Dah makan lauk pauk raya mesti sedap kan kalau ada hidangan kek sebagai pencuci mulut. Kek vanila keju leleh dan kek keju Oreo memang legend dan melengkapkan hidangan. Petang-petang menonton rancangan istimewa Hari Raya sambil menikmati kek memang sedaplah.
Berkrim dan lazat ni dia dua kek keju dari Adriana Cakes House. Memang lembut dan berkrim sedap.
KEK VANILA KEJU LELEH
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek vanilla span:
150gm tepung superfine 150 gm gula kastor 5 biji telur gred A 1 sudu besar ovalet 1 sudu kecil serbuk penaik | diayak 80 ml susu segar 80 ml minyak jagung 1 sudu teh esen vanilla
Ads
Bahan ‘topping keju leleh :
250 gm keju krim 1 cawan susu pekat 1 cawan non dairy whipping cream Parutan keju cheddar | sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Kek vanilla span :
Satukan tepung, gula, telur, ovalet dan baking powder. Pukul selama 5 minit.
Perlahankan mixer, masukkan susu segar dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga adunan kembang dan gebu.
Matikan mixer, masukkan minyak jagung dan gaulkan secara kaup balik.
Sediakan loyang pembakar bersaiz 20 sm inci (disapu mentega serta dialas bahagian bawah loyang pembakar. Masukkan adunan dan hentakkan sedikit adunan.
Bakar kek pada suhu 170 darjah selama 25-30minit.
Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan biarkan selama 1 minit (bertujuan supaya kek tidak mengecut dan turun).
Selepas itu terbalikkan semula loyang dan keluarkan kek.
Topping krim keju :
Satukan keju, susu pekat dan non dairy whipping cream dan kacau sebati.
Tuang adunan kejue ke atas kek vanilla tadi.
Hiaskan atas kek dengan parutan keju cheddar. Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg) atau empat segi
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak : Bakar
Keistimewaan: Lemak dan berkrim menepati selera pencinta keju
INFO CHEF : Setelah kek masak perlu segera diterbalikan dari loyang dan dikeluarkan dari loyang untuk mengelakkan kek mengecut.
KEK KEJU OREO
Bahan-bahan
Bahan dasar kerak :
80 gm biskut oreo | telah di asingkan intinya 50 gm mentega | yang dicairkan
Bahan krim keju :
Ads
250 gm krim keju @ cream cheese 200 gm non dairy whipping cream 150 gm yogurt biasa 50gm gula kastor 15 gm gelatin 60 ml air panas 50 gm serbuk oreo dan sedikit biskut oreo sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
Dasar kerak:
Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang spring form 18cm. Alas loyang dengan pembalut plastik atau kertas minyak supaya senang untuk dikeluarkan.
Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padatkan.
Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit hingga sejam.
Kek krim keju :
Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. Pukul krim keju cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu.
Masukkan yogut dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
Gunakan spatula, masukkan serbuk oreo dan kacau sedikit. Tidak perlu kacau sebati.
Tuang separuh adunan ke dalam loyang biskut tadi. Letakkan beberapa keping biskut oreo dan tuangkan baki adunan cheese di atasnya.
Sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat 20 sm ( 2 kg)
Waktu memasak: 40 minit
Cara Memasak :Gelatin panas dan didinginkan dalam peti sejuk
Ads
Keistimewaan: Biskut oreo memberi kelainan rasa pada kek keju
INFO CHEF : Balut dasar loyang pembakar menggunakan plastik pembalut untuk memudahkan kek dikeluarkan dari loyang pembakar.
