Dalam merasai kuih muih melayu tak kan sama keenakan rasanya dengan kuih tradisi. Penggunaan bahan-bahan yang sukar untuk didapati membuatkan rasanya lebih istimewa. Buat yang ingin mencuba RASA kongsi dua resipi yang jadi kegemaran ramai ini.
BINGKA (BENGKANG) UBI BAKAR
Bahan-bahan:
1kg ubi kayu putih
2 cawan air
1 cawan santan pekat
1 cawan gula kastor
½ sudu teh garam halus
Sedikit minyak
Cara memasak:
- Parut ubi kemudian campur dengan air lalu tapis. Biarkan ubi di dalam tapisan selama 30
minit.
- Buang air dari tapisan ubi tadi perlahan-lahan tetapi ambil lapisan sagu yang liat lalu tuang
ke dalam mangkuk.
- Satukan ubi yang telah ditapis tadi bersama gula dan garam ke dalam mangkuk berisi sagu
ubi tadi lalu kacau rata.
- Sapu mangkuk pembakar dengan minyak. Tuang adunan ubi tadi ke dalam mangkuk dan
ratakan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 50 minit atau hingga
bingka masak.Sejukkan dan potong.
Waktu memasak: 45-60 minit
Cara membakar: Bakar
Jenis masakan: Pencuci Mulut
Keistimewaan: Rasa ubi bakar yang sangat enak
Saiz hidangan: RM6-RM8 utk 6 org
Info chef: Jika mahu bengkang nampak cantik dan berkilat keraknya, letakkan sedikit santan di atas bengkang itu, 2-3 sudu letakkan sikit-sikit atas permukaan bengkang.
KUIH QASIDAH
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
3 cawan air
6 sudu makan gula
1 sudu teh garam
½ sudu teh air kapur
10 biji bawang merah – hiris halus- BELI ONLINE DI SINI
3 sudu makan minyak
Cara memasak:
- Satukan tepung gandum, air, gula, air kapur dan garam ke dalam periuk. Kacau rata.
- Didihkan bancuhan tepung hingga menjadi kental dan berkilat.
- Tuang bancuhan tadi ke dalam mangkuk yang telah disapu sedikit minyak dan ratakan.
- Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bawang hiris hingga perang dan angkat.
- Tuang bawang goreng dan minyak bawang tadi ke dalam loyang berisi kuih tadi. Sejukkan dan potong mengikut citarasa.
Waktu memasak: 30 minit
Cara membakar: Kacau atas api & goreng (bawang goreng)
Jenis masakan: Pencuci Mulut
Keistimewaan: Bau wangi bawang goreng memberi rasa luar biasa
Saiz hidangan: RM6-RM8 utk 6 org
Info chef: Bagi menambah rasa lemak pada kuih dan menjadikannya berkilat, masukkan minyak sapi.
Resipi : Chef Sue M.Arukin
Ingin membeli kuali non stick , boleh beli secara online di SINI
Pengat Pisang Nangka Bersagu, Boleh Makan Berbuka dan Moreh.
Buat Sendiri Mi Homemade Tanpa Guna Mesin. Mudah, Potong Guna Pisau Je