Bagi penggemar sajian Nasi Goreng, pastinya akan terliur melihat menu Nasi Goreng Kambing ni. Sangat ringkas cara pembuatannya namun rasanya memang sangat membuka selera. Menerusi perkongsian saudari Nurul Ateekah, beliau menunjukkan cara-cara memasak Nasi Goreng Kambing yang sedap yang boleh anda cuba. Sesuai untuk hidangan 3-4 orang makan.
Mencari hidangan menarik untuk meraikan hari istimewa bersama si dia? Cubalah buat Mashed Potato Dengan Crab Meat Berkeju dan Ayam Goreng Cheese Leleh Ala Korea ini. Menu yang cukup enak dan menyelerakan. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang puas hati bila makan. jangan lupa gunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella untuk memberi regangan yang sempurna dan meningkatkan rasa. Gerenti menjadi!
MASHED POTATO DENGAN CRAB MEAT BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang jenis russet – buang kulit
150gram crab meat (isi ketam) – hancurkan
100gram Anchor Butter Unsalted
250gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
1 sudu teh serbuk pati ayam
½ sudu teh serbuk cili
2 biji telur – kacau dengan garfu
Garam dan lada sulah secukupnya
Breadcrumbs secukupnya
CARA MEMASAK:
Rebus ubi kentang yang telah dikupas hingga empuk dan toskan.
Letak ubi kentang rebus tadi dalam mangkuk semasa masih panas lalu masukkan Anchor Butter Unsalted. Lumatkan kentang dan butter bersama- sama. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa lalu gaul lagi hingga rata dan ketepikan.
Di dalam mangkuk lain, masukkan crab meat, Keju Perfect Italiano Mozzarella, serbuk pati ayam, serbuk cili, garam dan lada sulah secukupnya lalu gaul sebati menjadi inti. Ketepikan.
Ambil sesudu makan campuran kentang lalu kepal-kepalkan dan leperkan sedikit. Letak Keju Perfect Italiano Mozzarella Letak pula sedikit inti isi ketam lalu bentukkan bujur dan rapikan hingga kentang menutupi semua inti.
Celup kentang berinti tadi ke dalam bancuhan telur. Lumurkan atas breadcrumbs
Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Hidangkan panas.
AYAM GORENG CHEESE LELEH ALA KOREA
BAHAN-BAHAN A:
4-6 ketul ayam
1 cawan tepung jagung
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan madu
1 sudu gula perang
1 sudu makan chili flakes
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan bijan – sangai
½ sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji telur
Garam secukupnya
BAHAN-BAHAN SOS:
150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
100gram Anchor Butter Unsalted
CARA MEMASAK:
Satukan ayam bersama 2 ulas bawang putih cincang, serbuk lada hitam dan halia kisar. Perap selama 30 minit.
Setelah diperap, masukkan ½ sudu makan serbuk cili dan telur lalu gaul sebati. Taburkan tepung jagung hingga menyaluti ayam.
Goreng ayam dalam minyak yang banyak hingga garing. Toskan dan ketepikan.
Di dalam kuali lain, Panaskan sedikit minyak lalu tumis 2 ulas bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan lebihan serbuk cili, chili flakes, madu, gula perang, sos tomato, sos cili dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya. Masukkan ayam goreng tadi beserta bijan sangai lalu gaul sebati. Ketepikan.
Di dalam periuk kecil, satukan Keju Perfect Italiano Mozarella & Anchor Butter Unsalted lalu cairkan hingga semua bahan sebati.
Letak ayam goreng ke dalam pinggan menghidang, tuang sos keju leleh dan hidangkan segera.
Nak kudapan enak masa menonton tv dengan keluarga Ni dia resipi cornflakes peanut butter mudah tak payah dibakar.Buat lebih sikit, simpan dalam bekas kedap udara sure tahan lama.
Yang menarik resipi ni ada ramuan mentega kacang, memang cepatlah habis sebalang.
CORNFLAKES PEANUT BUTTER
BAHAN-BAHAN :
6 cawan cornflakes (ramas bagi dia hancur sikit)
1 cawan mentega kacang
1 cawan sirap jagung
Esen vanilla
25 gram gula perang/brown sugar
25 gram gula halus/castor
Secubit garam
CARA MEMASAK : 1. Sediakan kuali. Campur semua bahan kecuali cornflakes. Masak guna api kecil jer. 2. Kacau sampai sebati. Bilar dia pekat sikit. Tutup api. Alihkan kuali. Campurkan cornflakes. Kacau rata & sebati. 3. Sediakan loyang. Lapik kertas minyak tekan adunan dalam loyang. Bila daH padat. Potong mengikut besar mana. Biar kan sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara. 4. Tadaa dah siap.
Menu air asam kerisik jarang sangat didengari atau dilihat di majlis kenduri kendara masa kini. Malah ada yang tidak tahu bagaimana rupa masakannya. Bagi penduduk kampung mungkin masakan ini masih lagi disediakan.
Kali ini Rasa berkongsi resipi dari Pak Long Samsuri cara penyediaan orang lama, untuk menyediakan air asam kerisik atau (Cacapan bak kata orang banjar) kenduri kendara yang sedap!
Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar, Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang melayu zaman dahulu.
Kata orang kalau makan nasi kenduri takde air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri. air asam ni sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. sememangnya bila kenduri air asam kerisik ni jadi pemikat selera.
Resipi Air Asam Kerisik Super Mables
Bahan-Bahan:
Bawang besar 5kg( potong nipis dan tercerai satu2, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos)
Cili merah 2kg (potong nipis)
Kerisik 2kg ( bergantung pada kesukaan)
Cili padi setengah kilo (potong halus)
Tomato 3kg (potong nipis)
Belacan bakar 400 gram ambil pati airnya hampas buang.
Asam jawa jenis yg kurang biji dlm 300gram amik airnya dan hampas dan biji buang.
Sos tomato 1 botol.
Sos cili sebotol setengah
Kicap cair
Susu cair 2 tin
Tomato pure 1 tin
Garam sesedap rasa.
Gula ikut suka korang nk manis sikit atau kurang.
Pak aji nomoto sikit sebagai penyedap perisa.
Penambahan- kalau ada perut lembu yg dah direbus potong halus lg best masukan sekali.
Cara-Cara:
Gaulkan kesemua bahan sampai meresap kesemua bahan. Siap!
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...