Biskut Raya memang istimewa dihidang tetamu, tak payah tunggu raya pun.  Satu balang boleh habis tu sambil duduk bersantai depan tv. Senang dibuat dan tahan lama, inovasi baru biskut perisa coklat dari sentuhan kreatif Zaiton Ismail pemilik Dyra Bakery & Academy ini memang patut dicuba.

 

Rangup, enak dengan bentuk dan rupa yang menarik,jom semak 5 biskut berasaskan koko dan coklat ini. Boleh dibuat jualan masa puasa nanti.

1.DAISY CHOCOLATE COOKIES

5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 110 gm gula aising
  • 50 gm tepung ubi | diayak
  • 20 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 gm tepung jagung | diayak
  • 50 gm tepung kastad | diayak
  • 1 sudu teh perisa coklat
  • 1 biji telur

Bahan hiasan :
Manik gula warna perak secukupnya

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung, adunkan menjadi doh.
4. Kemudian masukkan doh dalam acuan berbentuk bunga dan tekan di atas dulang pembakar yang telah digriskan dengan mentega.
5. Susun manik sebiji di atasnya.
6. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celsius selama 15 minit

INFO : Biskut ini mudah rapuh dan lembut berderai kerana penggunaan tepung jagung dan kastad.

2.CRANBERRIES CHOCOLATE CORN FLAKES COOKIES

5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

IKLAN
  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula perang
  • 1 biji telur
  • 350 gm tepung gandum | diayak
  • 30 gm serbuk coklat | diayak
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 50 gm corn flakes | diramas
  • 30 gm cranberi | dipotong kecil

Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.

INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.

3.DYRA RAISIN COOKIES 

5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula perang
  • 1biji telur
  • 50 gm serbuk coklat | diayak
  • 300 tepung gandum | diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kismis hitam campur kismis kuning

Bahan hiasan :
Coklat putih cair dan kismis kuning secukupnya

IKLAN

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
3. Putar lagi dan masukkan tepung gandum.
4. Kemudian masukkan serbuk coklat diikuti dengan kismis.
5. Adun menjadi doh lembut
6. Bulatkan dan susun atas dulang pembakar.
7. Panaskan oven dengan suhu 170 darjah celcius hingga perang keemasan, selama 18 minit.
8. Apabila sejuk hiaskan dengan coklat putih dan kismis di atasnya.

INFO : Anda boleh menambah kacang walnut atau jenis kacang lain untuk rasa lebih rangup.

4. BROWNIES COOKIES

5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

BAHAN- BAHAN :

  • 200 gm mentega
  • 300 gm tepung gandum | diayak
  • 50 gm serbuk koko | diayak
  • 100 gm perang
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 20 gm coklat cip
  • 1biji telur

Bahan hiasan :

IKLAN
  • Cip coklat secukupnya
  • Coklat cair untuk dipaipkan atas biskut

CARA MEMASAK :
1. Cairkan mentega, kemudian masukkan gula perang dan telur.
2. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk penaik, gaul rata.
3. Adunkan menjadi doh dan terap mengikut acuan yang disukai.
4. Hiaskan dengan cip coklat.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 18 minit.
6. Sejukkan di atas redai, dan paipkan dengan coklat .

INFO : Jika mahukan rasa yang rangup bakar lama sedikit 18-20 minit, dan jika mahukan rasa ‘chewy’ pendekkan masa membakarnya kepada 15 minit

5. BUBBLE RICE COOKIES

5 Resipi Biskut Coklat , Boleh Masuk Dalam Senarai Biskut Raya Untuk Jualan.

BAHAN-BAHAN :

  • 150 gm mentega
  • 80 gm gula perang
  • 1 biji telur saiz C
  • 30 gm serbuk koko | diayak
  • 30 gm coklat masakan | dicairkan150 gm tepung gandum | diayak
  • 100 gm bubble rice @ bertih beras

Bahan hiasan :

  • Coklat warna merah muda yang dicairkan untuk paip atas biskut

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang.
2. Masukkan telur dan kemudian masukkan tepung gandum,
3. Kemudian masukkan coklat masakan yang telah dicairkan diikuti serbuk koko.
4. Kemudian masukkan berteh beras, adunkan menjadi doh.
5. Bulat-bulatkan dan susun dalam dulang
6. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius dan bakar selama 15- 17 minit
7. Setelah biskut sejuk paipkan dengan lorekan coklat.

INFO  : Berteh beras dan koko memberi gandingan rasa yang cukup sedap dan pasti digemari tetamu.

Terima kasih :Dyra Bakery & Academy,15- 1 Jln Elektron E U16/E, Denai Alam, Shah Alam.

                          fb: nurdyracookies house, fb :Kzis Zis Zaiton Ismail  

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI