Lauk singgangsangat ringkas dan mudah dimasak. Bagi anda yang gemarkan lauk pauk berkuah yang tidak menggunakan santn atau rempah, singgang ni memang sesuai dan kena dengan selera. Nak cuba? Ni ada resipi mudah. Resipi Singgang Ikan Selar ini adalah perkongsian dari saudari Nana Sabrina Sarsan yang diambil dari ibunya sendiri. Bila dah resipi mak-mak ni, memang padu rasanya. Dapat pula makan bersama dengan budu, sambal belacan, ulam-ulaman dan ikan goreng. Memang tak ingat dunia la jawabnya. Jom cuba!
RESIPI SINGGANG IKAN SELAR SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: 2 ekor ikan selar – belah dua Garam secukupnya Perahan air asam jawa secukupnya – beli online disini Air secukupnya 1 biji bawang merah saiz besar – hiris – beli online disini 2 ulas bawang putih – hiris – beli online disini 1 batang serai – ketuk 1 inci halia 1/2 inci kunyit Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini 1 sudu teh minyak masak Tomato (optional) Cili merah dan cili padi (optional)
CARA MEMASAK:
Ads
1. Bersihkan ikan dan potong dua.
2. Dalam periuk bersesuaian, campur semua dan didihkan guna api perlahan selama 20 minit.
3. Bila ikan kelihatan masak, angkat dan Singgang Ikan Selar sedia untuk dihidang.
Warna pada kek lapis mengundang selera juga tidak kecewa dengan teksturnya yang lembut menyentuh lidah. Kek lapis ini agak istimewa kerana lapisannya adalah campuran nescafe dan krim cheese. Aroma bau nescafe dan rasa lemak manis pasti memikat rasa.
Kek Lapis Nescafe Cheese
Bahan bahan
500gram mentega
10 biji telur
1 sudu makan ovalet
1 sudu besar esen vanilla
1 1/2 gelas gula halus(210gram)
500gram cream cheese
200gram coffee mate
100gram horlicks
2 1/2 gelas tepung gandum(275gram)
1 tin rendah susu pekat manis
3 sudu besar serbuk nescafe bancuh dengan
250ml susu cair dan tapis
1.Putar gula, ovalet,mentega dan esen vanila sampai kembang.
2.Masukan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat dan cream cheese.
3.Putar sampai betul betul sebati. Masukkan pula coffee mate dan horlicks.
4.Gaul sebati guna senduk atau spatula.
5.Kemudian masukkan susu cair & nescafe yang sudah dibancuh dan ditapis tadi. Gaul sebati .
6.Akhir sekali masukkan tepung. Gaul menggunakan senduk atau spatula sampai sebati. Bahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian 1 warna asal
Bahagian 2 warna kuning
Kukus berlapis lapis bergantung banyak mana lapisan yang dimahu.. Saya mengambil masa lebih kurang 5 jam waktu mengukus..
Loyang 9×9
Selamat mencuba
Kredit Resepi : eijarn aziean angah
10 resipi masakan sayur pembuka selera, cepat dan mudah. Sayur memang sedap jika digandingkan dengan makanan berlauk. Walaupun lauk ‘simple’, tapi bila digandingkan dengan masakan sayur, memang ngam.
Setiap hidangan sama ada makan tengah hari atau malam, wajib ada satu menu sayur-sayuran. Kalau tak ada menu sayur-sayuran, seolah-olah tidak lengkap hidangan.
Tapi, bosan juga kalau asyik nak makan menu yang sama setiap hari terutamanya kalau menu yang berasaskan sayur-sayuran. Jadi, RASA kongsikan 10 resipi masakan sayur pembuka selera yang cepat dan mudah dimasak. Selamat mencuba!
