Dalam merasai kuih muih melayu tak kan sama keenakan rasannya dengan kuih tradisi. Penggunaan bahan-bahan yang sukar untuk didapati membuatkan rasanya lebih istimewa. Buat yang ingin mencuba RASA kongsi dua resipi yang jadi kegemaran ramai ini.

BINGKA (BENGKANG) UBI BAKAR

Bahan-bahan:

1kg ubi kayu putih

2 cawan air

1 cawan santan pekat

1 cawan gula kastor

½ sudu teh garam halus

Sedikit minyak

Cara memasak:

  1. Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30

minit.

  1. Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang

ke dalam mangkuk.

  1. Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu

ubi tadi lalu kacau rata.

  1. Sapu mangkuk pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam mangkuk dan

ratakan.

  1. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga

bingka masak.Sejukkan dan potong.

Waktu memasak: 45-60 minit

Cara membakar: Bakar

Jenis masakan: Pencuci Mulut

Keistimewaan: Rasa ubi bakar yang sangat enak

Saiz hidangan: RM6-RM8 utk 6 org

Info chef: Jika mahu bengkang nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan di atas bengkang itu, 2-3 sudu letakkan sikit-sikit atas permukaan bengkang.

 

KUIH QASIDAH

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

3 cawan air

6 sudu makan gula

1 sudu teh garam

½ sudu teh air kapur

10 biji bawang merah – hiris halus

3 sudu makan minyak

Cara memasak:

  1. Satukan tepung gandum, air, gula, air kapur dan garam ke dalam periuk.  Kacau rata.
  2. Didihkan bancuhan tepung hingga menjadi kental dan berkilat.
  3. Tuang bancuhan tadi ke dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak dan ratakan.
  4. Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali.  Goreng bawang hiris hingga perang dan angkat.
  5. Tuang bawang goreng dan minyak bawang tadi ke dalam loyang berisi  kuih tadi.  Sejukkan dan potong mengikut citarasa.

Waktu memasak: 30 minit

Cara membakar: Kacau atas api & goreng (bawang goreng)

Jenis masakan: Pencuci Mulut

Keistimewaan: Bau wangi bawang goreng memberi rasa luar biasa

Saiz hidangan: RM6-RM8 utk 6 org

Info chef: Bagi menambah rasa lemak pada kuih dan menjadikannya berkilat, masukkan minyak sapi.

Resipi : Chef Sue M.Arukin