Sedapnya dapat makan kuey teow celup yang penuh dengan daging kan. Siapa peminat menu boat noodle, mesti tahu macam mana rasa sedap dan pedas hidangan tu.
Dengan perkongsian daripada Leeya Bridal Melaka ini, kita boleh buat sendiri di rumah dengan olahan mengikut citarasa sendiri.
RESIPI KUEY TEOW CELUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
Daging | dihiris kecil 2 biji bawang putih – beli online di sini 2 inci halia 3 sudu besar kacang tumbuk 1 sudu besar secukup rasa 4 sudu besar kicap manis – beli online di sini 1 sudu kecil garam (saya tambah 1 sudu besar sebab garam jenis tak masin sangat) 2 sudu besar minyak bawang putih Kicap sotong Thai Akar daun ketumbar Bebola daging 1 paket kuey teow ala boot noodle
1. Rebus daging bersama bawang putih dan halia. 2. Masukkan gula, kacang tumbuk, secukup rasa, kicap manis, garam halus, minyak bawang putih, kicap sotong thai, akar daun ketumbar dan juga bebola daging. 3. Kacau-kacau seketika. Tunggu sehingga ia mendidih.
4. Apabila mendidih, rasa kuah dulu jika ada yang tak cukup. Kalau kurang manis tambah gula. Kalau kurang masin tambah kicap sotong @ garam. Kalau kurang masam, perah limau nipis. (siapa pernah makan di boat noodle, dia mesti tahu nak adjust rasa). Dah sekata, tutup api. 5. Hidangkan dengan kuey teow + daging hiris nipis-nipis + bebola daging potong kecil + daun ketumbar + serbuk cili (beli je yang siap) + kacang tumbuk + tauge.
*kuah kalau nak hitam lagi, boleh letak kicap lebih sikit. *saya beli kuey teow 1 paket sebungkus RM6 lebih. *tabur serbuk cili atas kuey teow bila nak makan.
Sajian Ayam Kicap tentunya menjadi kegemaran ramai terutamanya anak-anak yang tidak gemar sajian yang pedas. Menerusi perkongsian saudara Srezuan Nazlan Ismail, eliau telah berkongsi resipi Ayam ala 3 Budak Gemok yang menjadi kegemaran anak-anak. Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
BAHAN RENCAH: 3 biji cili padi hijau 5 ulas bawang putih(beli online disini) 2 biji bawang besar (beli online disini) Halia 1-2 tangkai daun kari Rempah 3 sekawan ( kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih)
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama garam dan serbuk kunyit hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi, bawang putih, bawang besar, halia dan daun kari.
3. Panaskan kuali dan tumis bahan tumbuk tadi. Masukkan juga rempah 3 sekawan.
4. Bila rencah sudah wangi dan agak garing, masukkan sos tiram dan kicap dengan secukupnya. Sebatikan. Tidak perlu tambah garam kerana sos tiram sudah memeberikan rasa masin.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan sedia untuk dinikmati.
Menu yang cepat siap dan mudah memang digemari ramai. Antara menu pilihan termasuklah hidangan berasaskan kicap sememangnya ringkas disediakan dan boleh dipelbagaikan. RASA berkongsi resipi berasaskan kicap yang pastinya menepati cita rasa anda.
1. DAGING GORENG KICAP BERCILI
BAHAN-BAHAN:
400gm daging |hiris nipis
30ml kicap manis
10gm sos tiram
8 biji cili padi |ditumbuk kasar
4 ulas bawang putih|dicincang
3cm halia |dihiris nipis
1 labu bawang besar |potong bulat
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam, lada sulah dan serbuk kunyit ke atas daging. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan cili padi, bawang besar, kicap dan sos tiram.
Masukkan daging yang telah digoreng bersama daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
2. HATI AYAM KICAP PEDAS
BAHAN-BAHAN:
300gm hati ayam
45ml kicap manis
15 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah |dikisar
2 ulas bawang putih|kisar
1 labu bawang besar |potong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada hati ayam. Goreng garing dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bersama bahan-bahan kisar sehingga cili masak.
Masukkan bawang besar, hati ayam yang telah digoreng terlebih dahulu dan kicap. Kacau sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan garam boleh dikurangkan memandangkan hati ayam telah diperasa dengan garam ketika proses menggoreng
3. IKAN CELUP TEPUNG KICAP CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
5 ketul isi ikan merah
45ml kicap manis
10 biji cili padi|dikisar
5 ulas bawang merah |kisar
3 ulas bawang putih |kisar
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK:
Lumur sedikit garam dan lada sulah pada isi ikan. Salut isi ikan dengan tepung jagung kering dan goreng sehingga garing di dalam minyak yang banyak. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar sehingga cili menjadi masak.
Masukkan ikan goreng tepung dan kicap manis. Gaul sebati.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Penggunaan ikan merah boleh digantikan dengan menggunakan ikan jenahak atau ikan tenggiri
4. IKAN GORENG KICAP SAMBAL
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ikan kembung
3 sudu makan kicap manis
10 biji cili padi |dikisar
4 ulas bawang merah|dikisar
2 ulas bawang putih |dikisar
1 batang serai |dikisar
1 labu bawang besar|dipotong bulat
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan yang telah siap dikelar-kelar kemudian lumur sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng di dalam minyak yang banyak sehingga garing. Asingkan seketika.
Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
Tuangkan kicap dan tambah bawang besar, garam dan lada sulah secukup rasa.
Masukkan ikan goreng dan gaulkan sehingga sebati.
Info Chef: Penggunaan ikan kembung boleh digantikan dengan menggunakan ikan selar.
5. IKAN TONGKOL KICAP BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
4 ketul ikan tongkol
45ml kicap manis
20gm serbuk ketumbar
20gm serbuk jintan manis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang putih|cincang halus
1 labu bawang besar|dibelah empat
1 biji cili merah |dipotong serong
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumur ikan tongkol dengan sedikit garam dan digoreng sehingga garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan kicap. Didihkan seminit.
Masukkan ikan tongkol yang telah digoreng bersama bawang dan cili merah.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef: Ikan tongkol amat enak dimakan apabila ia digoreng bersama rempah
6. MACKEREL GORENG BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
5 ketul mackerel (dalam tin)
45ml kicap manis
15ml sos cili
1 labu bawang besar |potong bulat
2 biji cili merah |hiris serong
1 biji cili hijau |hiris serong
3cm halia muda|hiris nipis
2 ulas bawang putih |dicincang
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng ikan mackerel sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga wangi.
Masukkan bawang besar, halia, cili merah dan cili hijau.
Masukkan kicap manis dan sos cili.
Masukkan ikan mackerel goreng dan tambahkan garam dan lada sulah secukupnya.
Info Chef: Pastikan anda mengambil ikan mackerel tanpa kuahnya di dalam tin
7. SOTONG MASAK KICAP
BAHAN-BAHAN:
10 ekor sotong |bersihkan
1 batang lobak merah|potong baji
30ml kicap manis
4 ulas bawang putih|cincang
1 labu bawang besar|potong bulat
1 biji cili merah|potong serong
4cm halia muda|dihiris nipis
5gm serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Masukkan sotong, lobak merah dan kicap. Didihkan sehingga sotong menjadi lembut.
Tambah bawang besar, cili merah dan serbuk lada hitam.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
Info Chef:Pastikan sotong dibasuh bersih bagi mengelakkan ia tidak tahan lama
8. TAUHU TELUR BERKICAP
BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu telur
1 batang lobak merah |dihiris nipis
1 tangkai daun bawang |dipotong seinci
30ml kicap manis
3 ulas bawang putih |dicincang
1 labu bawang besar |dibelah empat
3cm halia muda|dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong tauhu telur menjadi kiub kecil lalu digoreng garing. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
Tuangkan kicap kemudian tambahkan lobak merah dan sedikit air.
Tambah daun bawang, garam, lada sulah secukup rasa.
Masukkan tauhu telur goreng dan gaulkan sehingga sebati sebelum dihidangkan.
Info Chef:Tauhu telur tidak boleh dimasak terlalu lama bagi mengekalkan tekstur dan bentuknya
9. UDANG KICAP BERHALIA
BAHAN-BAHAN:
4 ekor udang besar
45ml kicap manis
1 labu bawang besar |dipotong bulat
1 biji cili merah |dipotong serong
1 biji cili hijau |dipotong serong
4cm halia muda |dihiris nipis
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan udang dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak dan susun di dalam pinggan.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan halia.
Masukkan cili merah,cili hijau dan kicap.
Tambah garam, serbuk lada hitam dan lada sulah secukup rasa.
Tuang bahan tumisan kicap ke atas udang goreng dan siap untuk dihidangkan.
Info Chef:Pemilihan udang harimau amat sesuai untuk menu ini sebagai pelengkap rasa kicap yang masin dan udang yang enak
Duduk saja-saja, dapat kunyah kacang kegemaran pun boleh jadi ralit. Boleh beli tapi tak sesedap yang kita buat sendiri. Buat sendiri,puas hati. Modal tak sampai RM5.Lebih sedap kalau dah masuk peti sejuk kemudian baru makan bila salutan itu meresap dalam kacang. Kalau baru-baru lagi, dia tak cukup meresap.Ada juga yang letak ikan bilis. Nak bagi penambah rasa. Boleh olah ikut citarasa sendiri. Tapi macam gini je pun dah sedap.
Kacang Kuda Bahan-bahan:
Kacang kuda (rendam semalaman, lepas tu rebus sampai lembut dan toskan)
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
2 atau 3 potong cili kering
Daun kari (ikut suka nak berapa pelepah)
1 sudu bancuhan serbuk (kalau banyak, pahit)
Air
Garam
Cara-cara:
1.Tumis bawang merah, bawang putih sampai kekuningan.
2.Masukkan cili kering, daun kari. Kacau-kacau,
3.Masukkan bancuhan serbuk kari. Gaul sikit then masukkan air. Jangan banyak sangat, cukup untuk buat salut kacang. Bagi menggelegak, masukkan garam. Kacau-kacau, masukkan kacang. Gaul sampai sebati.. Lepas tu dah puas hati, tutup api, sejukkan. Kalau tak sabar, boleh ngap terus.
Kredit: atiqah zaki
ADA YANG NAK MEMBELI HAND BLENDER @ FOOD PROCESSOR, BOLEH LIHAT DI SINI.