Anda gemar makan pizza, kekacang dan manisan, apakata beralih selera kepada snek Arab pula. Jika anda penggemar daging, rempah ratus mahu pun sajian yang manis semuanya ada dalam menu kudapan dan manisan Arab ni.
Sajian Arab memang kaya dengan penggunaan rempah ratus , kekacang dan ramuan makanan sunnah. Jom teroka selera.
1. MANAKKISH
BAHAN-BAHANNYA :
- 1 keping roti pizza
- 10 gm zaitun hitam | dicincang halus
- 10 gm bijan
- 1/2 biji cili benggala hijau dan merah | dihiris hiris
- 1 biji tomato | dipotong bulat
- 3 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh garam
CARA MEMASAK :
1. Campurkan minyak zaitun, zaitun hitam yang telah dicincang tadi ke dalam mangkuk adunan.
2. Kemudian lenserkan minyak zaitun ke atas roti pizza dan taburkan kesemua bahan campuran tadi ke atas roti pizza tadi.
3. Akhir sekali hiaskan dengan cili benggala dan tomato di atas inti yang telah ditabur ke atas roti pizza tadi.
4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 180 c.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Sajian Arab untuk sarapan dan minum petang
Keistimewaan : Gabungan zaitun dan bijan yang enak
Info Chef : Sesuai untuk mereka yang gemarkan ‘topping’ bukan daging. Sajian berkhasiat tanpa lemak atau rendah lemak.
2. HUMMUS
BAHAN-BAHANNYA :
- 450 gm kacang kuda
- 1 ulas bawang putih.
- 1 biji jus lemon.
- 1 sudu teh jintan putih.
- 3 sudu makan tahini.
- 3 sudu makan minyak zaitun.
- 1 sudu teh garam.
Bahan hiasan :
- 1 sudu teh serbuk paprika
- Sedikit herba dill
- 1 sudu teh minyak zaitun.
CARA MEMASAKNYA:
1. Rebus kacang kuda sehingga masak. Perlu menggunakan kacang kuda yang kering dan direbuskan sehingga empuk.
2. Kemudian kisar kacang kuda bersama, bawang putih, jintan putih.
3 .Setelah dikisar perahkan jus lemon.
4. Campurkan tahini, minyak zaitun dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali hidangkan hummus dan hiaskan dengan serbuk paprika, dill dan minyak zaitun.
6.Boleh dimakan bersama roti arab.
Saiz hidangan : 4-5 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Rebus
Jenis masakan : Sajian Arab
Keistimewaan : Boleh menjadi inti sandwic (roti Arab) atau dimakan begitu sahaja
Info chef : Tahini adalah pes yang dibuat dari serbuk bijan . Ia adalah bahan utama dalam masakan hummus
3. BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
- 500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
- 250 ml air
- 250 gm gula
- 50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
- 8 gm serbuk penaik
- 10 gm serbuk kulit kayu manis
- 1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
- 350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
- 300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK :
1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati.
2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja.
3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar.
4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja.
5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya)
6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan.
7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius.
8. Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm)
9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan.
10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi.
11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping
Masa memasak: 1 jam 40 min
Jenis masakan : Manisan
Cara memasak : Bakar
Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
4. MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
- 1000 ml susu segar
- 80 gm tepung jagung
- 60 ml air
- 2 ml blossom water (esen dari bunga)
- 5 ml air mawar
- 100 gm gula
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
- 100 ml krim putar
- 100 gm kacang pistachio
- 5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api.
2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu.
3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit.
4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit.
5. Perlahankan api selama lima minit.
6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan.
7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai.
8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas
9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu)
Masa memasak : 1 jam 30 min
Jenis masakan : Puding
Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk
Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI