panas
• 3 keping gula melaka
• Ais
• 1/2 tin susu cair
CARA MEMBUAT
1. Bancuh teh uncang dengan air panas dan biarkan seketika. Ketepikan.
2. Cairkan gula melaka dalam periuk dengan sedikit air. Kacau hingga gula melaka hancur dan sebati.
3. Masukkan air gula melaka ke dalam gelas dan sejukkan seketika.
4. Masukkan ais ke atas lapisan gula melaka. Kemudian masukkan susu cair dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan air teh dengan perlahan-lahan. Siap untuk diminum!
TIP
Sila kurangkan gula melaka kalau tak suka manis. Boleh juga nak tambah teh uncang supaya lapisan teh lebih pekat.
Resipi oleh Saliza Sabri dari Telegram KakiMakan t.me/kakimakan
Tahun baru bakal tiba tak lama lagi. Jom kita ubah pemakanan ke arah yang lebih sihat. Sebagai permulaan, boleh cuba buat Banana Yogurt Smoothie dan Greek Style Salad. Hidangan yang ini memang sedap dan baik untuk kesihatan. Lebih sedap kerana ia menggunakan Fernleaf Greek-Style Yogurt yang diperbuat dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand. Anda wajib cuba.
BANANA YOGURT SMOOTHIE
Bahan-bahan:
2 biji pisang (medium) – sejukkan dalam peti sejuk
250ml Fernleaf Greek Style Yogurt
125ml susu UHT Full Cream Fernleaf
2 sudu makan madu
½ sudu teh serbuk kulit kayu manis
Cara-cara:
Di dalam mesin pengisar, satukan pisang, Fernleaf Greek Style Yogurt, susu dan madu lalu kisar hingga halus.
Tambahkan serbuk kulit kayu manis dan kacau sebati.
Tuang bahan-bahan kisar ke dalam gelas dan hidangkan segera.
Bahan-bahan herba di dapur sebenarnya boleh bantu untuk melegakan kesakitan ringan yang kita hadapi. Melalui facebook, Maria Bentalib memberikan petua untuk menghasilkan minuman yang dikatakan boleh bantu masalah angin dalam badan dan sakit lutut. Boleh try.
MINUMAN UNTUK BUANG ANGIN
BAHAN-BAHAN
1 liter air
2 batang serai (ketuk)
3 hiris halia (hiris dan ketuk sikit)
1 batang kayu manis ceylon
7 biji cengkih
CARA MEMBUAT
1. Rebus air dalam periuk.
2. Rebus semua bahan selama 20 minit.
3. Minum suam-suam 2 kali sehari.