Kuey teow goreng antara menu yang popular, untuk dihidangkan buat keluarga. Nampak ringkas tapi jangan buat main. Rasa dia sedap sangat.
Rasa macam kuey teow pasar malam pun ada juga ni. Nak ekstra special tambah telur mata goyang. Perghh makan sambil pejam matalah perginya.
Jom kita cuba resipi daripada Afy AL Habibi.
RESIPI KUEY TEOW GORENG BEST
BAHAN-BAHAN:
1 paket kuey teow | basuh & toskan 1 sudu besar cili kering kisar – beli online di sini Minyak cili 1 biji telur Taugeh Sawi Lauk pilihan (saya guna udang segar & isi ayam yang dipotong kecil-kecil)
Cili hijau | dipotong kecil-kecil – beli online di sini 1 sudu kicap cair 2 titik minyak bijan ½ sudu kecil sos ikan – beli online di sini Secubit gula *campurkan semua bahan dan kacau
CARA-CARA:
1. Tumis bahan kisar sampai garing. Kemudian, Masukkan cili kering kisar.
2. Optional untuk sedapkan lagi bau dan rasa, saya guna minyak cili adik Ben.
Ads
3. Masukkan lauk pilihan. Gaulkan sehingga semuanya sekata. 4. Pecahkan sebiji telur dan biar mengeras.
5. Kemudian, masukkan campuran semua kicap dan sos yang sudah disiapkan awal. Kacau sebati.
6. Masukkan kuey teow. Gaulkan bagi sebati dan sekata. 7. Perasakan dengan garam halus ikut citarasa sendiri (jika campuran sos tadi tidak masin). Kacau-kacau sambil besarkan api.
8. Masukkan pula taugeh dan sawi. Saya masukkan juga gula untuk seimbang semua rasa. Kuantiti ikut tekak sendiri. Selepas seminit dua, bolehlah tutup api. 9. Hidangkan bersama kicap cili potong, bawang jeruk dan keropok keping. Kalau ada cili jeruk laaaaagi sedap.
Bosan makan makanan berat boleh gantikan egg muffin untuk kenyangkan perut. Resepi ringkas egg muffin sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak dengan penyediaan yang mudah.
BAHAN-BAHAN:
Telur
Lada benggala
Daging kisar
Serbuk kari
Garam
Keju ( kalau nak letak )
Daun bawang
**Kalau nak lagi sedap, boleh jugak guna tauhu telur. Kisar sekali dengan isi ayam. Boleh juga guna udang dan sotong. Ikut citarasa.
CARA MEMASAK:
1. Tumis daging kisar hingga garing. Kemudian masukkan serbuk kari, garam dan daun bawang. Ketepikan.
2. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang muffin. Kemudian masukkan lada benggala.
3. Letakkan daging kisar yang telah dimasak tadi. Kemudian masukkan keju.
4. Tuang telur yang telah dipukul. Tabur daun bawang dengan secukupnya.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-24 minit atau sehingga muffin masak.
Bila badan rasa tak sihat, nafsu makan juga turun. Serba tak kena, semua yang dimakan terasa pahit. Apa kata buat sup lada hitam.Bila hirup sup ni panas-panas , gerenti berpeluh badan.Sup ni bukan untuk orang tak sihat saja, orang yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan. Lagi-lagi mereka yang nak berdiet. Kalau rasa demam, batuk, selsema bolehlah hidangkan sup ni. Orang sedang berpantang pun boleh makan sup ni. Paling best sup ni TANPA minyak.
SUP TANPA MINYAK
Bahan-bahan:
Ayam
Bawang putih
Bawang merah
Serai
Lada hitam kasar
Garam & gula
Cara membuat:
1.Tumbuk kasar bahan-bahan, satukan semua dengan ayam.
2.Kemudian didihkan saja.Dah la mudah, sedap pula tu
Tip : Didihkan dengan api perlahan hingga ayam tu masak.Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil.Nak tambah lada putih pun boleh.Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangan guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza pula.
Terung adalah sayur jenis buah yang selalu jadi sebagai lauk pelengkap dalam hidangan. Namun korang tahu tak yang sayur terung boleh jadi lauk utama. Ada lauk sambal terung ni, sudah cukup enak kalau nak dimakan dengan nasi atau lempeng.
Resipi ini RASA kongsikan daripada seorang ibu anak tujuh yang selalu memasakkan lauk sambal terung ini untuk keluarganya. Menjadi lauk kegemaran seisi keluarga, resipinya ringkas namun menambat selera.
SAMBAL TERUNG
BAHAN-BAHAN
1 batang terung (dikerat 3 inci)
Minyak masak
3 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
1 inci halia
5 sudu besar serbuk kari
4 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dan goreng terung sehingga layu. Angkat dan ketepikan.
2. Kisar bawang merah kecil, bawang putih, ikan bilis dan halia dengan sedikit air sehingga halus.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan sehingga airnya agak kering. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.
4. Setelah air agak kering, baru masukkan minyak masak. Tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan serbuk kari. Tumis lagi sehingga naik minyak.
6. Perasakan dengan gula dan garam.
7. Apabila sudah betul-betul masak, masukkan terung. Ratakan dan angkat.
8. Sedia dihidang.