Cuaca sekarang yang mendung dan kerap hujan memang mudah untuk terkena selesema. Tambah sukar kalau hidung tersumbat, nak tidur pun payah. Kalau ada yang sedang mengalaminya boleh amalkan air lemon cengkih ini.
Selain boleh diminum, air lemon cengkih ini juga boleh disedut wapnya untuk melegakan hidung tersumbat. Memang segar dan mudah bernafas.
Cara buat air lemon cengkih
Bahan-bahan
Lemon
Cengkih (sebaiknya jumlah ganjil)
Madu asli
Air atau air panas
Ads
Cara membuat
1. Masak air bersama cengkih hingga mendidih. Perahkan jus lemon dan masukkan madu. Tutup api.
2. Boleh tambah hirisan lemon, kemudian masukkan dalam bekas.
Ads
3. Jika hidung tersumbat, tuang dalam cawan dan hidu wap air ini hingga air suam. Selepas itu airnya boleh minum.
4. Air ini boleh dibuat dalam kuantiti banyak dan disimpan dalam peti ais. Panaskan jika mahu minum.
Ads
NOTA: Jika guna air panas dari penapis air, campurkan saja cengkih, potongan lemon dan madu dalam cawan. Biarkan sekejap sebelum di minum. Siap!
Air kelapa muda juga antara minuman yang menjadi ‘buruan’ ramai ketika di bulan Ramadan. Air kelapa muda bukan sekadar penghilang dahaga tetapi juga mempunyai manfaat untuk kesihatan tubuh. Minuman ini bukan sahaja sedap, bahkan rendah kalori, rendah lemak, penuh dengan vitamin dan mineral. Jom kita cuba resipi Air Kelapa Muda Lemon Madu seperti yang dikongsikan oleh Mohamad Arymin.
RESIPI AIR KELAPA MUDA LEMON MADU
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa muda (tak kisah ada isi ke tak) 3-4 hiris lemon 2 sudu madu asli –BELI ONLINE Ais batu secukupnya Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka) – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.
2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.
3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Mohamad Arymin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Hampir sebulan sudah kita berpuasa. Mungkin ada yang rindu nak minum Teh Tarik bukan? Hendak pergi ke restoran mamak, rasa malas pula tapi tekak teringin nak minum Teh Tarik Kaw. Apa susah, kita buat sendiri sahaja Teh Tarik Kaw. Bahan-bahan pun senang nak dapat dan biasanya ada dalam simpanan stok di dapur. Jom kita cuba buat Teh Tarik Kaw ikut resipi yang dikongsikan oleh Rozana Mamat ini.
RESIPI TEH TARIK KAW
BAHAN-BAHAN:
500 ml air 4 hingga 5 uncang teh Lipton (lagi banyak lagi kaw) Susu pekat (ikut rasa masing-masing) – BELI ONLINE 1/2 tin susu cair (nak lagi lemak, boleh letak lebih) –BELI ONLINE 1 sudu kecil esen vanilla – BELI ONLINE
CARA MEMBUAT:
1. Didihkan teh uncang. Selepas itu boleh masukkan susu pekat, susu cair dan esen vanilla. Biarkan mendidi seketika. Siap untuk dihidangkan.
2. Jika hendak minum sejuk (teh ais) tunggu air sejuk dahulu kemudian barulah tambah ais batu.
Sumber kredit: Rozana Mamat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuba resipi Cha Bang Ang viral dari Thailand yang sedap, segar dan sangat mudah disediakan. Dessert ais popular ini hanya perlukan bahan ringkas. Memang puas hati!