Kuih koci kalau dapat yang sedap memang tak cukup satu, Kombinasi tepung pulut dan inti kelapa serta gula melaka di dalamnya memberikan kenikmatan buat penggemar kuih ini.
Sukar untuk mendapatkan kuih koci yang memenuhi citarasa. Jadi bolehlah buat sendiri mengikut resipi yang dikongsikan oleh Salina Ismail.
Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kini, tak perlu pun beli kerana anda boleh hasilkan sendiri pau sedap pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mawar Berduri. Pasti puas hati.
RESIPI DOH PAU HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu makan susu pekat manis
5 sudu makan minyak masak
½ paket yis (mauripan) – campur dengan satu cawan air. Kacau dan tunggu hingga naik buih
Inti pilihan secukupnya – inti kacang merah ( boleh beli di kedai bahan bakeri)
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung gandum, susu pekat manis, minyak masak dan bancuhan mauripan. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.
2. Rehatkan doh dalam bekas bertutup dan biarkan selama 30 minit.
3. Bila cukup masanya, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan letak inti kacang merah dengan secukupnya. Lapik dengan kertas minyak supaya tidak melekat pada periuk.
4. Susun pau tadi di dalam periuk kukusan dan kukus selama 4 minit.
5. Untuk adunan ini, boleh dapat 15 biji pau.
INFO RASA: Selain inti kacang merah, anda juga boleh guna inti coklat, kaya, kastad, kentang, daging, sambal bilis atau sardin. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
Anda suka makan Popia Sira Sambal? Ni ada resipi mudah, sedap dan ringkas perkongsian saudari NoraFiza Kamarin yang boleh dicuba. Istimewanya resipi ni, sukatannya adalah untuk 50 biji popia. Sesuai sangat dijadikan sajian jamuan atau untuk jualan. Senang nak agak kalau dah ada sukatan macam ni. Jom cuba buat. Pasti puas hati.
RESIPI POPIA SIRA SAMBAL UNTUK KUANTITI 50 BIJI
BAHAN – BAHAN ( untuk 50 biji popia):
1 paket kulit popia( 50 keping)
1 biji sengkuang saiz sederhana
3 batang lobak merah saiz sederhana
2 sudu makan udang geragau
Sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan sengkuang dan lobak merah kemudian sagat panjang-panjang. 2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian tumis sengkuang. lobak merah dan udang geragau. Perasakan secukupnya. Bila dah layu, angkat. 3. Tos dan sejukkan bahan tumisan tadi di dalam raga berlubang supaya lebihan air dari bahan-bahan tumis dapat dibuang. Jika inti tidak kering, kulit popia akan koyak dan tidak rangup.
4. Bila inti sudah kering, boleh mula menggulung. Sudukan inti diatas kulit popia dengan secukupnya. Pastikan tidak terlalu banyak.
5. Gulung popia jangan terlalu ketat atau padat. Sapu air pada hujung gulungan supaya gulungan tidak terbuka.
6. Panaskan minyak masak dan goreng popia menggunakan api sederhana.
7. Bila dah garing, toskan popia dan biarkan sejuk sebelum disira.
BAHAN SAMBAL SIRA ( 50 biji): 5 sudu makan cili kisar ( kisar: 10 tangkai cili kering + 1/2 labu bawang putih + air ( paras-paras bahan sahaja). Kisar halus & ambik 5 sudu makan dari bahan kisar ni.) 15 sudu makan @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir 2 sudu makan sos cili 1 sudu teh serbuk perasa 2 sudu makan bijan 5 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. 2. Masukkan serbuk perasa, gula, sos cili dan bijan. Kacau hingga pekat dan berbuih. Pastikan masak guna api sedang sahaja. Jangan tambah air. 3. Bila sambal sudah pekat dan meletup-letup, matikan api dan biarkan suam.
4. Bila sambal sudah suam, masukkan popia goreng dan gaul sampai rata.
5. Susun popia di dalam dulang atau talam. Pastikan ia tidak bertindan atau bertindih-tindih. Ia bagi memastikan popia kekal rangup. Bila dan sejuk, barulah boleh disusun dalam bekas.
6. Sedia untuk dinikmati.
INFO: 1. Pastikan tidak memasukkan air di dalam sambal kerana sudah ada air dalam kisaran cili. 2. Gula memang guna lebih berbanding cili. Ia merupakan tip supaya popia kekal rangup. Sos cili pula bagi menghasilkan sambal yang cantik berkilat. 3. Pastikan sambal suam atau sejuk sebelum digaul bersama popia. Ia bagi memastikan popia tidak cepat lembik. 4. Bahan inti boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti ayam, daging, udang, kubis atau tauge. Cuma pastikan inti di tos hingga kering sebelum digulung dalam kulit popia.
Sedapnya kalau dapat makan kuih Bingka Roti panas-panas. Lemak, manis…Memang kena dengan selera. Jadi puan-puan, jika di rumah anda ada lebihan roti, bolehlah cuba buat Bingka Roti ni. Lebih istimewa, resipi perkongsian saudari Shameema Ahamed ni tidak menggunakan ketuhar. Guna pemanggang ajaib je. Hasilnya memang cantik dan masak sekata. Jom cuba!
1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Ketepikan.
2. Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan adun lagi supaya tepung tidak berketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi.
4. Biarkan roti terendam sebentar dalam masa 15-20 minit.
5. Tuang campuran roti ke dalam pemanggang ajaib dan bakar hingga masak menggunakan api paling kecil. Kena selalu periksa kuih supaya tidak hangit. (empunya resipi bakar dalam 20 minit kemudia terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit)
6. Bila kuih Bingka sudah masak, sejukkan dan barulah dipotong. (empunya resipi alas adunan kuih menggunakan baking paper supaya ia mudah dikeluarkan bila masak)
Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan tetapi kini popular dikalangan penduduk di kawasan Lembah Klang. Lauk pauknya mudah sahaja. Ia berupa nasi putih...