Ayam Bakar Ala Dominos. Sedap juga kalau makan ayam ni sementara masih cuti sekolah ni. Sesuai sangat kalau nak buat hujung minggu ni. Menggunakan bahan ringkas, tak perlu keluar belanja mahal boleh buat di rumah dan makan sampai puas dengan anak-anak. Diperap dengan bahan-bahan yang biasanya ada di rumah, hasilnya penuh perasa dan berjus. Jom cuba resipi Ayam Bakar Ala Dominos seperti yang dikongsikan Kuali Kak Has
AYAM BAKAR ALA DOMINOS
BAHAN-BAHAN:
Drummet ayam 2 ulas bawang putih – tumbuk 2 sudu besar gula – beli online 1 sudu besar garam – beli online 1 sudu besar marjerin – beli online 1 sudu besar serbuk cili 5 sudu besar madu – beli online 5 sudu besar sos cili – beli online 5 sudu besar sos tiram – beli online 3 sudu besar sos masam manis 1 sudu besar lada hitam
CARA MEMBUAT:
1. Bersihkan ayam dan masukkan semua bahan. Satukan dan gaul sebati.
2. Masak di dalam kuali sehingga sos pekat dan ayam separuh masak. Tujuannya supaya ayam lebih berasa.
3. Lapikkan aluminium foil dan susun ayam di atasnya. Tuangkan sos di atasnya.
4. Bakar di dalam oven selama 40 minit pada suhu 180c.
5. Beginilah hasilnya. Nampak begitu menyelerakan. Bolehlah dihidangkan panas-panas.
Pau kampung kukus atau pau kukus homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Ada resipi mudah yang boleh anda cuba. Tak perlu beli lagi kerana anda boleh hasilkan sendiri pau kampung kukus yang sedap dan pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ain Khamis. Pasti puas hati.
CARA MEMASAK: 1.Satukan semua bahan dan uli hingga sebati menggunakan mixer atau bread maker. Boleh juga uli menggunakan tangan. 2. Bila adunan sudah sempurna diuli, timbang doh seberat 25gm setiap satu dan bulatkan / rounding cantik-cantik.
3. Biarkan doh dalam 15 minit kemudian letakkan inti yang disukai. Boleh guna inti kaya, kari ayam, kacang merah, sambal bilis, sambal sardin dan bermacam-macam lagi. Bulatkan kembali doh.
4. Biarkan doh mengembang sekali lagi dalam 40 minit kemudian barulah dikukus selama 8 minit.
5. Pau Kampung yang sedap, lembut dan gebu sedia untuk dinikmati.
INFO:
Berat doh 25gm akan dapat 24 biji pau saiz kecil.
Penggunaan shortening atau lemak sayuran adalah bertujuaan untuk memutihkan pau. Kalau guna marjerin, doh pau agak kekuningan .
Mi udang memang sangat sedap. Rasa pedas cili dan manis udang tu membuatkan mi udang selalu menjadi perhatian. Buat sendiri mi udang untu berbuka puasa boleh bangkit selera seisi keluarga.
RASA kongsikan resipi mi udang. Boleh cuba buat untuk berbuka puasa nanti. Mi udang menjadi kesukaan bagi mereka yang gemar makan makanan laut. Rasa udang yang manis-manis disertai dengan pedas kuah mi itu sangat menghantui. Kalau kita boleh masak sendiri, mesti lebih puas makan.
MI UDANG PEDAS MANIS
BAHAN-BAHAN
Udang secukupnya
Kepala udang direbus untuk jadikan stok
Sebiji kentang
Sebiji keledek sederhana besar
Garam
Gula
Mi kuning secukupnya
BAHAN KISAR
Segenggam cili kering
3 ulas bawang putih
2 inci halia
7 biji bawang merah
1 sudu besar pes tomyam
2 peket udang kering
BAHAN HIASAN
• daun bawang
• bawang goreng
• cili merah dan hijau
• telur rebus
• limau nipis / kasturi
CARA MEMBUAT
1. Rebus kepala udang. Dapatkan 1 mangkuk sederhana stok udang. Ketepikan.
2. Rebus kentang dan keledek. Kisar halus dan ketepikan.
3. Kisar semua Bahan Kisar. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan stok udang. Masak lagi sehingga mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
6. Masuk keledek dan kentang yang sudah dikisar tadi.
7. Tambah air jika perlu. Bila dah didih baru masukkan udang. Biarkan mendidih dan matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Letakkan mi yang sudah dicelur ke dalam mangkuk.
2. Tuangkan kuah.
3. Hiaskan dengan Bahan Hiasan.
4. Sedia dinikmati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...