Sedapnya masak lemak cili padi tak kisahlah bahannya sayur,ikan, daging atau seafood ia memang sedap, Bagi anda yang memang ‘gemar’ tentu tidak ada istilah jemu menghadap masak lemak cili padikan, kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya. Memang terbaiklah, tak percaya korang cuba empat menu yang RASA share ni .
1. PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang emas muda | buang kulit ari dan belah dua
500ml santan pekat
50gm ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
Renehkan atas api sederhana.
Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
2. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
Ads
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas | potong tiga segi
4 ekor ikan masin sepat | goreng
500 ml santan pekat
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk dan celur nanas seketika. Angkat dan tos.
Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nanas dan ikan masin.
Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api.
Gulai nanas sedia dihidangkan.
3. PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun dan hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
Kacau rata, masukkan pula Asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
4. GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging salai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
1kg santan pekat
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
Ads
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
Renehkan di atas api sederhana.
Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Gulai daging salai sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK, JOM LAYARINYA DI SINI.
Hajat di hati nak buat sambal bilis cili padi yang rangup, tapi bila dah masak dan biar lama jadi lembik pula. Walhal ikan bilis sudahpun digoreng garing.
Nak pastikan sambal ikan bilis kekal rangup ada cara yang perlu dilakukan. Kalau ikut tip Nurulnabila Zaidi, mudah saja. Katanya elakkan masuk bawang merah dalam bahan tumis, hanya gunakan bawang putih saja. Cara ini ujarnya sambal ikan bilis akan rangup sampai seminggu.
Rahsia sambal ikan bilis kekal rangup sampai seminggu
Resipi sambal bilis rangup paling senang cara saya. Ikan bilis akan rangup sampai seminggu, rahsia dia jangan pakai bawang merah. Kalau nak pakai juga kena tumis sampai betul-betul garing okay.
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang putih
Cili api merah & hijau
Garam
Serbuk perasa
Asam keping
Cara membuat:
1. Tumbuk cili padi dan bawang putih. Sebaiknya tumbuk lumat.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Tumiskan bawang putih sampai garing kemudian masukkan cili api.
4. Pastikan betul-betul garing, tumis sampai cili masak. Masukkan garam, serbuk perasa dan asam keping. Gaul rata.
Ramai teruja membeli petai bila melihat yang segar dan ‘bermata’ besar. Terus beli dalam jumlah banyak untuk dijadikan stok.
Tapi pastikan cara simpan petai ini betul supaya tahan lama dan kekal segar. Jika ikut perkongsian Mohd Syafiq Ahmad Khasisi ini, petai yang disimpan tetap segar macam baru kupas walaupun dah lebih sebulan dalam peti. Ini caranya.
Tip simpan petai supaya tahan lama dan kekal segar macam baru kupas
Kupaslah petai satu demi satu. Belas mata petai supaya jika ada ulat atau rosak boleh di buang terus.
2. Buang kulit dan selaput putih yang ada pada biji petai.
3. Masukkan dalam plastik kecil, bahagikan setiap plastik sekali masak.
5. Ikat dengan getah plastik tersebut dan letak dalam peti sejuk bahagian beku & frozen.
6. Petai akan membeku, kalau tengok gambar di bawah dah lebih sebulan petai masih nampak segarkan.
7. Rendamkan dahulu biji petai yang beku dalam mangkuk sekejab sebelum masak.
Sebut sahaja ayam tandoori, terbayang keenakan hidangan ini. Nyum!!! Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan untuk digandingkan bersama. Memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kena pula dengan hirisan bawang serta sedikit perahan limau nipis, perghhh..memang padu! Jika dibeli, harganya pastinya agak mahal. Oleh itu, boleh cuba buat sendiri di rumah secara homemade. Lebih bersih dan boleh makan puas-puas.
BAHAN A:
4 keping paha ayam ( whole leg) | basuh, buang kulit & kelar kasar
2 sudu makan minyak masak
BAHAN B:
1 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan jus limau nipis atau lemon
BAHAN C:
6 sudu teh yogurt asli ( pekat)
2 sudu teh campuran pes halia bawang putih | 5 ulas bawang putih dan 3cm halia yang dikisar lumat.
2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh pewarna merah
CARA MEMASAK:
Satukan bahan B hingga sebati dan lumurkan pada ayam. Pastikan sapu rata pada kelaran dan isi ayam keseluruhan. Perap seketika.
2. Dalam bekas berlainan, campur semua bahan C. Pastikan campuran pekat sedikit dan jangan tambah air.
3. Lumur campuran bahan C pada ayam. Masukkan 2 sudu makan minyak masak. Perap semalaman ataupun paling kurang 4 jam sebelum dibakar.
Untuk membakar Ayam Tandoori, biasanya di kedai, ia akan dibakar di dalam tandoor ( dapur khas untuk membakar yang menyerupai tempayan besar). Jika tiada, boleh gunakan ketuhar.Caranya ialah:
Susun hirisan lobak merah atau saderi di permukaan dulang pembakar. Ia bertujuan ayam yang dibakar nanti tidak melekat pada dulang dan membina ruang diantara dulang dan isi ayam kerana ayamakan mengeluarkan air yang banyak sewaktu dibakar.
Bakar ayam tandoori tadi pada suhu 230C selama 25-30 minit.
Semasa membakar, selepas 20 minit pertama, periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di permukaannya. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada saiz ayam yang digunakan juga jenis ketuhar.
Sekiranya ada pemanggang, setelah ayam masak bolehlah dipanggang seketika bagi mendapatkan kesan terbakar / hangus pada permukaan isi ayam tandoori.
Angkat, sedia untuk dinikmati mengikut citarasa masing-masing.
Info: Selain dinikmati bersama roti naan, ayam ini juga sesuai dihidangkan bersama nasi. Untuk memudahkan proses memasak, anda juga boleh hasilkan perapan lebih awal.
Sabun pencuci pinggan antara yang wajib ada di dapur. Tanpa pencuci ini memang akan melekat minyak dan kotoran pinggan mangkuk, cawan serta periuk belanga.Lagi...