Sedapnya Popia Sayur Daging Burger ni. Sangat mudah dan senang disediakan. Sesuai sangat dijadikan hidangan minum petang untuk keluarga. Cicah dengan sos, lagilah nikmati.
Tak perlu lagi pening fikir kudapan untuk keluarga. Masak menu mudah ni sahaja sudah cukup. Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosni Musa ni. Pasti puas hati.
Saiznya yang comel dan berwarna warni memang menarik perhatian. Apam comel ini lebih sedap kerana mempunyai filling dan bentuknya pun kecil sebesar ibu jari buat ketagih nak makan.Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 50 biji.Jangan biarkan adunan ini terlalu lama terdedah di luar sebelum dikukus, nanti apam anda akan menjadi keras. Ramai juga menjana pendapatan dengan berniaga apam ni, bolehlah cuba nanti.
Apam comel ( polkadot) Bahan-bahan: 4 biji telur gred A (dari peti sejuk) 280 gm tepung gandum 220 gm gula halus 150 ml susu segar/ susu cair (dari peti sejuk) 3 sudu kecil baking powder 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla pewarna filling blueberry/ strawberry Paper cup
Cara membuat: 1.Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga kembang dan menjadi putih dan pekat kalau dicedok seperti bertanduk. 2. Ayak tepung bersama baking powder. 3. Masukkan tepung berselang seli dengan susu, (tepung + susu + tepung + Susu + tepung) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati. 4.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna. 5. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. 6. Masukkan paper cup ke dalam acuan lompang. 7.Picitkan adunan ke dalam paper cup (setengah/separuh sahaja). Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan). 8.Picit lagi adunan sama warna sehingga hampir penuh. Buat corak yang disukai pakai warna yang berbeza. 9. Kemudian panaskan pengukus, setelah air betul-betul mendidih kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.( Jika api besar apam akan merekah)
Roti jala menjadi kesukaan ramai. Bagi mendapatkan tekstur yang lembut dan sedap ramai yang gagal. Mungkin adunan ada yang terlalu cair atau pekat. Menerusi perkongsian resepi Azwa Mohtar ada disertakan cara-cara serta sukatan yang standard. Ikut langkah ini gerenti menjadi elok roti jala anda.
Roti Jala
Bahan-bahan: 1 kg tepung gandum 1 sudu besar majerin 1 sudu besar garam halus 1 sudu kecil pewarna kuning telur 1.7 liter air biasa
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan dan kisar hingga halus. Pastikan tidak berketul supaya adunan tidak tersumbat di dalam acuan. Tapis adunan jika perlu.
2. Panaskan kuali non stick dan tebar roti jala menggunakan acuan.
Keledek ada yang warna kuning, ungu dan putih namun khasiatnya adalah sama. Keledek kaya dengan pelbagai manfaat kesihatan dan dikatakan antara yang terbaik berbanding keluarga ubi yang lain. Kandungan karbohidrat,Vitamin A, B6, C, Kalium, yang ada dalam sebiji keledek dikatakan mampu menghalang penyebaran toksin dan radikal bebas di dalam tubuh.
RASA berikan tiga resipi manisan berasaskan keledek yang boleh anda cuba dan mendapat khasiatnya.
TALAM KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
LAPISAN BAWAH:
500 gram keledek ungu | kukus
2 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung ubi
3/4 cawan gula pasir
1 liter santan
1 sudu teh garam halus
LAPISAN ATAS:
100 gram tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
1 liter santan dari sebiji kelapa
2sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur.
Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
Tapiskan ke dalam periuk.
Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api
Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garapu.
Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi.
Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus.
Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
3 cawan keledek yang telah direbus
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka | potong dadu kecil
2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut.
Tambah sedikit air jika perlu.
Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula.
Bembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi.
Onde-onde sedia dihidangkan.
BUBUR KELEDEK PELANGI
BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
500 ml santan
150 ml susu cair
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
Cucu sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
Sebelum angakat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...