CENDAWAN TIRAM BUTTERMILK
BAHAN-BAHAN:
Cendawan tiram
Tepung goreng serbaguna
4biji cili padi
2 ulas bawang putih
3 ulas sudu makan butter
1 tin susu cair
Daun kari
garam
1 keping keju
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KANGKUNG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
Kangkung
2 biji bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
3 biji cili merah dikisar
5 biji cili padi dikisar
3 sudu makan udang kering dikisar
belacan
garam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KAILAN CRISPY
BAHAN-BAHAN:
Sayur kailan (kuantiti ikut selera)
Minyak masak secukupnya
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
Garam
Gula
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
BENDI UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
4 ulas bawang putih
8 biji bendi
2 sudu besar udang kering
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh gula
Air secukupnya
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KAILAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
sengenggam ikan bilis
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kiub pati ikan bilis
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 ikat kailan
5 biji cili api merah
air secukupnya
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
KOBIS DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
1 biji kobis manis
3 ulas bawang putih | Dicincang
100gm daging cincang
1 sudu teh serbuk perasa
1/2 sudu teh mix herbs
Garlic butter
Parsley
Perfect bakes cheese
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
TIMUN & CENDAWAN TUMIS KERING
BAHAN-BAHAN:
Minyak secukupnya
3 biji telur | Dipukul
Cendawan butang putih
3 ulas bawang putih | Dicincang
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil ground pepper
1 biji timun
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
GLASS NOODLE TUMIS TELUR
BAHAN-BAHAN:
Glass noodles | direbus
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil minyak masak
3 biji telur | dipukul
1 sudu kecil daun bawang
1 sudu kecil bawang putih | dicincang
1 sudu kecil cili padi merah | dihiris nipis
Taugeh
Daun kucai
2 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos tiram
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil kiub pati ayam
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
TUMIS CENDAWAN BERSAMA TELUR
BAHAN-BAHAN:
Cendawan tiram | direbus
2 biji telur | dipukul
1 batang daun bawang | dipotong besar
1 sudu kecil bawang putih | dicincang halus
1 sudu kecil cili padi merah | dihiris nipis
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil kiub pati ayam
3 sudu kecil kicap cair
Cara memasak boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!
KOBIS GORENG
BAHAN-BAHAN:
½ biji kobis | hiris nipis
3 biji telur | dipukul
1 sudu kecil daun bawang | dihiris halus
2 sudu kecil bawang putih | dicincang
1 batang lobak merah | hiris nipis
3 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil sos tiram
1/3 sudu kecil garam
1/3 sudu kecil kiub pati ayam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
Sedapnya dapat makan kuey teow theng panas-panas ni. Tambah pula, bila lengkap dengan lauk sampingan yang banyak.
Resipi kuey teow theng yang dikongsikan Azlia Shakiela ini, sesuai untuk hidangan 4 hingga 6 orang makan. Resipinya pun simple je.
KUEY TEOW THENG
BAHAN SUP:
1 biji sengkuang (saiz paling kecil, ini untuk maniskan sup) 1 inci halia | diketuk – beli online di sini 2 batang serai | diketuk – beli online di sini 2 sudu besar lada putih Ayam (ikut anda nak banyak mana, lepas rebus, nanti carik-carikkan) 2 kiub pati ayam – beli online di sini 3-5 ketul besar gula batu (untuk jernihkan & maniskan sup) Gula secukup rasa Garam secukup rasa
Semua bahan di atas rebus sekali bersama kuantiti air yang anda inginkan.
TIP:
*Untuk sup, rasa manis lebih dominan berbanding masin. Jadi, anda boleh adjust sendiri ya. *Tak perlu tambah ajinamoto sebab nanti boleh hilangkan manis sup tu. *Tak perlu letak sup bunjut atau daun sup sebab kuey teow theng lebih kepada sup chinese style. Takut nanti ada rasa rempah-rempah. Bahan-bahan kuey teow theng bertujuan panaskan badan, buang angin. *Kalau gula batu kecil, boleh letak sepeket sebab manisnya kurang sikit berbanding gula putih.
Kisar cili kering. Kemudian, masak cili kering atas api sampai masak. Masukkan 1 kiub ikan bilis. Letak gula dan garam ikut rasa.
TIP: Rasa manis lebih dominan.
CARA PES CILI HITAM:
Kisar 30-40 cili padi dan 2 ulas bawang putih. Masak bahan kisar atas api. Letak gula ikut rasa. Garam saya tak letak dah sebab saya nak rasa pedas manis tu lebih dominan.
TIP: Kalau rasa malas nak buat cili hitam, boleh ja potong cili hitam halus-halus tuang kicap. Cili merah kena ada.
CARA BUAT BAWANG PUTIH GORENG RANGUP:
1. Tumbuk bawang putih sejumlah yang anda nak makan. Tak perlu terlalu halus. Kalau ada chopper, lagi cantik kisarannya. 2. Goreng bawang putih dalam minyak yang banyak. Goreng sehingga kuning keemasan, kemudian angkat. 3. Ambil sedikit bawang putih goreng bersama sedikit minyak untuk ditabur atas sup. Nanti sup anda akan harum semerbak.
TIP: Harus sentiasa kacau ya supaya bawang goreng tak hangit. Kalau hangit, rasa pahit dan tak sedap.
BAHAN SAMPINGAN:
Tauge Fish ball Fish cake Isi ketam
CARA HIDANG:
1. Semua bahan sampingan ni saya celur ja dalam air yang telah mendidih atas api. Anda boleh juga goreng ikut citarasa masing-masing. 2. Letak daun bawang dan tomato sebagai hiasan. Selamat menjamu selera semua.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!