Bagi yang menggemari asam pedas, pastinya akan turut menyukai Kuah Lada Kelapa Bakar ini. Masakannya hampir menyerupai seperti asam pedas Melaka, tetapi uniknya ada kelapa bakar. Aromanya memang menawan selera.
Bagi Durrani Damar yang sudi berkongsi resipi Kuah Lada Kelapa Bakar ini, menurutnya ini adalah kali pertama dia memasak menu ini. Katanya, orang Melaka panggil masakan ini Kuah Lada. Rasanya tidak sama seperti asam pedas biasa. Memang luar biasa sedap dan istimewanya kerana ada kelapa bakar. Jom kita cuba buat.
Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih. Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.
Ikan Yang Sesuai
Sebaiknya pilih ikan laut seperti ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.
Pastikan Ikan Segar
Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.
Bersihkan Ikan
Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya pada ikan air tawar.
Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus
Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.
Selepas Sup mendidih Baru Masukkan Ikan
Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh. Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah cuba makan ikan lengat? Ha…bagi yang biasa, pasti tahu macam mana seleranya kalau makan lauk ni kan? Kalau orang pantai timur, Iakn Lengat ni dikenali dengan nama ikan rebus atau ikan kukus. Ada rasa masam-masam masin sikit. Memang sedap! Nak cuba? Jom lihat bahan-bahannya.
IKAN LENGAT HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1/2kg ikan temenung lemak – boleh juga guna ikan kembung atau sardin
4 sudu makan garam – lebihkan 3 kali ganda jumlah garam yang kita guna untuk ikan goreng biasa
10 keping asam gelugur/ keping – ikut selera masing-masing nak masam atau tak
CARA MEMASAK:
1. Siang ikan dan bersihkan. Kemudian perap bahan-bahan diatas bersama ikan selama 1 jam.
2. Susun dalam periuk kukusan dan kukus sehingga ikan masak.
3. Bila dah masak, simpan ikan dalam bekas tertutup. Simpan dalam peti sejuk.Lagi lama disimpan, lagi sedap dan masam. Ikan ini tahan lama.
4. Bila nak digoreng, jangan letak garam atau serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sahaja.
5. Selain goreng, ikan lengat ni sesuai juga dimasak sambal atau masak asam.
Masak asam pedas mungkin ramai yang dah tahu tapi untuk menjadikan rasanya sedap, kuat pekat cukup rasa masam dan pedas tak semua ada kemahiran ini.
Biasanya kena cuba buat berulang kali barulah dapat rasa yang sedap seperti diingini. Tapi kalau nak cara pantas boleh ikut cara masak asam pedas yang sedap dikongsi Siti Nor Azizah Rahim.
Asam pedas yang dihasilkan memang kaw malah isi ikan pun terasa sedapnya. Ini kerana cara menyediakankan ikan untuk menu ini pun sedikit berbeza.
Resipi asam pedas betul-betul kaw
Bahan-bahan:
Ikan kembung/jenahak/pari/siakap/parang
Kunyit hidup
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
2 batang serai (dititik)
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Bendi & tomato
Garam
Daun limau purut/daun kesum/bunga kantan
Cara membuat:
Pertama sekali basuh bersih ikan kemudian lumur dengan kunyit hidup yang ditumbuk. Inilah yang buat rasa ikan asam pedas jadi lagi sedap terutama bila diratah.
2.Halia, bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup sikit (dikisar)
3.Cili kering dikisar (kalau nak kuah pekat kena letak banyak, baru kuah jadi umphhh).
4.Lada hitam biji tumbuk (kalau tak suka pedas tak perlu guna). Masukkan juga serai yang dititik.
5. Tumis bahan di atas dengan minyak. Minyak kena banyak baru cili jadi cantik. Tumis sampai naik bau dan cili bertukar warna gelap.
6.Selepas itu masukan air asam jawa. Jangan terlebih air nanti kuah jadi cair dah tak sedap.
7. Bila mendidih kecilkan api baru masukkan ikan satu-satu. Biarkan ikan masak sempurna. Kemudian masukkan pula bendi dan tomato pula.
8.Tabur sedikit garam pada kuah. Jangan banyak garam sebab ikan tadi dah dilumur dengan garam.
9.Tabur lah daun limau purut/daun kesum atau bunga kantan supaya aromanya harum.
Tauhu Wrap Daging ialah pilihan high protein low carb yang mudah, cepat dan sedap. Ketahui cara membuat wrap sihat ini dengan langkah ringkas dan rasa penuh padu!